Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terdapat sebuah acara paralimpik yang dipanggil "shot put seated" atau "seated shot put" di mana peserta akan melontar peluru dalam keadaan duduk di atas sebuah kerusi. Jika saya ingin menamakan acara ini dalam bahasa Melayu, adakah "lontar peluru duduk" padanan yang sesuai?Cadangan padanan “Lontar Peluru Duduk” boleh diterima sebagai padanan seated shot put. Istilah16.06.2019
Dalam bahasa Inggeris, "assemble' ialah 'to put something together'. Sebagai contoh, bahagian-bahagian almari yang berasingan disatukan dan dipasang menjadi sebuah almari. Manakala, 'install' ialah 'the object is already completed but needs to put in a particular place' bermaksud almari yang siap dipasang tadi kemudian dipasangkan dan dikukuhkan pula di sesuatu tempat, misalnya di bilik tidur. Apakah perkataan yang sesuai untuk 'assemble' bagi membezakannya dengan 'install' walhal kedua-dua perkataan sekiranya diterjemahkan membawa kepada maksud yang sama iatu 'pasang' tetapi sebenarmya proses yang berlainan? Terima kasih.Kami mencadangkan "assemble" diterjemahkan sebagai "sambung", "kumpul" atau "himpun", manakala "install" pula boleh diterjemahkan sebagai "memasang". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Makna11.03.2021
Salam sejahtera, Saya ingin mendapatkan terjemahaan dalam Bahasa Melayu bagi frasa Bahasa Inggeris "put to strict proof" untuk kegunaan dalam bidang undang-undang. Sekian.Terjemahan yang sesuai bagi put to strict proof ialah sediakan bukti yang kukuh atau berikan bukti yang kukuh. Sila berikan ayat penuh supaya kami dapat memberikan terjemahan yang betul mengikut konsep ayat. SekianPenyemakan dan penterjemahan09.04.2018
what is the wording to put at barber shop ?Sila nyatakan soalan tuan dengan lengkap. Untuk makluman tuan, padanan dalam bahasa Melayu untuk barber shop ialah Kedai Gunting Rambut.Lain-lain20.08.2021
BM translation for 'Made in USA' - can I put it as 'Buatan USA'? Thanks.
Menurut data kami, terjemahan yang sesuai ialah Buatan AS
Lain-lain18.08.2016
Betulkah ayat-ayat di bawah? Saya akan letaknya di situ. (Put it there) Bungkusnya. (Wrap it up) Makannya cepat. Dalam ayat berikut, agak condong sedikit letaknya, apakah kategori perkataan 'letaknya' di sini? Adakah ia kata tempat? Kata kerja? Terima kasih.Salam sejahtera,

 Berdasarkan Kamus Dewan, letak merupakan kata nama.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau Pusat Rujukan Persuratan Melayu untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.
Istilah20.09.2017
Assalamualaikum. Maafkah maksud "hemp seed" dalam bahasa Melayu. Ia merujuk sejenis makanan seperti dalam "put a tablespoon of hemp seeds".Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "hemp seed" ialah biji hem.Makna16.11.2021
Apakah terjemahan bagi 'on hold' dalam situasi panggilan telefon di mana panggilan dihentikan sebentar. Contoh ayatnya ialah, 'He put the call on hold'. Terima kasih.Kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya ialah “Dia meletakkan panggilan itu dalam mod menunggu”.Penyemakan dan penterjemahan13.03.2018
Good Morning. I want to ask regarding the mall building signage. Beside the mall signage, we need to put PUSAT MEMBELI-BELAH or PUSAT BELI-BELAH? Which is the correct one? Thanks.Frasa yang betul ialah "PUSAT BELI-BELAH" berbeza dengan perbuatan seperti dalam ayat "Mereka pergi membeli-belah di bandar".Tatabahasa15.09.2016
menyimpan di dalam laci atau menyimpan ke dalam laci. Masing-masing terdapat pendapat yang berlainan mungkin kah ini disebabkan oleh pengaruh daripada Bahasa Inggeris 'put into'? Jadi, yang manakah satu adalah betul.Ayat yang betul ialah 'menyimpan di dalam laci'.Tatabahasa12.05.2011
12

Kembali ke atas