Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pré.viu] | ڤريۏيو

Definisi : (préviu) 1. pratonton; 2. laporan pe­merian tentang sesebuah filem, drama dsb yg akan dipertontonkan atau dipersembahkan kpd orang ramai: kami berpeluang membaca ~ filem yg akan ditayangkan itu; mempreviu melihat pratonton dan memberikan laporan pemerian tentang (sesebuah filem, drama dsb): beberapa orang pengkritik dijemput utk ~ filem itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pré.viu] | ڤريۏيو

Definisi : /préviu/ 1 pratonton. 2 laporan atau ringkasan ttg sesebuah filem, drama dsb yg disediakan sebelum filem atau drama tsb ditayangkan atau dipersembahkan kpd orang ramai: Kami berpeluang membaca ~ filem yg akan ditayangkan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata previu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Saya inin mendapatkan kepastian mengenai terjemahan perkataan Bahasa Inggeris 'PREVIEW' dalam Bahasa Melayu. Melalui pemerhatian saya, kebanyakan saluran berita TV dan radio arus perdana, tesis-tesis universiti dalam talian dan juga persuratan rasmi kerajaan, majoriti menggunakan perkataan PREBIU sebagai terjemahan untuk 'PREVIEW'. Namun begitu, semakan melalui carian DBP, saya tidak menjumpai perkataan PREBIU, yang ada hanyalah PREVIU. Bolehkah jika pencerahan diberikan supaya diketahui sebenarnya yang tepat adalah PREBIU atau PREVIU?Salam sejahtera,

Berdasarkan Kamus Dewan, preview diberi padanan pratonton atau previu.

Sekian, terima kasih.
Ejaan13.09.2018
Saya perlu menterjemah ayat ini kepada BM, namun saya tidak pasti jika ianya betul. "Use the slider below to preview different font sizes As you adjust the slider, the preview will update to show how font sizes will appear for articles with Reader Mode enabled. Find the most comfortable reading experience by moving the slider to your preferred setting." Ayat saya gunakan: Gunakan slider di bawah untuk melihat saiz teks berlainan Apabila anda mengalihkan slider, previu akan menunjukkan bagaimana saiz teks akan diperlihatkan dalam Mod Pembaca. Cari pengalaman membaca yang paling selesa dengan mengalihkan slider ke tetapan pilihan anda.

Kami mencadangkan terjemahan yang berikut sekiranya bersesuaian dengan konteks yang dimaksudkan:

 

Gunakan penyelak di bawah untuk melihat saiz fon yang berlainan. Apabila anda melaraskan penyelak, laporan saiz fon akan terpapar dalam mod pembaca. Dapatkan pengalaman membaca yang selesa dengan menggerakkan penyelak pada tetapan pilihan anda.

Penyemakan dan penterjemahan21.08.2024

Kembali ke atas