maksud psikologi | Psikologi bermaksud: kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dgn perlakuan manusia dan haiwan; | Makna | 16.07.2009 |
apakah yang dimaksudkan dengan psikologi? | Kamus Dewan Edisi Empat mendefinisikan psikologi sebagai; 1. kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; 2. pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; 3. kebijaksanaan memahami sifat manusia; berpsikologi menggunakan psikologi: bagaimana dia harus ~ melayani anak-anak yg masih kecil?. Saudara boleh melayari psikologi&d=1">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=psikologi&d=1 untuk lebih lanjut. | Makna | 10.02.2013 |
Apakah itu Psikologi Pendidikan? Apakah definasinya dan bagaimana penggunanya | Psikologi pendidikan ialah kajian tentang bagaimana manusia belajar dalam latar pendidikan, keberkesanan campur tangan pendidikan, psikologi pengajaran, dan Psikologi sosial (belum ditulis)">psikologi sosial sekolah sebagai pertubuhan. Psikologi pendidikan melibatkan diri tentang bagaimana pelajar belajar dan berkembang, seringnya dengan menumpukan subkumpulan seperti kanak-kanak bergeliga dam mereka yang kehilangan upaya. | Makna | 18.01.2009 |
dalam psikologi sukan,konsep kendiri salah satunya di pengaruhi oleh "self-vulnerability". Apakah istilah yg sesuai digunakan untuk "self-vulnerability"? | Tidak ada padanan self-vunerabilty dalam bahasa Melayu dalam sumber rujukan kami. Pada makna biasa vulnerable bermaksud mudah dipengaruhi dan dalam konteks yang saudara nyatakan self-vulnerabilty boleh membawa maksud mudah untuk dikalahkan. | Istilah | 08.05.2009 |
konsep psikologi pendidikan, pedagogi dan wacana | Sila rujuk bahan ini : 1. Psikologi Pendidikan : Glenn Myers Blair : DBP : 1991 2. Pedagogi : Shahabudin Hashim : DBP : 2006 3. Panduan wacana Akademik : Asmah Hj Omar : 2006 | Lain-lain | 24.01.2008 |
Apakah maksud 'conception' dalam konteks bidang Psikologi Perkembangan | Dalam bidang psikologi, konsepsi bermakna pengertian atau pemahaman atau tanggapan tentang sesuatu atau idea yang digarap dalam pemikiran manusia, yang kemudiannya diberi makna melalui lambang. | Makna | 09.07.2008 |
Bagaimana untuk menyebut perkataan serapan daripada bahasa Inggeris yang bermula dengan psi seperti psikologi. Adakah disebut pi-si-ko-lo-gi atau si-ko-lo-gi yang bermaksud huruf P itu disenyapkan? | Psikologi boleh disebut dengan dua cara iaitu [psi.ko.lo.gi] dan [si.ko.lo.gi] | Tatabahasa | 15.04.2019 |
saya ingin menanya apakah perkataaan yang sesuai digunakan untuk menjelaskan istilah "deprivation" dalam bahasa inggeris? Adakah ia bermaksud kelucutan? | Terdapat beberapa padanan istilah bahasa Melayu untuk deprivation, iaitu perlucutan (bidang Undang-Undang, Psikologi), penafian (bidang Psikologi, Geografi) dan deprivasi (bidang Psikologi, Sosiologi, Perubatan, Pendidikan). Oleh itu, padanan yang sesuai bergantung pada konteks penggunaannya. | Istilah | 12.01.2011 |
Ingin mendapatkan maklum balas yang betul tentang penggunaan palang(/) dalam ayat seperti contoh ayat di bawah: Tarikh rujuk kepada Pegawai Psikologi / Agensi Pelaksana | Tarikh rujuk kepada Pegawai Psikologi/Agensi Pelaksana (tiada jarak sebelum dan selepas tanda palang) | Lain-lain | 08.08.2018 |
MOHON PENYEMAKAN ISTILAH TAJUK KAJIAN PHD SEPERTI BERIKUT : FAKTOR PERAMAL KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI OLEH KESELARASAN PERSONALITI-KERJAYA, KEPUASAN KERJA, KECENDERUNGAN AFEKTIF, KELESUAN EMOSI DAN DAYA TAHAN DALAM KALANGAN KAUNSELOR BERDAFTAR DI MALAYSIA | Tajuk PHD puan kurang difahami. Cadangan kami ialah FAKTOR RAMALAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI TENTANG KESELARASAN PERSONALITI-KERJAYA, KEPUASAN KERJA, KECENDERUNGAN EFEKTIF, KELESUAN EMOSI DAN DAYA TAHAN DALAM KALANGAN KAUNSELOR BERDAFTAR DI MALAYSIA. | Tatabahasa | 20.08.2019 |