Tuan, 1. Saya ingin bertanya mengenai ejaan sebenar dalam surat rasmi Yang Berbahagia Dato', ejaannya adakah Y. Bhg. Dato', atau Yg. Bhg. Dato'? 2. Bolehkah saya gunakan dalam surat rasmi Yang Berbahagia Dato' digunakan untuk jawatan Profesor, Profesor Madya dan Tuan Haji?. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah YBhg. Dato' dan khusus kepada mereka yang mendapat gelaran Dato'/Datuk sahaja tak kiralah profesor atau siapa jua. | Ejaan | 22.05.2008 |
assalamualaikum. saya hanya nak tanya apa maksud Profesor Adjung sekian terima kasih. | Sdr. Profesor Adjung bermaksud seseorang yang tidak memegang sesuatu jawatan di institut pengajian tinggi tetapi dijemput untuk memberi ceramah atau mengajar dalam bidang tertentu yang menjadi kepakarannya. Ada juga penceramah atau tenaga pengajar ini yang dilantik secara kontrak. | Tatabahasa | 09.09.2007 |
Salam tuan, Adakah gelaran Profesor Diraja yang dianugerahkan kepada Ungku Aziz dieja "Diraja" atau "DiRaja"? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah Profesor Diraja Ungku Aziz . | Ejaan | 07.06.2013 |
Protokol penggunaan 'YBhg' - Adakah perlu diletakkan 'YBhg' dihadapan nama seorang Profesor yang tiada gelaran Dato'/Datuk/dsb? | Rujukan kehormat untuk profesor ialah Yang Berbahagia. Ungkapan kehormat ini digunakan secara umum bagi orang yang mendapat gelaran anugerah, sama ada anugerah kehormatan negara, negeri, masyarakat mahupun anugerah dari pencapaian atau kelulusan akademik. | Tatabahasa | 17.06.2013 |
yang manakah betul penggunaannya? datuk professor @ professor datuk? contoh: datuk professor dr siti musliha @ professor datuk dr siti musliha (yg mana satu betul?) | Mengikut protokol, jawatan (Profesor) mendahului gelaran (Datuk) seperti YBhg. Profesor Datuk Dr. Siti Musliha. Walau bagaimanpun penerima boleh memilih untuk mendahului gelaran di hadapan nama seperti YBhg. Datuk Profesor Dr. Siti Musliha. Oleh itu, tentang penggunaan jawatan dan gelaran ini ada baiknya saudara merujuk kepada empunya nama tersebut. | Ejaan | 10.09.2011 |
Can i know the meaning of "Madya" and the what way it is being used? | Perkataan madya digunakan dalam konteks profesor madya yang bermaksud pensyarah yang tarafnya di bawah profesor di universiti. | Makna | 06.05.2008 |
Maaf, ini bukan pasal penggunaan bahasa tetapi kalau dapat dibantu. Mengenai salutation yang mana satu sesuai digunakan untuk jawatan Profesor. Yang Berbahagia (Y.Bhg.) atau Yang Berusaha (Y.Brs.). Terima kasih. | Rujukan kehormat untuk profesor ialah Yang Berbahagia. Ungkapan kehormat ini digunakan secara umum bagi orang yang mendapat gelaran anugerah, sama ada anugerah kehormatan negara, negeri, masyarakat mahupun anugerah dari pencapaian atau kelulusan akademik. | Tatabahasa | 09.11.2010 |
Salam, saya sedang menonton anugerah maulidur rasul di tv1, soalan saya.. 1) Pengacara Majlis menyebut " mantan Prof Madya di UM" adakah ini bermaksud jawatan Prof Madya akan luput setelah bersara? 2) Dinyatakan juga gelaran salah seorang calon penerima anugerah "Engku Tan Sri Dato' Seri" mengapa gelaran Engku dihadapan Tan Sri. Adakah jika seseorang itu memiliki gelaran begitu semua gelaran tersebut perlu dinyatakan di dalam surat menyurat..? Sekian terima kasih, diharap kemusykilan ini terjawab. | 1. Profesor Madya atau Profesor adalah jawatan dalam perkhidmatan. Oleh itu, sebutan 'mantan Profesor Madaya' adalah betul untuk seseorang yang telah bersara daripada perkhidmatan atau telah meninggalkan jawatan tersebut. 2. Susunan yang betul mengikut protokol ialah: gelaran (yang tertinggi) - jawatan - nama, contohnya Tan Sri Profesor Dr. Tengku Awang Tengku Salleh. Walau Bagaimanapun penerima gelaran dibenarkan untuk memilih yang disukainya sama ada mendahulukan gelaran, jawatan atau namanya, begitulah seperti nama "Engku Tan Sri Dato' Seri". | Tatabahasa | 15.02.2011 |
maksud associate professor dalam bahasa melayu? | Padanan dalam bahasa Melayu bagi "associate professor" ialah profesor madya. | Makna | 22.05.2009 |
Assalamu'alaikum, Apabila sesebuah jabatan mengeluarkan surat atau pekeliling kepada ketua-ketua jabatan yang mempunyai gelaran kehormat seperti Dato’/Datuk/Datin Paduka/Datin/Profesor, penggunaan salutasi yang manakah betul untuk digunakan: 1.YBhg. Dato’/Datuk/Datin Paduka/Datin/Prof./Tuan/Puan atau 2.YBhg. Dato/Datin Paduka/Prof./Tuan/Puan Terima kasih. Rozani binti Mohd. Noh | Penggunaan susunan panggilan kehormat seperti berikut; YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk Seri/Datin Seri/ Datuk Paduka/Datin Paduka/Datuk/ Dato/Datin . | Tatabahasa | 24.04.2013 |