| Assalamualaikum, saya ingin tanya apakah nama panggilan untuk adik raja kepada putera/orang lain? Dalam Bahasa Inggeris, ada menggunakan perkataan Grand Prince, jadi jika boleh cadangkan istilah yang sesuai dalam Bahasa Melayu. Terima kasih. | Puan, Untuk makluman, soalan yang dikemukakan maksudnya kurang jelas. Sungguhpun demikian, dalam data kami, grand-prince merujuk kepada putera agung. | Lain-lain | 24.08.2017 |
| Nararak Leesakul mendapat ijazah pertama dan master dari Prince Songkla University (PSU) dan dilantik menjadi pensyarah di jabatan kimia di PSU pada tahun 2002. Soalan: ijazah pertama perlu ditulis dengan huruf besar ataupun tidak? | Perkataan "ijazah pertama" dalam ayat tersebut tidak perlu ditulis menggunakan huruf besar. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 803. | Tatabahasa | 02.12.2024 |
| Jika Snow White disamakan dengan Puteri Salji, maka apakah terjemahan yang sesuai untuk Prince Charming? Adakah cukup dengan istilah Putera Raja? | Cadangan terjemahan yang sesuai ialah Putera Idaman. | Lain-lain | 15.01.2021 |