Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata process


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan/puan, Apakah padanan yang sesuai bagi istilah process order dalam konteks industri pembuatan? Sedikit penjelasan berkaitan process order bersumberkan wikipedia: Process orders are used for the production of materials or for rendering of services in a specific quantity on a specific date. They enable the planning of resources, control of process order management, and specify the rules for account assignment and order settlement. Sekian, terima kasih.Dalam data rujukan kami, tiada padanan khusus bahasa Melayu bagi perkataan process order. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan arahan proses bagi padanan bahasa Melayu perkataan tersebut.Penyemakan dan penterjemahan03.08.2017
Apakah process untuk mendapat pengesahan secara online untuk penggunaan Bahasa Malaysia yang betul untuk Iklan Papan Tanda untuk kedai saya. terima kasih.

Keterangan aktiviti yang kami cadangkan ialah "Pembekal Minuman dan Barangan Nutrisi" dan letakkan di bahagian atas iklan. Untuk tujuan pengesahan iklan, klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) dan ikuti prosedur seterusnya.

Lain-lain07.12.2011
Apakah process untuk Register sebagai seorang Penterjemah yang Sah. What is the process to register / qualify as translatorSila hubungi Institut Terjemahan Negara.  Jika saudara mahu berdaftar dengan Persatuan Penterjemah Malaysia, sila hubungi Puan Saodah Abdullah di talian 012-2067076.Lain-lain07.05.2009
Apakah maksud perkataan Recruitment Process OutsourcingCadangan padanan bagi istilah recruitment process outsourcing (RPO) dalam bahasa Melayu ialah proses pengambilan penyumberluaran. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah23.05.2024
Perkataan weeding process diterjemahkan ke dalam bahasa melayu yang betul. Adakah proses pilih buang? Terima kasihCadangan padanan bagi istilah weeding process dalam bahasa Melayu ialah proses memilih buang. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah28.03.2025
salam saya nak tanya, terjemahan untuk acronym CRISP-DM “cross industy strandard process for data mining” (CRISP-DM)Kami mencadangkan istilah "Cross-Industry Standard Process for Data Mining" diterjemahkan sebagai "Proses Piawai Rentas Industri bagi Perlombongan Data" atau "Proses Standard Silang Industri bagi Perlombongan Data". Walau bagaimanapun, padanan terjemahan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya.Istilah13.07.2021
Boleh saya tahu apa perkataan Bahasa Malaysia yang sesuai untuk perkataan 'Printing Done' dan 'Printing In Process'?"Printing Done" bermaksud selesai mencetak dan "Printing In Process" bermaksud  dalam proses cetakan.Makna28.01.2019
bolehkah/adakah sesuai untuk saya menggantikan istilah cording process (dalam bahasa inggeris) dengan proses pengkodan (dalam bahasa malaysia)?Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "coding" (bukan cording) ialah pengekodan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu untuk "coding process"  ialah proses pengekodan. Istilah "cording" terdapat dalam bidang kesenian dan istilah  bahasa Melayunya ialah trimin tali pintal yang bermaksud trimin yang diperbuat daripada pita serong bertali pintal dan digunakan sebagai butang mata lalat atau gelung butang.Istilah14.04.2014
Saya ingin bertanya tentang terjemahan satu kerangka teori dalam bidang psikologi di mana dalam bahasa Inggeris ialah "Precaution Adoption Process Model". Adakah sesuai jika saya terjemah dalam bahasa Melayu kepada "Model Proses Adopsi Pengawasan"?Kami mencadangkan Precaution Adoption Process Model diterjemahkan kepada Model Proses Penerimagunaan Pengawasan dan dalam penulisan singkatan PAPM boleh disertakan, seperti Model Proses Penerimagunaan Pengawasan (PAPM).
 
Penyemakan dan penterjemahan17.07.2023
What are the terms below in Bahasa Malaysia? 1. Agile Execution 2. Business Process Re-engineering and streamlining 3. Data Warehouse ManagementKami mencadangkan padanan istilah seperti berikut:

1. Agile Execution: Perlakuan Lincah

2. Business Process Re-engineering and streamlining: Penggarisarusan dan Perekayasaan Semula Proses Perniagaan

3. Data Warehouse Management: Pengurusan Gudang Data

Semua padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu laras bahasa. 
Istilah01.04.2021
12345

Kembali ke atas