| Salam 1Malaysia, 1. Maksud bilik prep (di asrama)? 2. Beda frasa STOK PENGHABISAN atau PENGHABISAN STOK? 3. Kata PENGISYTIHARAN --> mengisytiharkan (/) Kata PERISYTIHARAN --> berisytiharkan (X) Mohon pencerahan. Terima kasih. | 1. Tidak ada ‘bilik prep’ dalam bahasa Melayu. ‘prep’ ialah singkatan ‘preparatory’. Preparatory room boleh diterjemahkan kepada ‘bilik persediaan’. 2. Stok penghabisan ialah bekalan (biasanya barang yang dijual) yang paling akhir sekali manakala penghabisan stok ialah (biasanya jualan) untuk menghabiskan stok yang ada. 3. Mengikut data DBP, terdapat perkataan pengisytiharkan; mengisytiharkan; perisytiharan; namun tidak terdapat perkataan berisytiharkan. | Tatabahasa | 22.12.2014 |
| Apakah padanan terjemahan yang sesuai bagi istilah meal prep yang digunakan masyarakat kini? Selalunya istilah ini digunakan bagi merujuk satu batch masakan yang dimasak dalam jumlah yang banyak, kemudian disimpan di dalam peti sejuk beku untuk dimakan selama seminggu tanpa perlu memasak setiap hari. | Padanan bagi istilah meal prep/meal preparation dalam bahasa Melayu ialah penyediaan hidangan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 01.11.2025 |