Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Premier League"? Contoh ayat: English Premier League competition. Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "Premier League" dalam pangkalan data istilah kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Liga Perdana. | Istilah | 09.10.2013 |
Mohon nasihat terjemahan BM. (i) Regional Head (Ketua Wilayah), (ii) Premier Client Manager (Pengurus Pelanggan Premier), (iii) Preferred Client Manager (Pengurus Pelanggan Pilihan | Cadangan terjemahan (jika bersesuaian dengan konsep/fungsi jawatan berkenaan): (i) Regional Head - Ketua Wilayah (ii) Premier Client Manager - Pengurus Pelanggan Utama (iii) Preferred Client Manager - Pengurus Pelanggan Pilihan | Penyemakan dan penterjemahan | 09.11.2018 |
Saya ingin mendapatkan beberapa istilah perhotelan seperti: 1. En-Suite 2.Premier Deluxe Room 3.Budget twin 4. Check-out 5. Mud cottage Terima Kasih | Dalam data rujukan kami terdapat beberapa istilah yang belum mempunyai padanan bahasa Melayu yang khusus. Hanya perkataan berikut mempunyai padanan bahasa Melayu seperti yang berikut; 1. Premier Deluxe Room = Bilik Mewah Utama 4. Check out = Daftar Keluar Bagi istilah yang tiada dalam data kami, mohon pihak puan kemukakan konsep dan cadangan bahasa Melayu daripada puan supaya kami boleh mencadangkan istilah yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.03.2015 |
sekolah bestari/sekolah perdana/ sekolah premier | sekolah bestari/sekolah ulung | Istilah | 21.11.2008 |