Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.duk.ti.vi.ti] | ڤرودوکتيۏيتي

Definisi : daya pengeluaran: beliau menggesa kakitangannya membaharui azam dan tekad utk bekerja keras bagi meningkatkan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
produktiviti (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan daya pengeluaran, penghasilan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah kata "tambah" kata adjektif? Dan, bolehkah kata "tambah" menerima awalan rangkap "memper-"? Yang mana betul: (a) menambah produktiviti atau menambahkan produktiviti (b) menambah gula dalam air kopi atau menambahkan gula dalam air kopi? Hal ini demikian kerana maksud dan contoh penggunaannya agak mengelirukan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Sekian, terima kasih.Tambah - bukan keta adjektif. Merujuk Kamus Dewan, tambah boleh menerima awalan memper... - mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas. Menambah bermaksud menjadikan lebih banyak/besar/kuat dsb, atau memberi tambah/menokok, manakala menambahkan bermaksud menambahkan sesuatu pada yang sudah ada supaya jadi besar. Oleh itu yang betul ialah, a)menambahkan produktiviti (b) menambah gula dalam air kopi.Tatabahasa08.07.2008
Kemusyikilan 1: Kamus Pelajar: menambahkan asid pd bes. Penerangan DBP: menambah gula dalam air kopi. Kamus Pelajar: menambah bilangan penuntutnya Penerangan DBP: menambahkan produktiviti Persoalannya, yang manakah yang betul? Kemusykilan 2: Mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas Persoalannya, kalau kata "tambah" bukan kata adjektif, apakah jenis golongan kata? Dan, bolehkah 'tambah' menerima awalan rangkap memper-, dan adakah kata adjektif "banyak", "lebar" dan "luas" mengungkapkan maksud "tambah"? Kemusykilan 3: Tatabahasa Dewan: ... membaca karangan yang terbaik kepada murid-muridnya. membacakan = membaca sst untuk sso. mengambilkan = mengambil sst untuk sso. Mengapakah Tatabahasa Dewan menggunakan kata sendi "kepada" dalam ayat tersebut? Kemusykilan 4: Pertanyaan kewujudan kata nama terbitan "pelibatan" dan "pelihatan" belum dijawab lagi. Sekian.

1. Tidak nampak perbezaan yang nyata (hampir sama) antara makna menambah dan menambahkan. Oleh itu ayat menambahkan asid pd bes, menambah gula dalam air kopi, menambahkan produktiviti, semuanya betul. 2. Tambah ialah Kata Kerja, mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas. Walau bagaimanapun dalam entri banyak, lebar, luas tidak mengungkapkan maksud tambah. Kata tambah boleh menerima awalan memper... untuk membentuk kata terbitan mempertambah. 3. Ayat, membaca karangan yang terbaik kepada murid-muridnya, betul dan kata sendi nama kepada hadir di hadapan kata nama/frasa nama yang menjadi sasaran. 4. Kata terbitan pelibatan/penglibatan dan pelihatan/penglihatan wujud dan membawa makna yang sama antara kedua-duanya. Walaupun melibatkan - pelibatan, melihat - pelihatan, berdasarkan korpus penglibatan dan penglihatan banyak digunakan dan sama situasinya dengan pelibatan dan pelihatan. Sekian.

Tatabahasa19.07.2008
apakah yang dimaksudkan dengan pembangunan sumber manusia

Secara ringkasnya bermaksud usaha atau kegiatan membangunkan sumber tenaga manusia untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti.

Makna29.01.2009
langkah-langkah meningkatkan pasaran hasil pertanian di negara kitaSila rujuk bahan ini : 1.Agenda memajukan pertanian secara komersial (diwawancara oleh AhmadYani Abd. Manaf) Sulaiman Haji Daud Dewan Masyarakat 01/03/1998. 2. Cabaran sektor pertanian untuk meningkatkan produktiviti oleh Noorkhairil Huda Mohd. Ali Dewan Ekonomi 01/09/1997. 4. Masa depan sektor pertanian. Mohamed Diah Isa Dewan Kosmik 01/04/1995. 5. Memajukan pertanian adalah tanggungjawab semua oleh Lee Lam Thye Dewan Masyarakat 01/03/1998. 6. Memajukan sektor pertanian Dewan Masyarakat 01/10/2005. 7. Menggiatkan semula pertanian Fadzilah Aziz Dewan Masyarakat 01/02/1998. 8.Peranan pengurusan sumber manusia dalam menjayakan Dasar Pertanian Negara Alias B. A oleh Dewan Masyarakat 01/10/1996. 10. Pertanian negara : masalah dan masa depannya oleh Shamsul Amri Baharuddin Dewan Masyarakat 01/06/1988. 12. Usaha meningkatkan produk pertanian oleh Hamidi Said Dewan Masyarakat 01/01/1998.Lain-lain23.07.2007
Apakah perbezaan makna antara perkataan DAHULU dengan DULU.Bagaimanakah cara penggunaannya dan Saya amat berbesar hati jika Tuan dapat memberi contoh ayatnya. Yang mana satu lebih bagus dari segi ayatnya; (a) Terlebih dulu, Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala usaha yang telah diambil untuk meningkat produktiviti... (b) Terlebih dahulu, Saya ingin mengucapkan.....Dulu ialah bahasa percakapan bagi dahulu. Oleh itu, dalam situasi rasmi kata dahulu yang digunakan.Tatabahasa11.09.2009
1. Manakah penggunaan yang tepat? (a) mak cik / makcik (b) pak cik / pakcik (c) Mak Cik Tan / Mak cik Tan / Makcik Tan 2. Betul atau salah? (a) Ayah membeli sebuah buku kepada adik. (b) Ayah membeli sebuah buku untuk adik. (c) Ayah memberikan sebuah buku kepada adik. (d) Ayah memberikan sebuah buku untuk adik. 3. Menurut tatabahasa, "demi" digunakan untuk tujuan dan digunakan di depan frasa nama. Jadi, ayat berikut benar? (a) Dia berbuat demikian demi keselamatan penduduk. (b) Dia berbuat demikian demi peningkatan produktiviti. (b) Dia berusaha dengan gigih demi pertandingan tahun depan. (d) Tentera berkhidmat demi negara. Adakah penggunaan "demi" dalam ayat-ayat di atas dapat diganti dengan "untuk". 4. Tunjukkan mana-mana yang betul. (a) Tentera berkhidmat (untuk / kepada / demi) negara. (b) Ibu sayang (kepada / akan / pada) anaknya.1. penggunaan yang tepat ialah (a) mak cik (b) pak cik (c) Mak Cik Tan                                                                        2. (a) Ayah membeli sebuah buku kepada adik. -salah (b) Ayah membeli sebuah buku untuk adik. -betul (c) Ayah memberikan sebuah buku kepada adik. -betul  (d) Ayah memberikan sebuah buku untuk adik.- salah                             3. Menurut tatabahasa, "demi" digunakan untuk tujuan dan digunakan di depan frasa nama. Jadi, ayat berikut benar? (a) Dia berbuat demikian demi keselamatan penduduk. (b) Dia berbuat demikian demi peningkatan produktiviti. (b) Dia berusaha dengan gigih demi pertandingan tahun depan. (d) Tentera berkhidmat demi negara. Adakah penggunaan "demi" dalam ayat-ayat di atas dapat diganti dengan "untuk". Merujuk Kamus Dewan antara maksud demi ialah untuk, oleh itu penggunaan kata-kata tersebut adalah betul.                                                                                                             4. (a) Tentera berkhidmat (untuk / kepada / demi) negara. -ketiga-tiganya betul       (b) Ibu sayang (akan/pada) anaknya.Tatabahasa23.07.2008

Kembali ke atas