Salam sejahtera. Di mana saya boleh dapatkan senarai tanda bacaan pruf mengikut gaya DBP? | Senarai tanda pruf hanya terkandung dalam buku Gaya Dewan pada halaman 280-283. Untuk maklumat lanjut berkenaan stok buku tersebut, sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. | Lain-lain | 25.08.2017 |
Salam. Saya Pn Ruba di sini ingin bertanya adakah pihak DBP mempunyai khidmat proofreading tesis yg ditulis dalam BM. Jika ada, berapakah bayaran yang dikenakan?Dan brp lama tempoh masa yang diperlukan untuk peoofreading tesis tersebut?Terima kasih di atas maklum balas yang diberikan. | Salam sejahtera puan ruby, perkhidmatan membaca pruf tesis. DBP tidak menyediakan perkhidmatan membaca pruf tesis. Semua khidmat membaca pruf buku terbitan DBP menggunakan khidmat syarikat dan individu yang berdaftar dengan Bahagian Kewangan dan Bekalan, DBP. Maklum, terima kasih. | Lain-lain | 21.04.2020 |
Selamat Sejahtera Tuan/Puan, Apa istilah 'proofreader' dalam bahasa Melayu? | Proofreader bermaksud pembaca pruf. | Istilah | 16.11.2015 |
Asfan Ash ISN 8.34 PAGI assalamualaikum tuan adakah apa-apa cara untuk saya mendapatkan sijil sebagai pembaca pruf (Bahasa Inggeris) yang berdaftar secara sah? | Wa alaikum salam, Tuan yang budiman, Pihak tuan boleh menghubungi no. tel. ini (03-2147 9534/ 9494/9452) untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 19.06.2017 |
Saya ingin menayakan mengenai penerbitan buku 1. Semua yang perlu di ketahui untuk menerbitkan sebuah buku 2. Berapakah jumlah buku yang telah malaysia terbitkan pada 2010 (syarikat penerbitan) 3. dan undang-undang penerbitan di malaysia | (1)Proses penerbitan buku berbeza-beza sedikit mengikut penerbit dan jenis buku yang diterbitkan. Pada umumnya, proses penerbitan bermula dengan cadangan penulisan/manuskrip daripada penulis, pelantikan penulis, penilaian manuskrip, kelulusan penerbitan, penyuntingan, penyediaan reka bentuk dan ilustrasi, pembacaan pruf, penyediaan pruf akhir, dan percetakan. (2) Anda boleh menghubungi Perpustakaan Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat. (3) Anda boleh mendapatkan maklumat tentang undang-undang penerbitan di Malaysia dengan membaca sebarang buku tentang Undang-undang Hak Cipta di Malaysia. | Lain-lain | 23.11.2010 |
Boleh tanya, bila kamus Dewan Edisi ke-5 akan diterbitkan? | Salam sejahtera, Buat masa ini belum ada rancangan untuk menerbitkan Kamus Dewan Edisi Kelima memandangkan Bahagian Perkamusan telah selesai menyemak pruf akhir Kamus Dewan Perdana Bahasa Melayu dan dijangka terbit pada tahun 2020. Kamus ini merupakan kamus bahasa Melayu yang pertama yang memanfaatkan data korpus dan data web sebagai sumber pertama dalam penyusunannya. Terdapat sebanyak 120 000 kata masukan yang merangkumi kata umum, istilah, dialek dan kata pinjaman serta dilengkapi ejaan Jawi, fonetik, kelas kata dan pelbagai lagi. Sekian, Terima kasih. | Lain-lain | 27.11.2019 |
1. Apakah Langkah-Langkah dalam proses editorial. 2. Apakah kriteria atau persoalan yang difikirkan ketika saya membuat semakan kandungan dan format sesuatu manuskrip. | Langkah-langkah umum dalam proses editorial ialah mengedit manuskrip sehingga bersih, membuat penyemakan pruf dan seterusnya dihantar ke bahagian percetakan sehingga manuskrip terbit. 2. Sewaktu menyemak manuskrip, kriteria yang perlu disemak ialah tatabahasa, ejaan, gaya bahasa dan sebagainya.Untuk keterangan terperinci, mohon mendapatkan maklumat lanjut melalui Jabatan Penerbitan. | Lain-lain | 21.06.2014 |
Assalam, saya sedang dalam proses menyiapkan manuskrip buku akademik. Saya bercadang untuk menerbitkan sendiri buku tersebut. Bolehkah saya menggunakan khidmat DBP utk menyunting, grafik dan urusan lain-lain yang berkaitan sehinggalah manuskrip tersebut siap sepenuhnya untuk di cetak. Terima kasih. | Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak, menyunting dan membaca pruf buku selain terbitan DBP. | Lain-lain | 21.12.2015 |
berapakah kadar bayaran yang dkenakan untuk menterjemah nota atau kertas ilmiah teknikal dari bahasa inggeris ke bahas malaysia? berapapula kadar bayaran untuk 'proofreading' yang dikenakan oleh pihak tuan secara piawainya? | Kadar yang diguna pakai di DBP : bayaran terjemahan teks teknikal daripada bahasa Inggerius kepada bahasa Melayu ialah 0.15 sen/kata. Kadar bayaran penyemakan pruf teks teknikal ialah 0.015 sen/kata. | Lain-lain | 15.11.2007 |
apakah langkah langkah yang perlu dilalui untuk menerbit sebuah buku secara persendirian? | PertamaL Penulis perlu mencari penerbit dan berbincang tentang syarat yang ditentukan oleh kedua-dua pihak. Kedua: Menyunting manuskrip sehingga bersih dan menyediakan segala bahan yang terkandung dalam manuskrip Ketiga: Menyerah bahan yang bersih dan lengkap kepada penerbit untuk di aturhuruf, baca pruf, naskhah sedia kamera, cetak dan jilid. Keempat: Serah buku terbit kepada pengedar untuk jualan atau penulis sendiri mengedar dan menjual buku yang telah terbit. Membayar segala kos yang terlibat atau membuat perjanjian dengan penerbit untuk berkongsi kos pengeluaran dan berkongsi keuntungan. | Lain-lain | 23.09.2009 |