| Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya apakah istilah bahasa Melayu yang betul untuk "zero entry cost" dan "“zero moving cost” (rujukan: dokumen polisi Prohibited Business Conduct Bank Negara Malaysia)? Terima kasih. | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan bahasa Melayu bagi perkataan zero entry cost dan zero moving cost. Oleh itu, sekiranya bersesuaian dengan konsep atau bidang yang dimaksudkan, kami mencadangkan terjemahan seperti yang berikut: i. Zero entry cost: kos kemasukan sifar ii. Zero moving cost: kos pemindahan sifar | Penyemakan dan penterjemahan | 23.07.2019 |
| Salam sejahtera. Saya ingin bertanya apa perbezaan terjemahan bagi "vacation" dan "holiday" selain daripada perkataan "percutian"? Apakah cadangan pihak DBP jika kedua-dua perkataan tersebut digunakan dalam satu ayat, contohnya, "they are strictly prohibited from going to any vacation trips and holidays". Terima kasih. | “Holiday” dan “vacation” mempunyai persamaan dari segi maksud, iaitu bercuti. Selain itu, berehat dan berlibur juga membawa maksud yang sama. Maka, ketiga-tiga perkataan ini boleh digunakan bersilih ganti. Kami mencadangkan ayat “Mereka dilarang untuk melancong dan bercuti” sebagai terjemahan bagi ayat dalam bahasa Inggeris yang diberikan. | Makna | 29.05.2020 |
| Salam sejahtera Tuan/Puan, 1. This document is the property of UOP and is subject to return on demand. TT: Dokumen ini merupakan hak milik UOP dan tertakluk kepada kepulangan di atas permintaan. 2. Disclosure of information herein embodied is prohibited except as is expressly authorized by UOP. TT: Pendedahan maklumat yang terkandung di sini dilarang kecuali dibenarkan seperti adanya secara tersurat oleh pihak UOP. Minta bantuan pihak tuan/puan nilai terjemahan ayat 1 dan terjemahan istilah undang-undang (as is) dalam konteks ayat 2. Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Tuan, Ayat pertama: Dokumen ini merupakan hak milik UOP dan tertakluk pada pemulangan atas permintaan. Ayat kedua: Pendedahan maklumat yang terkandung di sini dilarang kecuali dibenarkan secara tersurat oleh pihak UOP. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.07.2017 |