Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pré.skrip.si] | ڤريسکريڤسي

Definisi : (préskripsi) 1. arahan doktor tentang ubat yg harus disediakan utk pesakit tertentu dan cara menggunakannya (memakan­nya); 2. sesuatu ketetapan (keputusan dsb) yg bersifat atau bertujuan menentukan, ketentuan (utk menjadi pegangan atau pan­duan); mempreskripsikan memberikan preskripsi (bkn penggunaan ubat dsb): doktor telah ~ ubat yg perlu dimakan utk mengubati penyakitnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pré.skrip.si] | ڤريسکريڤسي

Definisi : /préskripsi/ 1 arahan doktor atau pengamal perubatan ttg ubat yg disediakan utk pesakit dan cara menggunakannya, atau banyak mana yg perlu dimakan. 2 ketetapan, keputusan dsb yg bertujuan utk menentukan sesuatu; ketentuan utk dijadikan pegangan atau panduan. mempreskripsikan memberikan preskripsi ttg cara menggunakan ubat, sukatannya dsb: Doktor telah ~ ubat yg perlu dimakan utk mengubati penyakitnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata preskripsi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah pihak tuan cadangkan terjemahan bagi istilah "doctor shop" dalam ayat berikut: She started to "doctor shop" in order to obtain several prescriptions at a time. Untuk makluman, maksud frasa tersebut ialah pergi kepada doktor berlainan untuk mendapatkan preskripsi. Sekian, terima kasih.Tidak ada padanan doctor shop dalam pangkalan data kami. Berdasarkan sedikit maklumat yang tuan berikan, konsep doctor shop ini ialah bertemu dengan lebih daripada seorang doktor untuk mendapatkan rawatan. Belum ada satu perkataan atau frasa yang khusus untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu, melainkan tuan menerangkan konsep tersebut dalam bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan01.01.2015

Kembali ke atas