Apakah penggunaan preposisi yang betul: Dari aspek atau dalam aspek? Terima kasih. | Frasa yang betul ialah "dari aspek". | Tatabahasa | 18.04.2014 |
Adakah penggunaan preposisi dari dan daripada di bawah ini tepat? 1. Dayang Aishah daripada Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi dipindah ke Bahagian Perkhidmatan untuk mengetuai Unit Lawatan. 2. Bersama ini disertakan cadangan anggaran peruntukan dari Unit Penyelidikan dan Perkamusan. 3. Turut sama hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan dari Negara Brunei Darussalam. 4. ... arahan dari Timbalan Pengetua, Pusat Sejarah Brunei. 5. Semoga mendapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wata’ala. 6. Merujuk memorandum daripada Jabatan Perkhidmatan Awam. 7. ... disenaraikan empat orang peserta dari bahagian ini untuk mengikuti seminar ... Terima kasih. | Penggunaan kata sendi nama dari dan daripada serta pembentukan kata yang lain telah diperbetulkan dalam beberapa ayat yang tuan lampirkan. 1. Dayang Aishah dari Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi dipindahkan ke Bahagian Perkhidmatan untuk mengetuai Unit Lawatan. 2. Bersama-sama ini disertakan cadangan anggaran peruntukan dari Unit Penyelidikan dan Perkamusan. 3. Turut sama hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan dari Negara Brunei Darussalam. 4. ... arahan daripada Timbalan Pengetua, Pusat Sejarah Brunei. 5. Semoga mendapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wata’ala. 6. Merujuk memorandum dari Jabatan Perkhidmatan Awam... 7. ... disenaraikan empat orang peserta dari bahagian ini untuk mengikuti seminar ... | Tatabahasa | 06.04.2014 |
Prepositional case merupakan perkataan bahasa Inggeris yang bermaksud sejenis kasus tatabahasa yang menandakan objek kata depan. Apa perkataan itu dalam bahasa Melayu? Adakah kasus kata depan, kasus berpreposisi, kasus preposisi atau sebagainya? | Mengikut Kamus Dewan, prepositional ialah kata depan atau preposisi,maka kami mencadangkan padanan kasus kata depan atau kasus preposisi. Carian di internet mendapati prepositional case digunakan dalam bahasa Rusia. Mohon diberikan contoh prepositional case dalam bahasa Melayu agar kami dapat memberikan padanan lain. | Tatabahasa | 17.09.2014 |
"Penggunaan Bahasa pada Nama Perniagaan" sebagai judul artikel. Adakah preposisi yang digunakan pada tajuk tersebut betul? | Ayat yang betul ialah “Penggunaan Bahasa Melayu pada Nama Perniagaan” | Tatabahasa | 29.11.2022 |
Assalamualaikum dan selamat pagi Saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan 'untuk' bagi ayat majmuk pancangan komplemen dan penggunaan 'untuk' bagi frasa preposisi. Saya agak keliru dengan kedua-dua perkara tersebut. Maklum balas dari pihak dbp saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. | Untuk sebagai kata hubung pancangan kompleman berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Contoh: Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar. Untuk banduan itu melepaskan diri sungguh mustahil. Untuk sebagai kata sendi nama (preposisi) pula ialah menunjukkan kegunaan sesuatu dan menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Contoh: Derma untuk anak-anak yatim akan dipungut. (kegunaan) Tanah seluas dua ekar itu untuk kami. (maksud bahagian yang ditentukan) | Tatabahasa | 13.12.2020 |
Salam, tolong beri sedikit panduan tentang membina Tajuk Dokumen, dari sudut huruf besar dan huruf kecil. Juga, apakah saya harus menulis "diketahui" atau "DiKetahui" atau "diKetahui ," dalam pembinaan suatu Tajuk. Terima kasih DBP. Nota kecil: Dalam stail AP, preposisi empat atau lebih huruf (seperti "between" dan "above") hendaklah menggunakan huruf besar. Dalam stail Chicago, semua preposisi mesti ditulis dalam huruf kecil. | Pihak DBP tidak menawarkan khidmat nasihat secara khusus mengenai gaya penerbitan Associated Press atau The Chicago Manual of Style untuk maklumat lanjut mengenai kursus penerbitan tuan boleh merujuk Akademi DBP http://akademi.dbp.my/wordpress/. Berdasarkan gaya penerbitan yang digunakan di DBP untuk penulisan tajuk teks berikut akan ditulis "Diketahui" jika menggunakan huruf besar untuk huruf permulaan ayat atau “DIKETAHUI” jika menggunakan huruf besar all caps untuk keseluruhan ayat. (Gaya Dewan). | Lain-lain | 05.03.2022 |
Saya nama Mareenee belajar bahasa Melayu Dasar,ingin bertanya tentang tata bahasa Melayu,apakah maksud kata depan itu,terima kasih. | Kata depan berfungsi dalam frasa preposisi, yakni frasa yang unsur pertamanya ialah kata depan, sedangkan unsur berikutnya boleh terdiri daripada kata sempurna. Kata depan boleh dibahagikan pula kepada beberapa golongan kecil berdasarkan jenis adverb yang mendukungnya. Subgolongan kata depan seperti yang berikut, a. kata depan tempat b. kata depan arah c. kata depan waktu d. kata depan perhinggaan e. kata depan penyertaan f. kata depan alat g. kata depan gaya h. kata depan manfaat I. kata depan agentif j. kata depan ligature dan pengantar judul k. kata depan kiasan l. kata depan penafian m. kata depan pengecualian Puan boleh merujuk buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, Asmah Haji Omar untuk keterangan lebih lanjut. | Tatabahasa | 20.11.2013 |
Saya Anuwa Rohing sedang belajar bahasa Melayu dasar , di Universiti Fatoni selatan Thailand , ingin bertanya DBP tentang tatabahasa apkah pengertian kata depan, terima kasih | Kata depan berfungsi dalam frasa preposisi, yakni frasa yang unsur pertamanya ialah kata depan, sedangkan unsur berikutnya boleh terdiri daripada kata sempurna. Kata depan boleh dibahagikan pula kepada beberapa golongan kecil berdasarkan jenis adverb yang mendukungnya. Subgolongan kata depan seperti yang berikut, a. kata depan tempat b. kata depan arah c. kata depan waktu d. kata depan perhinggaan e. kata depan penyertaan f. kata depan alat g. kata depan gaya h. kata depan manfaat I. kata depan agentif j. kata depan ligature dan pengantar judul k. kata depan kiasan l. kata depan penafian m. kata depan pengecualian Puan boleh merujuk buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, Asmah Haji Omar untuk keterangan lebih lanjut. | Tatabahasa | 08.12.2013 |
ayat mana satukah yang beetul? 1) Ke situ kamu harus pergi. 2) Ke situ harus kamu pergi. Setahu saya, ayat 2 yang betul sebab itu ayat songsang. Ayat 1 salah sebab ke situ (preposisi) tidak boleh menjadi subjek dalam ayat pasif. Betul tak hujah saya? Sila jelaskan kepada saya. terima kasih. | Ayat songsang memindahkan konstituen predikat ke hadapan subjek. Perlu diingat walaupun pemindahan tersebut berlaku setiap unsur dalam subjek dan predikat kekal fungsinya sebagai subjek dan predikat juga. Dalam contoh ayat yang diberi ayat asal ialah - Kamu harus pergi (subjek - Frasa Nama) + ke situ (predikat - Frasa Sendi Nama) dan apabila disongsangkan menjadi "Ke situ kamu harus pergi" (ayat 1). | Tatabahasa | 22.06.2011 |
Saya Somsak Senkonam Sedang Belajar di pusat Bahasa Melayu Dasar. Universisti Pattani, ingin Bertanya DBP;apakah kata depanyang terdapat d iDBP yang Berhubungan dengan Wilayah SATUN.Thailand.Terima kasih. | Kata depan berfungsi dalam frasa preposisi, yakni frasa yang unsur pertamanya ialah kata depan, sedangkan unsur berikutnya boleh terdiri daripada kata sempurna. Kata depan boleh dibahagikan pula kepada beberapa golongan kecil berdasarkan jenis adverb yang mendukungnya. Subgolongan kata depan seperti yang berikut, a. kata depan tempat b. kata depan arah c. kata depan waktu d. kata depan perhinggaan e. kata depan penyertaan f. kata depan alat g. kata depan gaya h. kata depan manfaat I. kata depan agentif j. kata depan ligature dan pengantar judul k. kata depan kiasan l. kata depan penafian m. kata depan pengecualian Puan boleh merujuk buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, Asmah Haji Omar untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 12.11.2013 |