Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pra.se.ko.lah] | ڤراسکوله

Definisi : sebelum memasuki sekolah, tabika, tadika: buku utk bacaan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata prasekolah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalammualaikum w.b.t. Saya pelajar Phd prasekolah. bidang kajian saya mengenai penulisan kanak-kanak prasekolah. saya ingin pengesahan bagi perkataan terjemahan berikut dalam Bahasa Melayu iaitu ' writing workshop','writer's workshop', 'instructional', 'writing', 'handwriting'.? Apakah perbezaan bagi perkataan tulisan, menulis, penulisan dan kemahiran menulis di peringkat kanak-kanak prasekolah? Apakah terjemahan " the usage of writer's workshop among preschool children"? dan adakah ia membawa terjemahan yang sama jika menggunakan the usage of writing workshop among preschool children ?Padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:
1. writing workshop - bengkel penulisan
2. writer's workshop -  bengkel penulis
3. instructional -  pengajaran/pendidikan/arahan
4. writing - menulis/penulisan
5. handwriting - tulisan tangan
Kami tidak mempunyai maklumat tentang perbezaan perkataan tulisan, menulis, penulisan dan kemahiran menulis pada peringkat kanak-kanak prasekolah.
Terjemahan yang dicadangkan ialah Penggunaan Bengkel Penulis dalam Kalangan Kanak-kanak Prasekolah dan Penggunaan Bengkel Penulisan dalam Kalangan Kanak-kanak Prasekolah. Kedua-dua terjemahan ini berbeza kerana satu merujuk kepada penulis dan satu lagi merujuk kepada penulisan.
Istilah16.07.2012
Salam sejahtera. Bersama-sam ini dihantar dokumen yagn mengandungi sosalan-soalan untuk modul PdpC untuk murid Prasekolah dan Pendidikan Khas Prasekolah utnuk pohon panduan penyemakan bahasa.Terima kasih.KNB mempunyai ruang yang terhad dan perlu mematuhi tempoh menjawab yang ditetapkan. Pertanyaan yang dikemukakan terlalu banyak dan mengambil masa untuk menjawabnya. Oleh itu, kami memerlukan masa yang sewajarnya dan jawapan akan di-e-melkan terus kepada tuan.Tatabahasa05.12.2017
Yang manakah betul. "Hari Anugerah Cemerlang dan Majlis Penyampaian Sijil Tamat PraSekolah" atau "Hari Anugerah Kecemerlangan dan Majlis Penyampaian Sijil Tamat PraSekolah"? Atau jika pihak tuan ada cadangan yang lebih baik. Terima KasihAyat yang betul ialah "Hari Anugerah Pelajar Cemerlang dan Majlis Penyampaian Sijil Tamat Prasekolah" atau "Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Majlis Penyampaian Sijil Tamat Prasekolah."Lain-lain18.11.2017
ejaan sebenar pra sekolah atau prasekolah?Ejaan yang betul ialah prasekolah.Lain-lain19.07.2010
Ingin tahu ejaan bagi Peperiksaan Pra-Sekolah (Nama Khas) : Pra-Sekolah atau Pra Sekolah atau PraSekolah ? Bagi perkataan lain pula: insya-Allah atau insyaAllah atau insyaallah ?Ejaan yang betul ialah Peperiksaan Prasekolah dan insya-Allah.Ejaan25.09.2014
Salam dan salam sejahtera..boleh saya tahu ada tak buku kisah2 nabi yg dari terbitan DBP utk bacaan kanak2 prasekolah?boleh bg contoh gmbr dan tajuk..terima kasihUntuk makluman saudara, tiada buku kisah-kisah nabi yang diterbitkan khas untuk bacaan kanak-kanak prasekolah oleh DBP. Walau bagaimanapun, saudara boleh mendapatkan Buku Kumpulan Cerita Sahabat Nabi Pemegang Pedang Rasulullah melalui portal dbpniaga.my, Saudara juga boleh mendapatkan maklumat penerbitan DBP yang lain melalui portal tersebut.Lain-lain15.06.2023
saya ingin mengetahui sama ada tajuk di bawah ini betul dan boleh digunapakai ayatnya. KESAN PENGETAHUAN DAN SIKAP GURU TERHADAP AMALAN PENGAJRAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MERENTAS KURIKULUM PRASEKOLAHTajuk "KESAN PENGETAHUAN DAN SIKAP GURU TERHADAP AMALAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MERENTAS KURIKULUM PRASEKOLAH", boleh digunakan.Lain-lain28.07.2015
assalamualaikum dan salam 2 Malaysia..sy mempunyai 1 pertanyaan berkenaan ayat berikut.. 1. Para penonton kagum melihat murid prasekolah yang fasih / petah bercerita itu.(apakah jawapan paling tepat) 2. kita mestilah beramah mesra seperti Elena dan IZza menghampiri Ayuni dan bertegur sapa dengannya.. persoalannya.. mn yg betul..ramah mesra / beramah mesra? atau kedua2 boleh terima..Salam,

1. Ayat yang betul ialah "Para penonton kagum melihat murid prasekolah yang petah bercerita itu".

2. Ayat kedua pula strukturnya tidak begitu tepat. Sehubungan dengan itu dicadangkan supaya diolah kembali "Kita mestilah bersikap seperti Elena dan Izza yang sentiasa bertegur sapa dan beramah mesra dengan Ayuni.
Tatabahasa14.08.2015
Manakah yang betul? Soalan ringkas untuk perinkat prasekolah Apa ini? ATAU Ini apa?Soalan tidak difahami. Sila berikan soalan dalam konteks yang lebih jelas untuk memudahkan pihak kami memberikan jawapan.Lain-lain23.06.2021
Assalammualaikum w.b.t. Saya pelajar Phd prasekolah. soalan saya masih tentang menulis. saya ingin mengetahui Apakah perbezaan bagi penggunaan perkataan tulisan, menulis, penulisan dan kemahiran menulis ? adakah terjemahan saya tepat tentang penggunaan kata writing iaitu students who are taught the writing process early ........ developing clearer and higher quality writing pieces , pelajar yang diajar proses menulis daripada peringkat awal ........ pelajar yang dapat membangunkan dengan lebih jelas dan lebih tinggi kualiti dalam penulisan. Terima kasihTulisan ialah sesuatu yang ditulis. Menulis merujuk perbuatan mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena. Penulisan bermaksud perihal atau kegiatan menulis dan mengarang. Oleh itu, penggunaan setiap perkataan tersebut mestilah tepat mengikut konteks ayat tersebut. Proses menulis ialah terjemahan yang betul mengikut konteks ayat tersebut.Lain-lain23.07.2012
1234

Kembali ke atas