Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. accuracy, ketepatan: surgical instruments have to be made with great ~, alat-alat pembedahan mestilah dibuat dgn penuh ketepatan; lack ~, kurang tepat; 2. (attrib) tepat; (object, device) kepersisan: ~ bombing, pengeboman tepat; ~ camera, kamera kepersisan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata precision


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Apakah istilah yang digunakan untuk Precision Public Health?Padanan bagi istilah precision public health dalam bahasa Melayu ialah kesihatan awam jitu. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah25.02.2025
Salam, Apakah terjemahan bagi "Precision lapping"? Terdapat banyak terjemahan bagi satu-satu perkataan tapi tidak untuk kedua-dua perkataan sekaligus. "Precision lapping" ini adalah satu proses. Terima kasih.Wsalam.  Mohon maaf, DBP tidak memberikan perkhidmatan penterjemahan.  Sila hubungi ITBM-Institut Terjemahan dan Buku Negara, 03-41451800 atau Persatuan Penterjemahan Malaysia 03-21442506Penyemakan dan penterjemahan24.09.2014
Salam, Boleh mohon bantuan untuk terjemah 'Precision Medicine' ke dalam Bahasa?Terima kasih Dr. Norfarazieda Hassan/USMWaalaikumussalam...
Maksud bagi 'Precision Medicine'  ialah perubatan kepersisan
Makna20.07.2020
Dalam urusan jabatan/organisasi; istilah perkataan "precision', 'sustainability'

Cadangan padanan istilah dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

precision - kepersisan

sustainability - kelestarian

Istilah23.11.2009
Salam 1 Malaysia, Yang manakah lebih sesuai atau tepat - dikembangkan atau diperkembangkan ? Ayat : Pembangunan sistem precision farming dikembangkan/diperkembangkan ke negeri Sabah dan Sarawak. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Pembangunan sistem precision farming diperkembang ke negeri Sabah dan Sarawak".Tatabahasa01.12.2010
Mohon semak terjemahan: 1. Pressure Vessel Technology and Testing - Teknologi Bekas Tekanan dan Pengujian 2. Shared Services - Perkhidmatan Bersama atau Perkhidmatan Guna-Sama 3. Micro Precision - Kejituan MikroTerjemahan yang diberikan adalah betul dan ketepatannya bergantung pada konsep dan konteks penggunaan.

1. Pressure Vessel Technology and Testing - Teknologi Bekas Tekanan dan Pengujian
2. Shared Services - Perkhidmatan Bersama/Perkhidmatan Guna Sama
3. Micro Precision - Kejituan Mikro
Istilah11.01.2016
Boleh saya tahu, adakah terdapat perkataan dalam Bahasa Melayu bagi perkataan di bawah atau kekal sahaja dalam Bahasa Inggeris? 1. Programme for the Census of Agriculture (WCA) 2. Precision Agriculture Terima Kasih.Cadangan terjemahan bagi Programme for the Census of Agriculture (WCA) ialah Program Banci Pertanian, manakala padanan bahasa Melayu bagi istilah precision agriculture ialah pertanian teliti.Istilah11.10.2023
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Agitated immersion parts washer 2.Inline parts washer 3. One piece flow parts washer 4. Precision parts washer Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Agitated immersion parts washer - Pencuci bahagian rendam teraduk
2. Inline parts washer - Pencuci bahagian sebaris
3. One piece flow parts washer - Pencuci bahagian aliran berterusan
4. Precision parts washer - Pencuci bahagian persis
Istilah11.04.2016
Saya ingin memohon pihak DBP untuk menyemak terjemahan Bahasa Malaysia dokumen yang dilampirkan. Terima kasih. Wan Azah Wan Ismail Epson Precision Malaysia Sdn Bhd.Untuk makluman tuan, penyemakan dokumen yang melibihi satu perenggan (tidak melebihi 5 baris dengan font saiz 12) dikenakan bayaran. Jika puan memerlukan maklumat lanjut, hubungi pegawai kami Puan Rohayu Ismail melalui talian 03-21479400 atau e-mel ayu@dbp.gov.my.Penyemakan dan penterjemahan03.10.2017
Tuan/Puan, 1. Apakah perkataan yang sesuai bagi perkataan english "Pre-Emptive" mengikut bidang ketenteraan. Sebagai contoh ayat seperti berikut: "The prime minister authorized a pre-emptive air strike against the rebels" 2. Apakah perkataan yang sesuai bagi perkataan english "Stand-off/Standoff" mengikut bidang ketenteraan. Sebagai contoh ayat seperti berikut: "Standoff-based precision firepower" Terima KasihBerikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan dalam bidang ketenteraan:
1. pre-emptive: terlebih dahulu
2. standoff: jarak tempuh

Semua padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laaras bahasa. 
Makna03.08.2021

Kembali ke atas