Apakah terjemahan kepada Her Majesty The Queen Mother, Her Majesty The Queen Dowager dan Princess Consort? Apakah maksud Ampuan? Apakah perbezaan ejaan Yang Dipertuan dan Yang di-Pertuan? | 1. DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. atau Institut Terjemahan Negara (ITBM) pautan ada di laman utama KNDBP. 2. Gelaran yang lengkap ialah tengku ampuan, iaitu gelaran yang dikurniakan kepada permaisuri sultan, yang berdarah raja. [Rujukan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2324] 3. Yang Dipertuan ialah gelaran dalam penulisan sastera klasik merujuk pada raya yang memerintah sesebuah negeri. [Rujukan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2521] 4. Gelaran yang lengkap ialah Yang di-Pertuan Agong yang digunakan untuk merujuk pada Ketua Negara Malaysia atau Yang di-Pertuan Besar yang digunakan untuk merujuk pada ketua negeri, Negeri Sembilan. [Rujukan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2521] | Lain-lain | 16.03.2025 |
Apakah terjemahan dalam bahasa Inggeris yang sebetulnya bagi setiap satu rujukan hormat berikut; KDYMM/DYMM, KDYTM/DYTM, DYAM, YTM, YAM, dan YM? Queen consort dalam bahasa Melayu ialah Permaisuri atau Raja Permaisuri sebenarnya? Apakah gelaran yang setaraf dengan Lord/Lady dan Sir/Dame secara terperincinya? Bagaimanakah cara penulisan rujukan hormat dan gelaran diraja yang betul? 1. Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah 2. Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor? Gelaran Princess Royal bolehkah diterjemahkan sebagai Puteri Diraja? (cth. Anne, Princess Royal) Apakah terjemahan bagi Royal Consort? Adakah Suri Diraja? Bagaimanakah cara/protokol yang betul bagi merujuk sultan/raja yang telah turun takhta? Bolehkah kita guna gelaran Raja/Sultan Emeritus, atau sekadar mantan/bekas Sultan? | Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Bagi mendapatkan perkhidmatan penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.03.2025 |