Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata prefecture


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ketika merujuk kepada "prefecture" (bahasa Inggeris) atau todōfuken (bahasa Jepun), sesetengah portal berita menggunakan "prefektur" dan sesetengah menggunakan "wilayah". Mana satu istilah yang lebih tepat? Dan adakah perkataan prefektur/wilayah perlu menggunakan format "title case"? (contoh: .. wilayah Fukushima / ... Wilayah Fukushima / ... prefektur Fukushima / ... Prefektur Fukushima )Padanan bagi istilah prefecture dalam bahasa Melayu ialah wilayah. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang sejarah.Istilah26.08.2024
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya mengenai pembahagian pentadbiran. "Prefecture" dan "province" diterjemahkan sebagai wilayah. Tetapi di negara China, kedua-dua pembahagian tersebut adalah berbeza. Jadi bagaimana hendak membezakannya dalam bahasa Melayu?

Mengikut data  kami, dalam bidang geografi dan ekonomi, province ialah wilayah, jajahan, daerah, kawasan, iaitu kawasan geografi dengan keluasan tertentu tetapi lebih kecil daripada benua, yang mempunyai sifat-sifat keseragaman yang boleh dikaji sebagai satu keseluruhan. Terdapat juga data menunjukkan istilah provinsi digunakan untuk merujuk pada province. Bagi istilah prefecture, padanan bahasa Melayu yang digunakan ialah wilayah, daerah dan bahagian. Sehingga kini, kami tidak membezakan penggunaan kedua-duanya secara terperinci mengikut negara seperti yang tuan utarakan.  

Istilah08.02.2015

Kembali ke atas