Pohon pencerahan mengenai penggunaan ayat tuan-tuan dan puan-puan di pertengehan ayat. T untuk Tuan dan P untuk Puan perlu huruf besar atau kecil. | Penggunaan tuan-tuan dan puan-puan di tengah-tengah ayat boleh digunakan. Ejaan tuan atau puan pula perlu menggunakan huruf besar sekiranya di permulaan ayat, jika di tengah-tengah atau akhir ayat perlu menggunakan huruf kecil. | Tatabahasa | 13.06.2019 |
Assalamualaikum tuan/puan, Saya Puan Rashida Nasuha dari Sekolah Rendah Islam Al Huda, Gombak. Pihak kami sedia maklum bahawa dewan bahasa dan pustaka sering kali mengadakan pertandingan sahibba untuk pelbagai kategori. Kami sangat berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara-cara atau peraturan pertandingan sahibba yang digunakan oleh pihak tuan. Pihak kami bercadang untuk mengadakan pertandingan sahibba antara sekolah-sekolah ABIM seluruh Malaysia dan dewan bahasa dan pustaka adalah rujukan utama kami. Tujuan saya menghantar email ini untuk mendapatkan maklumat yang terperinci daripada pihak tuan. Terima kasih di atas kerjasama dan maklum balas daripada pihak tuan. | Salam puan budiman, PERATURAN ASAS PERMAINAN SAHIBBA UNTUK PERTANDINGAN SAHIBBA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH Bersama-sama ini dilampirkan peraturan asas permainan sahibba untuk pertandingan sahibba sekolah menengah dan rendah untuk makluman dan tindakan pihak puan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi: Puan Nor Hidayah binti Ilias, Bahagian Pengembangan Kesuasateraan Kanak-kanak dan Remaja, melalui talian telefon 03-2147 9703 atau e-mel norhidayah@dbp.gov.my. Sekian, terima kaish. | Lain-lain | 05.11.2019 |
Salam tuan-tuan dan puan-puan Nama saya chiang heng huat seorang business owner kedai handset dari banting'pada hari ini saya pergi majlis daerah kuala langat..nak mohon penambahan satu papan iklan'perjabat majlis daerah beri tau saya kena minta pengesahan daripada dewan bahasa dan pustaka(DBP) dahulu'di sini saya harap pihak dewan bahasa boleh bantu saya..luluskan pengesahan saya'dalam pertanyaan ini saya ada attachment satu pelan papan iklan..jika sudah apporove'minta pihak boleh beri tau saya'sekian terima kasih | Untuk permohonan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui DBP Sah Bahasa di www.dbpsahbahasa.my. Jika menghadapi masalah teknikal berkaitan sistem sila hubungi talian 03-21479309/9398/9400/9500/9600. | Lain-lain | 11.08.2017 |
Dalam ucapan, salutasi untuk YB, perlu tidak digunakan encik/puan? Contohnya: YB Yasmin Daud atau YP Puan Yasmin Daud? | Salam sejahtera, Dalam ucapan salutasi untuk Yang Berhormat, boleh digunakan encik/puan? Kerana encik/puan merupakan sapaan kehormat dalam panggilan. Contohnya: YB Puan Yasmin Daud. | Lain-lain | 24.07.2019 |
Selamat petang, tuan-tuan dan puan-puan, Saya ingin bertanya mengenai apakah penterjemaan yang betul dalam Bahasa Melayu untuk perkataan "Resourceful" Contoh ayat - As a business owner, you need to be resourceful. Terima Kasih, | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, “resourceful” bermaksud pintar. Maka, padanan lain yang juga tepat untuk menggambarkan “resourceful” dalam bahasa Melayu ialah bijak, pandai, cerdik atau cerdas (Tesaurus Bahasa Melayu Dewan) | Penyemakan dan penterjemahan | 22.11.2019 |
Assalamualaikum tuan. Saya perlukan kepastian, dalam surat menyurat/surat rasmi 'tuan/puan' di letak huruf kecil ke atau huruf besar? tuan/puan ke atau Tuan/Puan. sekian terima kasih | Dalam surat rasmi, di bahagian kata sapaan permulaan ayat Tuan/Puan perlu dieja dengan huruf besar. Manakala ejaan tuan/puan di tengah ayat ialah huruf kecil. | Tatabahasa | 22.11.2019 |
Puan Fatmah guru di SMK Kelana Jaya .. Apakah pola ayat bagi ayat ini? Puan Fatimah guru / di SMK Kelana Jaya FN + FS atau Puan Fatimah / guru di SMK Kelana Jaya FN + FN Terima kasih | Pola ayat: Puan Fatimah (FN) guru di SMK Kelana Jaya (FN) | Tatabahasa | 02.11.2017 |
Assalamualaikum Tuan/Puan. Saya ingin bertanya, bagaimana cara ingin pergi ke DBP dari dengan menggunkan KTM dari Serdang? Terima Kasih. | Untuk makluman tuan/puan, KTM tidak mempunyai hentian yang berhampiran dengan DBP. Tuan/Puan perlu berhenti di KL Sentral terlebih dahulu. Kemudian, tuan/puan boleh mengambil LRT dan berhenti di Hentian Hang Tuah. Dari Hentian Hang Tuah, tuan/puan perlu berjalan kaki menuju ke DBP dalam anggaran masa 10-15 minit. | Lain-lain | 05.04.2018 |
salam tuan/puan. apa perkembangan mengenai soalan sebelum ini tuan/puan? kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. | Berdasarkan carian dalam data kami, soalan tuan berkaitan untuk mendapatkan pengesahan DBP bagi penterjemahan perkataan "climate action" yang dijadikan tema Hari Bumi 2020 seluruh negara pada tahun ini telah dijawab pada 26 Februari 2020. Cadangan pihak kami, tema “climate action” bersempena dengan Hari Bumi 2020 diterjemahkan sebagai Kebolehtindakan Iklim atau Pengawalan Iklim, bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya. | Lain-lain | 25.02.2020 |
Puan/Tuan, bagaimanakah cara untuk menterjemah "jailbroken and rooted devices"? Terima kasih. | Wassalam, Untuk pengetahuan tuan/puan, istilah tersebut masih belum ada lagi dalam data kami. Mohon pihak tuan/puan majukan persoalan ini kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi berkenaan istilah-istilah baharu. Tuan/puan boleh menghubungi: Puan Hendun binti Ibrahim, 03-2147 9155 hendun@dbp.gov.my | Makna | 28.07.2017 |