| Proaktif | Proaktif (dieja rapat) | Istilah | 07.03.2007 |
| Apakah perbezaan proaktif dan produktif ? Contoh soalan: Saya akan jadikan pagi ini pagi yang (proaktif/produktif). | Merujuk kamus terbitan terkini DBP, Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020): proaktif adj 1 (berkenaan dengan langkah, tindakan, fikiran dsb) jauh ke hadapan dan lebih baik drp jangkaan bagi menyelesaikan sst masalah, meningkatkan kemajuan dsb dgn cekap dan berkesan: Kerajaan negeri sudah merangka langkah proaktif bagi menangani masalah peningkatan kos sara hidup rakyat.Cara didikan anak-anak haruslah lebih proaktif, sesuai dgn perkembangan zaman. 2 (berkenaan dengan seseorang) mampu berfikir dan bertindak pantas serta jauh ke hadapan bagi menyelesaikan sst masalah, meningkatkan kemajuan dsb: Hanya ketua eksekutif yg benar-benar proaktif dan berwawasan berani membuat perubahan supaya syarikat lebih berdaya maju.Bank perlu lebih proaktif dlm mengambil langkah utk meningkatkan kepercayaan pelanggan mereka. produktif adj 1 (berkenaan dengan seseorang) berupaya atau mampu mengeluarkan hasil yg banyak atau menguntungkan: Golongan peniaga hendaklah lebih produktif dan mencari kaedah pemasaran yg lebih berkesan. Penulis perlu lebih produktif dan kreatif dlm berkarya. 2 (berkenaan dengan sesuatu) berkesan, bermanfaat dsb ke arah menghasilkan sst yg baik, berkualiti dsb: Kursus ini bertujuan utk melahirkan gaya hidup yg sihat dan produktif.Minggu ini merupakan minggu yg produktif. Farooq menyifatkan rundingan itu amat produktif kerana pelbagai syor yg berbeza dibincangkan. 3 (berkenaan dengan wanita, tanaman dsb) berupaya melahirkan anak atau membiak: Dia masih produktif dan telah melahirkan anak yg kelima dlm usia 40-an. Penggunaan dan pemilihan kata adalah bergantung kepada maksud dan konteksnya. Maka, Saya akan menjadikan pagi ini pagi yang produktif. | Makna | 04.06.2023 |
| Apakah yg dimaksudkan dengan sukan proaktif | Tidak ada maklumat tentang sukan proaktif dalam pangkalan data kami. Untuk makluman tuan proaktif bermaksud sikap positif (individu, institusi dll) merangka atau melakukan sesuatu tindakan (setelah difikir masak-masak) jauh lebih awal daripada berlakunya sesuatu perkara yang sememangnya memerlukan tindakan yang berkenaan (tindakan tidak dilakukan hanya setelah sesuatu hal itu berlaku). | Makna | 04.07.2013 |
| huraian mengenai inisiatif, proaktif dan bertanggugjawab, saya perlukan maksud beserta huraian | 1. Inisiatif bermaksud daya usaha. 2. Proaktif bermaksud bekenaan sikap positifmerangka atau melakukan sesuatu tindakan. 3. Tanggungjawab bermaksud kewajipan yang dipikul oleh sesorang. Bertanggungjawab bermaksud mempunyai tanggungjawab atau kewajipan terhadap sesuatu. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 05.02.2008 |
| Akhbar Jawi... Terbaru, JCorp telah membuat satu tindakan yang proaktif dengan menaja akhbar Jawi di Johor. Isu memartabatkan Jawi ini amat mendukacitakan apabila sisipan akhbar Jawi seminggu sekali pada setiap Isnin di akhbar Utusan Malaysia telah diberhentikan. Jawi semakin dilupakan dan tidak mempunyai wawasan. Kita ingin sangat melihat akhbar Jawi yang sentiasa dicetak setiap hari, seperti akhbar Cina. Kemudian baru galakkan syarikat menaja untuk Sekolah, Universiti, Kolej. DBP mungkin boleh jadi pencetus bagi pencetakan Jawi di Malaysia. Sediakan laman web DBP khas dalam Jawi sahaja. Pemasaran melalui media, terutama Internet, lama sosial untuk menggalakkan masyarakat membaca Jawi mesti diperluaskan. Harapan saya supaya Jawi menjadi agenda utama dalam Parlimen dan sentiasa dibuat penambahbaikan dari tahun ke tahun. BADRULZAMAN | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Cadangan tuan untuk memperkasakan tulisan Jawi amat kami hargai dan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya. Semoga kerjasama antara DBP dengan badan-badan kerajaan, institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan dan badan korporat dapat menyemarakkan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda hari ini. | Tatabahasa | 16.02.2015 |
| Saya menghendaki pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadi lebih proaktif untuk memartabatkan bahasa Melayu dengan membakukan berbagai-bagai kosa kata yang berasal daripada loghat bahasa Melayu tempatan, bahasa sukuan yang terdapat di wilayah Sabah dan wilayah Sarawak serta bahasa asing. Tambahan pula, saya juga berharap agar pihak DBP mampu mewujudkan istilah yang baharu dan relevan dengan perkembangan semasa secara kreatif dan berdedikasi. | Terima kasih atas cadangan tersebut. Kami amat menghargainya. Cadangan saudara akan dikemukakan kepada Bahagian yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. | Lain-lain | 20.11.2025 |
| Adakah penggunaan perkataan 'seyogia' dalam ayat di bawah betul? Kerajaan seyogia mengambil langkah yang proaktif bagi menyelesaikan masalah pencemaran yang kian membarah. | seyogia bermaksud sepatutnya, selayaknya dan penggunaan perkataan seyogia dalam ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 21.03.2011 |
| Assalamu'alaikum wbt... Saya wakil Persatuan Sains Kesihatan USM Kampus Kesihatan ingin memohon nasihat dan semakan untuk Visi, Misi dan Moto Persatuan. VISI PSK Menjadi persatuan yang progresif, proaktif dan efektif terhadap pembangunan mahasiswa sains kesihatan yang cemerlang dan berkualiti untuk kesejahteraan masyarakat. MISI PSK PSK bertekad untuk menjadi persatuan yang mampu 1.Memantapkan akademik, intelektual dan pengetahuan mahasiswa bagi membentuk mahasiswa yang cemerlang dan terkehadapan. 2.Memperkasa pembangunan mahasiswa dalam aspek kerohanian, insaniah dan kepimpinan. 3.Memberi komitmen dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa sepanjang pengajian. 4.Membantu Pusat Pengajian dalam mewujudkan suasana persekitaran yang baik dan kondusif. 5.Membentuk komuniti mahasiswa sains kesihatan yang muhibah dan bermanfaat kepada masyarakat. MOTO | Soalan saudara di luar skop khidmat nasihat yang kami sediakan. Untuk makluman saudara, Khidmat Nasihat Bahasa membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah dan tatabahasa. Khidmat Nasihat Sastera membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pertanyaan aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayembara, bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan, kegiatan sastera kanak-kanak dan remaja, carian pantun dan biodata penulis/penyair dan penyemakan bahasa Melayu klasik. Khidmat Nasihat Penerbitan menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat yang meliputi peluang penerbitan, panduan penulisan buku, hak cipta dan royalti. | Lain-lain | 19.03.2011 |
| mohon diberikan penghuraian yang sepenuhnya mengenai perkataan tersebut : "menggesa encik rahim supaya lebih pro-aktif terutamanya dalam kerjasama bersama ketua kampong". | Frasa tersebut tergantung kerana tidak mempunyai subjek. Siapakah yang menggesa Encik Rahim supaya lebih proaktif? Sila lengkapkan ayat tersebut. | Tatabahasa | 19.05.2010 |
| Apakah perbezaan antara "pro-Barat" dengan "probarat" dari segi penggunaan dan maksudnya? Terima kasih. | Ejaan menggunakan tanda sempang(-) adalah bagi perkataan awalan asing (anti, bio, eka, dwi, eko, ko, maha, multi, pasca, pra, pro, sosio, sub) yang bertemu dengan kata nama khas, contohnya pro-UMNO, pro-Malaysia dan anti-Israel. Awalan asing yang bertemu dengan kata nama umum tidak perlu ada tanda sempang. Contohnya proaktif, probarat dan antikomunis. | Makna | 08.05.2015 |