Adakah perkataan 'promotor' dalam bahasa melayu? adakah perkataan ini bermaksud 'promoter' dalam bahasa inggeris? apakah perkataan yg sesuai digunakan untuk merujuk kepada promoter? | Untuk makluman, perkataan "promotor" terdapat dalam istilah bidang Biologi yang bermaksudĀ otot protraktor, iaitu otot yang sebahagiannya memanjang keluar daripada badan. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "promoter" bermaksudĀ 1. orang atau pihak yang menganjurkan atau membiayai sesebuah kegiatan, mis acara sukan, penganjur; 2. orang yang berusaha memĀperkenalkan dan menggalakkan penjualan sesuatu barangan. Istilah bahasa Melayu yang lain untuk "promoter" ialah penggalak. | Istilah | 18.04.2014 |