Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[prés.ta.si] | ڤريستاسي

Definisi : hasil yg telah diperoleh (di­capai dll), pencapaian: kekurangan kakitangan dikatakan telah menjejaskan ~ sesetengah jabatan; berprestasi mempunyai (menunjukkan) pres­tasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[prés.ta.si] | ڤريستاسي

Definisi : /préstasi/ hasil dan mutu yg diperoleh (dicapai) dlm menjalankan sesuatu tugas; pencapaian: ~nya semakin merosot. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
prestasi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan pencapaian, kemajuan, hasil, keberhasilan, produktiviti, kemajuan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
definisi prestasi kerjaPrestasi kerja bermaksud hasil atau pencapaian kerja.Makna09.12.2008
adakah prestasi pemain negara perlu diperbaik atau diperbaiki?diperbaikTatabahasa27.05.2013
1. Prestasi 2. Berprestasi1. Hasil yang telah diperoleh (dicapai dll.), pencapaian. 2. Berprestasi (mempunyai) (menunjukkan) prestasi.Makna23.03.2007
Bolehkah perkataan "mampan" digunakan selain dari ekonomi dan pembangunan, sebagai cth kemahiran yg mampan, pengetahuan yg mampan, pendidikan yg mampan, prestasi yg mampan, persaingan yg mampanMampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yg baik (bkn ekonomi, pembangunan dsb). Mampan juga boleh dikaitkan dgn pengetahuan, pendidikan tetapi tidak dgn perkataan prestasi dan persaingan.Tatabahasa17.08.2007
Sesuaikah perkataan berikut dijadikan satu slogan untuk produk minuman bertenaga? "KEUNGGULAN PRESTASI JUARA"Yang sesuai ialah "Keunggulan Prestasi"Tatabahasa13.11.2007
Sesuaikah perkataan berikut dijadikan satu slogan atau "tagline" untuk minuman bertenaga? "KEUNGGULAN PRESTASI JUARA"Yang sesuai ialah "Keunggulan Prestasi"Tatabahasa13.11.2007
Menilai kepada prestasi kerja dan tingkah laku yang baik ditunjukkan oleh saudari, pihak kilang telah memutuskan untuk mengesahkan saudari ke jawatan tetap sebagai Operator Am di Syarikat AAA bermula pada 1hb Januari 2009Berdasarkan penilaian prestasi kerja dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh saudari, pihak kilang telah memutuskan saudari diserapkan ke jawatan tetap sebagai Operator Am di Syarikat AAA bermula 1 Januari 2009.Tatabahasa10.02.2009
Menilai kepada prestasi kerja dan tingkah laku yang baik ditunjukkan oleh saudari, pihak kilang telah memutuskan untuk mengesahkan saudari ke jawatan tetap sebagai Operator Am di syarikat AAA bermula pada 1hb Januari 2009. (Sila Komen ayat ini)

Cadangan daripada kami ialah, "Berdasarkan penilaian prestasi kerja dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh saudari, pihak kilang telah memutuskan saudari diserapkan ke jawatan tetap sebagai Operator Am di Syarikat AAA bermula 1 Januari 2009."

Tatabahasa09.02.2009
Corporate Performance (nama jabatan)Tidak ada padanan bagi frasa Corporate Performance dalam pangkalan data kami. Kata performance paling banyak diterjemahkan sebagai prestasi dan cadangan kami untuk frasa tersebut ialah "Prestasi Korporat".Istilah06.06.2011
Salam, saya ingin menterjemahkan yang berikut: English: Numerical Analysis Based Performance Investigation of Interior Permanent Magnet Synchronous Motor Drive. BM: Analisis Berangka Berdasarkan Penyelidikan Prestasi Terhadap Magnet Kekal Dalaman Pemacu Motor Segerak. Adakah betul? Mohon pandanganBerdasarkan ayat bahasa Inggeris, terjemahan  bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Penyiasatan Prestasi Berdasarkan Analisis Berangka Terhadap Pemacu Motor Segerak Magnet Dalaman Kekal.Istilah22.07.2013
12345

Kembali ke atas