Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.fé.sion] | ڤروفيسيون

Definisi : (profésion) pekerjaan terutamanya yg memerlukan pelajaran yg tinggi dan latihan khas (mis dlm bidang undang-undang, perubatan, perakaunan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.fé.sion] | ڤروفيسيون

Definisi : /profésion/ pekerjaan yg memerlukan kelayakan berpendidikan tinggi dan yg melalui latihan khusus dan berterusan, spt dlm bidang perubatan, seni bina dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata profesion


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Rosmah amat meminati profesion perguruan/profesion keguruan? yang mana satu betul? apakah maksud kedua-dua kata tersebut? saya masih tak faham lepas rujuk kamus untuk kedua-dua makna kata tersebut.Yang betul ialah profesion keguruan. Keguruan bermakna yang berkaitan dengan guru, peranan (tugas, kelayakan dll) sebagai guru. Manakala perguruan bermakna sekolah, tempat belajar; pengajaran; yang berkaitan dengan guru seperti maktab.Makna09.07.2008
jelaskan dengan ringkas apakah perbezaan diantara profesion dan pekerjaanProfesion ialah pekerjaan yang selalunya memerlukan kelayakan yang tinggi dan latihan khas, misalnya dalam bidang undang-undang, perubatan dan perakaunan. Manakala pekerjaan ialah sesuatu yang dilakukan atau diusahakan secara berterusan untuk mencari nafkah.Makna26.07.2009
apa beza profesion perguruan dan bidang keguruan

Sdr. Nash, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Bidang bermaksud kegiatan yg diceburi, lapangan: berkecimpung dlm ~ seni lakon; 7. bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dsb) yg tertentu, lapangan, jurusan: melanjutkan pelajaran dlm ~ kejuruteraan awam
  • Makanala (profésion) ialah pekerjaan terutamanya yg memerlukan pelajaran yg tinggi dan latihan khas (mis dlm bidang undang-undang, perubatan, perakaunan, dll).
  • Memang terdapat sedikit perbezaan antara kedua-dua perkataan ini. Ia hanya dapat dibezakan sekiranya kita melihatnya dalam bentuk ayat atau penulisan.

    Makna06.04.2009
    Saya ingin bukukan pengalaman profesion lebih daripada 2000 tahun. Pohon syor perkataan yang sesuai menggantikan 2000 tahun kepada DEKAT, ABAD atau _____. Saya perlukan dalam kadar segera. TK banyak-banyak kerana membantu.Untuk menggantikan 2000 tahun, saudara boleh menggunakan "20 abad" atau "200 dekad".Lain-lain06.08.2007
    definisi bidang professional dan bidang bukan professional.Menurut Kamus Dewan, profesional berkaitan dgn (bergiat dlm) bidang profesion (spt undang-undang, perubatan, dll) atau golongan atau ahli yang mempunyai kemampuan atau kemahiran yg khusus utk melaksanakannya, cekap (teratur) dan memperlihatkan kemahiran tertentu. Berdasarkan pengertian yang telah diberikan ini, diharap dapat membantu saudara untuk membezakan antara profesional dan tidak profesional.Makna01.08.2007
    berikan maksud jurnal berserta jenis-jenis jurnal.terima kasihJurnal ialah terbitan atau majalah berkala yg khusus bagi sesuatu perkara, profesion, atau bidang tertentu
    (biasanya yg termuat karangan-karangan ilmiah). Terdapat pelbagai jenis jurnal mengikut bidang, misalnya jurnal berkaitan bahasa, sejarah, politik, sains dan lain-lain.
    Makna14.03.2013
    bolehkah saya menggunakan istilah LESTARI KEGURUAN sebagai satu nama untuk bahagian atau Unit dalam Organisasi yang menjurus kepada mengekalkan peranan atau tugas dan tanggungjawab profesion guru. sekian terima kasihPada pandangan kami perkataan "lestari" tidak sesuai digunakan kerana lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal, tetap. Dalam konteks ini, perkataan ini boleh membawa makna negatif, iaitu kekal pada tahap yang sama atau tahap lama dan tidak ada peningkatan. Oleh itu, nama yang diberikan perlu menggambarkan sesuatu yang positif, contohnya Unit Keguruan Cemerlang.Istilah29.10.2012
    Apa itu maksud perkataan "ikhtisas"Kamus Dewan menakrifkan ikhtisas sebagai: 1. untuk mata pencarian (berkenaan pekerjaan dan sebagainya),  2. berkaitan dengan pekerjaan atau sesuatu profesion: sijil kelayakan pelajaran dan; 3. memerlukan atau melibatkan kepandaian atau kemahiran khusus.Makna20.05.2010
    apa maksud perkataan iktisas?

    Saudara,

    Perkataan ikhtisas bermaksud utk mata pencarian (bkn pekerjaan dll), utk atau dgn tujuan memperoleh bayaran atau pendapatan, profesional: pelukis ~; 2. berkaitan dgn pekerjaan atau sesuatu profesion: sijil kelayakan pelajaran dan ~; 3. memerlukan atau melibatkan kepandaian atau kemahiran khusus: secara umum, konsep pentadbiran perkhidmatan pelajar bolehlah dikatakan sbg satu bentuk pentadbiran ~ yg dikendalikan dgn satu tujuan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. 

    Makna04.10.2009
    Pendosa ialah orang yang melakukan dosa tetapi bukan sebagai profesionnya. Pedosa ialah orang yang profesionnya adalah melakukan dosa. Apakah pandangan DBP?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan pendosa bermaksud orang yang berdosa. Sehingga ini belum ada  pembentukan atau penggunaan perkataan pedosa bagi merujuk profesion. Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Makna17.01.2009
    12

    Kembali ke atas