Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pra.sis.wa.zah] | ڤراسيسوازه

Definisi : sebelum lulus sbg siswazah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata prasiswazah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Wan Kapwaubis Nov 16th, 2:22pm Hai Nak tanya Ayat PRASISWAZAH satu ayat keb atau PRa SiswazahEjaan yang betul ialah Prasiswazah.Ejaan16.11.2014
Boleh tak imbuhan pinjaman seperti ' pra' dan 'pasca' bertindak sebagai morfem bebas seperti' anti', 'pro' dan 'kontra'?Awalan asing (pra-, pasca-, maha- dan sebagainya) apabila digabungkan dengan kata nama am hendaklah dieja dengan satu perkataan seperti prasiswazah, pascasiswazah. Walau bagaimanapun ejaan ini berubah apabila awalan tersebut digabungkan dengan kata nama khas, seperti pra-Malaysia (bukan pramalaysia/praMalaysia). Awalan 'pra-' ialah awalan yang produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Awalan 'pasca' ialah bentuk imbuhan yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sesudah.Tatabahasa01.03.2011
Assalammualaikum, mohon penjelasan mengenai penggunaan perkara yang betul untuk pra pelancaran dalam 2 perkataan atau satu perkataan sahaja iaitu prapelancaran?Ejaan yang betul ialah prapelancaran. Awalan asing (pra-, pasca-, maha- dan sebagainya) apabila digabungkan dengan kata nama am hendaklah dieja dengan satu perkataan seperti prasiswazah, pascasiswazah. Walau bagaimanapun ejaan ini berubah apabila awalan tersebut digabungkan dengan kata nama khas, seperti pra-Malaysia (bukan pramalaysia/praMalaysia).
Tatabahasa19.04.2018
Bagaimanakah penggunaan sebenar perkataan pra- dan pra. Adakah pra- hanya digunakan untuk kata nama khas? Contoh: Pra-PAS Atau pra digunakan selain kata nama khas? Contoh: prasangka Terima kasih.Awalan asing (pra-, pasca-, maha- dan sebagainya) apabila digabungkan dengan kata nama am hendaklah dieja dengan satu perkataan seperti prasiswazah, pascasiswazah. Walau bagaimanapun ejaan ini berubah apabila awalan tersebut digabungkan dengan kata nama khas, seperti pra-Malaysia (bukan pramalaysia/praMalaysia).Lain-lain17.02.2015
Bagaimana perkataan 'pra persembahan' ditulis? adakah ia dijarakkan, didekatkan atau ditambah 'dash' seperti 'pra-persembahan'? adakah kata 'pra' mempunyai cara umum untuk menggunakannya?Awalan pra- ialah awalan produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Seperti imbuhan lain, awalan pra- dieja rapat dengan perkataan yang mengikutinya. Contohnya: prapersembahan, prasiswazah, prasangka, prauniversiti, dan prasarana. Lihat halaman 305-306 buku Tatabahasa Dewan. Tatabahasa05.05.2014
Assalamualaikum, Tuan, Dalam sesebuah kajian, antara kaedah yang digunakan iala Ujian Pra dan Ujian Pasca. Apakah pandangan DBP tentang penggunaan frasa Ujian Pra dan Ujian Pasca dari segi binaan morfologi?Ejaan yang betul ialah praujian dan pascaujian. Awalan asing "pra" dan  "pasca" yang digabungkan dengan kata nama am hendaklah dieja bercantum dengan perkataan yang mengikutinya. Contoh lain ialah prasiswazah dan pascasiswazah.Ejaan22.05.2013
Apakah kesalahan istilah dan tatabahasa dalam ayat di bawah? 1. Kejayaan seseorang pelajar banyak bergantung kepada kemajuannya melakukan daya usaha dalam pembelajarannya. 2. Pra-siswazah di luar negara diingatkan tidak terikut-ikut oleh dakyah kotor aktivis anti Malaysia yang memburuk-burukkan nama negara. 3. Satu jawatankuasa perlu dibentuk segera bagi memudahkan kertas kerja ditulis bagi mendapatkan bantuan kewangan dengan segera.Salam Sejahtera,

1. Kejayaan seseorang pelajar banyak bergantung kepada kemajuannya melakukan daya usaha dalam pembelajarannya.
 
Jawapan: Ayat yang betul ialah "Kejayaan seseorang pelajar dalam pelajaran banyak bergantung pada daya usahanya".

2. Pra-siswazah di luar negara diingatkan tidak terikut-ikut oleh dakyah kotor aktivis anti Malaysia yang memburuk-burukkan nama negara.

 Jawapan: Ayat yang betul ialah "Prasiswazah di luar negara diingatkan supaya tidak terikut-ikut dengan dakyah kotor anti-Malaysia yang memburuk-burukkan nama negara".

3. Satu jawatankuasa perlu dibentuk segera bagi memudahkan kertas kerja ditulis bagi mendapatkan bantuan kewangan dengan segera.
Jawapan: Ayat yang betul ialah "Satu jawatankuasa perlu dibentuk bagi memudahkan penulisan kertas kerja untuk mendapatkan bantuan kewangan dengan segera".

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa28.02.2013
1. Apakah ciri-ciri imbuhan awalan pinjaman? 2. Ada berapa jenis imbuhan awalan pinjaman dalam bahasa Melayu? 3. adakah imbuhan awalan pinjaman lain selain awalan pinjaman inggeris, sanskrit, arab-parsi dan yunani? 4. bolehkah pihak tuan memberi cadangan buku atau bahan yang sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan berkaitan dengan imbuhan awalan pinjaman?Salam sejahtera,

Imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan awalan dan akhiran
Contoh: Imbuhan awalan ialah awalan  maha yang bermaksud sangat, amat atau teramat. Contohnya Mahaguru dan Mahasiswa manakala imbuhan akhiran ialah akhiran wan yang bermaksud pelaku atau pemilik. Contohnya Angkasawan dan Bangsawan.

Awalan asing (pra-, pasca-, maha- dan sebagainya) apabila digabungkan dengan kata nama am hendaklah dieja dengan satu perkataan seperti prasiswazah, pascasiswazah. Walau bagaimanapun ejaan ini berubah apabila awalan tersebut digabungkan dengan kata nama khas, seperti pra-Malaysia (bukan pramalaysia/praMalaysia). Awalan 'pra-' ialah awalan yang produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Awalan 'pasca' ialah bentuk imbuhan yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sesudah.

Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan buku Tatabahasa Dewan oleh Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmod terbitan DBP.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa21.10.2017

Kembali ke atas