| Saya ingin menyemak design signboard pagi syarikat baru seperti yang dilampirkan sebelum pihak kami proceed untuk apply business license. | Untuk permohonan pengesahan bahasa dalam talian (online), sila layari laman web dbpsahbahasa.my kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan visual iklan/papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran pendaftaran permohonan sebanyak RM10 untuk iklan papan premis/kain rentang/gegantung/poster/notis makluman/pelabelan/badan kenderaan dan RM30 untuk papan iklan luar/iklan tiang/iklan elektronik/digital. Proses pengesahan iklan mengambil masa antara 1 hingga 3 hari waktu bekerja. Sila rujuk panduan pengguna untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 09.06.2020 |
| Dear Sir / Madam Please check for us the malay translation. 1. car park office - pejabat parkir 2. operation hour - waktu operasi 3. penalty for loss of ticket - penalti bagi kehilangan tiket 4. please proceed to next level - sila teruskan ke tahap seterusnya | 1. car park office - pejabat tempat letak kereta 2. operation hour - waktu operasi 3. penalty for loss of ticket - penalti bagi kehilangan tiket 4. please proceed to next level - sila ke aras seterusnya | Tatabahasa | 29.08.2012 |
| Hi Admin DBP , saya perlu menukarkan ayat kepada bahasa melayu tetapi tidak pasti sama ada ia benar atau sesuai digunakan , terutama pada bahagian rollover . Ayatnya seperti ini 'Business date has been rollovered. In order to proceed, service must be restarted.' dan saya menterjemahkan kepada Tarikh perniagaan telah digulingkan. Untuk meneruskan, perkhidmatan mesti dimulakan semula. | Cadangan terjemahan bagi ayat Business date has been rollovered. In order to proceed, service must be restarted ialah "Tarikh urus niaga telah ditamatkan. Jika ingin meneruskan, perkhidmatan perlu dimulakan semula." | Makna | 19.01.2022 |
| Hello, I would like to ask if there's a new word / term that we want to register to be used in all our advertising materials, how do we do it? How do I proceed with submission or request ? The term that we are looking at is "Slofie" which is created by our partners in USA. I understand that "Swafoto" is being used for "Selfie" and it was registered officially in DBP. Please let me know. Thanks. | Tuan, sila kemukakan cadangan tuan melalui link di bawah. Walau bagaimanapun, untuk mengemukakan cadangan, tuan perlu mendaftar terlebih dahulu. http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx | Istilah | 20.09.2019 |
| apakah perkataan atau ayat dalam bahasa melayu yang sesuai untuk perkataan Inggeri "Going forward". Contoh ayat: "Going forward, we foresee that the competition would be on attractive packages with good Internet access" terima kasih | Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "going forward". Setelah membuat rujukan kami mendapati perkataan ini ialah "jargon" dalam bidang perniagaan yang bermaksud "in the future", "from now on" atau "as we proceed into the future". Berdasarkan maksud dalam bahasa Inggeris tersebut, perkataan tersebut mungkin boleh diterjemahkan kepada "pada masa depan." | Penyemakan dan penterjemahan | 13.06.2013 |