Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pensyarah yg tarafnya di bawah profesor di universiti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pensyarah di universiti yg tarafnya di bawah profesor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata profesor madya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jelaskan perbezaan di antara Profesor, Profesor Madya, Profesor Emeritus dan Profesor Diraja.Untuk makluman puan, puan boleh mendapatkan perbezaan makna berkaitan dengan soalan ini melalui carian kata pada laman web prpm.dbp.gov.my. Puan juga boleh membuat rujukan makna terkini melalui Kamus Dewan Perdana bagi mendapatkan perbezaan antara Profesor, Profesor Madya, Profesor Emeritus dan Profesor Diraja. Sebagai contoh, "profesor madya" bermaksud "pensyarah yang tarafnya di bawah profesor di universiti", sumber https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=profesor+madya
Lain-lain09.11.2024
Untuk salutasi surat rasmi, jika penerima mempunyai nama gelaran YBhg. Profesor Madya Dr. xxx, adakah diletakkan sebagai YBhg. Profesor atau YBhg. Profesor Madya atau YBhg. Profesor Madya Dr.?Penggunaan sapaan yang betul ialah YBrs. Profesor Madya Dr.Tatabahasa06.03.2023
Tuan, 1. Saya ingin bertanya mengenai ejaan sebenar dalam surat rasmi Yang Berbahagia Dato', ejaannya adakah Y. Bhg. Dato', atau Yg. Bhg. Dato'? 2. Bolehkah saya gunakan dalam surat rasmi Yang Berbahagia Dato' digunakan untuk jawatan Profesor, Profesor Madya dan Tuan Haji?. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah YBhg. Dato' dan khusus kepada mereka yang mendapat gelaran Dato'/Datuk sahaja tak kiralah profesor atau siapa jua.Ejaan22.05.2008
APAKAH GELARAN YANG PERLU DIGUNAKAN BAGI PROFESOR MADYA DR. ? YANG BERBAHAGIA ATAU YANG BERUSAHA?
Gelaran yang digunakan ialah Tuan/Puan sahaja  melainkan beliau berperanan sebagai pengerusi atau ketua sesuatu majlis bolehlah disapa sebagai Yang Berusaha. 
Lain-lain15.02.2018
maksud associate professor dalam bahasa melayu?

Padanan dalam bahasa Melayu bagi "associate professor" ialah profesor madya.

Makna22.05.2009
Can i know the meaning of "Madya" and the what way it is being used?Perkataan madya digunakan dalam konteks profesor madya yang bermaksud pensyarah yang tarafnya di bawah profesor di universiti. Makna06.05.2008
Untuk kegunaan majlis rasmi dan sebagai pengacara atau moderator (majlis rasmi dan televisyen), apakah satu kesalahan jika saya memanggil seseorang individu dengan gelaran Prof. Madya sebagai Profesor atau Prof. ? kerana saya dimaklumkan Prof. Madya bukanlah sesuai dipanggil Prof atau Profesor. Namun begitu, ada juga yang menganggap ia tidak menjadi masalah, bergantung kepada pembawa gelaran tersebut. Mohon pencerahan.Tuan/puan,

Dalam urusan rasmi, penggunaan bahasa yang betul dan sopan haruslah menggunakan bahasa baku dan standard. Misalnya, penggunaan Prof. Madya perlu disebut dengan sebutan penuh, iaitu Profesor Madya dan tidak boleh disebut dengan sebutan singkatan dan apatah lagi penyalahgunaan dalam gelaran pangkat seseorang.
Lain-lain15.05.2018
Salam, saya sedang menonton anugerah maulidur rasul di tv1, soalan saya.. 1) Pengacara Majlis menyebut " mantan Prof Madya di UM" adakah ini bermaksud jawatan Prof Madya akan luput setelah bersara? 2) Dinyatakan juga gelaran salah seorang calon penerima anugerah "Engku Tan Sri Dato' Seri" mengapa gelaran Engku dihadapan Tan Sri. Adakah jika seseorang itu memiliki gelaran begitu semua gelaran tersebut perlu dinyatakan di dalam surat menyurat..? Sekian terima kasih, diharap kemusykilan ini terjawab.

1. Profesor Madya atau Profesor adalah jawatan dalam perkhidmatan. Oleh itu, sebutan 'mantan Profesor Madaya' adalah betul untuk seseorang yang telah bersara daripada perkhidmatan atau telah meninggalkan jawatan tersebut.

2. Susunan yang betul mengikut protokol ialah: gelaran (yang tertinggi) - jawatan - nama, contohnya Tan Sri Profesor Dr. Tengku Awang Tengku Salleh. Walau Bagaimanapun penerima gelaran dibenarkan untuk memilih yang disukainya sama ada mendahulukan gelaran, jawatan atau namanya, begitulah seperti nama "Engku Tan Sri Dato' Seri".

Tatabahasa15.02.2011
MEMOHON KELULUSAN HAK CIPTA KARYA TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BAGI TUJUAN FINAL YEAR PROJECT Salam sejahtera tuan/puan, nama sayaLEE AI YU, pelajar tahun 2 bagi kursus Terjemahan dan Interpretasi (BATI) dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Tujuan saya menulis e-mel ini adalah untuk memohon kelulusan hak cipta karya terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai bahan sumber bagi Final Year Project kami dalam kursus Projek Terjemahan (HBT 311). Dalam kursus HBT 311 ini, kami akan menganalisis dan menterjemah sebuah teks sumber kepada bahasa sasaran kami iaitu bahasa Cina di bawah bimbingan penyelia kami, Profesor Madya Dr. GOH SANG SEONG. Oleh itu, saya mewakili kumpulan saya yang terdiri daripada NG DEVNIN, TAN HUI YIN dan TOH CHENG CHZEE ingin memohon kelulusan hak cipta buku "MITOS PERIBUMI MALAS" cetakan 2016 yang ditulis oleh SYED HUSSEIN ALATAS sebagai bahan sumber bagi kursus Projek Terjemahan, HBT 311. Saya amat berharap permohonan kelulusan hak cipta ini akan tuan/puan pertimbangkan. Sekian, terima kasih.Sila hantarkan surat kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka melalui e-mel hazami@dbp.gov.my dan salinan kepada (cc) dina@dbp.gov.my.Lain-lain12.07.2024
Yang mana satu betul eg: Prof. Ali atau Prof Dr. Ali kalau merujuk Prof. dalam bidang falsafah sahaja tanpa ada ISM Profesional. Dr telah diubah menjadi Prof. Manakala, pendapat saya Prof. Dr. Ali ini bermaksud Prof (Jawatan diiktiraf uni daripada Dr. yang akan kembali menjadi Dr. sahaja selepas bersara) dan Dr. (gelaran pengamal perubatan). Jadi pendapat saya berbeza "Prof. Dr. Ali dan Prof. Ali". begitu juga "Prof Madya Dr. Ali - Prof Madya. Ali", "Prof Emeritus Ali - Prof Emeritus Dr. Ali". Namun begitu, Phd dalam bidang perubatan tetap kekal Dr. Ali (Phd Md) --- Mohon pencerahan. Terima Kasih
Sama ada seseorang itu doktor perubatan atau doktor falsafah, beliau boleh memakai gelaran Dr. pada awal namanya. Bagi doktor falsafah, sekiranya beliau seorang profesor atau profesor madya semasa berkhidmat di pusat pengajian tinggi, maka ditambah gelaran Prof.  atau Prof. Madya di hadapan Dr. sebelum namanya. Apabila beliau telah bersara, gelaran yang tinggal ialah Dr. sahaja.
Lain-lain01.03.2021
12

Kembali ke atas