Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berpuas hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
puas (adjektif)
1. Bersinonim dengan senang hati: lega, selesa, bahagia, sejahtera, seronok, tenang, tenteram, kenyang, cukup, pada, jelira, marem,

2. Bersinonim dengan jemu: bosan, jelak, jenuh, cemus, muak, lugu, majal, pasai,

Kata Terbitan : berpuas hati, memuaskan, kepuasan,

Puisi
 

Hujan rangkap Kuala Linggi,
     Tanamlah Lengkuas hutan seberang;
Saya berangkat dari sini,
     Hati puas telinga terang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Biar alah sabung,
     asalkan menang sorak.

Bermaksud :

Biar harta habis, asalkan hati puas. (Bandingkan dengan: Alah sabung, menang sorak).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa kesalahan dalam ayat di bawah: 1. Tandas itu mereka rosakkan kerana tidak puas hati terhadap penjaja kedai itu.Ayat yang betul ialah : Tandas itu dirosakkan oleh mereka kerana tidak puas hati terhadap penjaja kedai itu. Ayat ini merupakan bentuk ayat pasif diri ketiga.Tatabahasa11.04.2008
Salam. Merujuk kembali persoalan tentatif program dan program tentatif. Saya masih kurang puas hati terhadap jawapan yang diberikan. Jika dilihat maksud tentatif dalam Kamus Dewan ia bermaksud tidak muktamad atau buat sementara waktu. Jadi kalau frasa tentatif program adalah betul ia bermaksud tidak muktamad program atau buat sementara waktu program, bukan program tidak muktamad atau program buat sementara waktu. Dalam Kamus Dewan pun memberi contoh langkah tentatif dan bukannya tentatif langkah. Harap dapat penjelasan daripada pihak DBP kerana saya masih keliru. Terima kasih.

Program tentatif ialah program yang belum muktamad. Harap mkalum

Tatabahasa30.06.2008
Saya ingin merujuk semula pertanyaan berkaitan dengan penjodoh bilangan bagai "kerang". Terima kasih di atas jawapan yang diberikan. Saya puas hati dengan jawapan yang diberikan. Tetapi saya masih ingin memndapat kepastian lagi, misalnya ada 2 kerang terjatuh atas lantai. Saya akan mengutip "kerang" itu. Jadi apakah penjodoh bilangan yang akan saya kenakan kepada dua.....kerang itu? Terima kasih tuan.Dalam konteks ini, saudara boleh gunakan penjodoh bilangan ekor kerana kerang merupakan sejenis haiwan.Lain-lain09.07.2009
Adakah perkataan 'berkenan' sesuai digunakan dalam ayat di bawah? Sewaktu kita dalam keadaan panas baran, kita tidak akan berkenan dengan pujukan daripada sesiapa pun.

Berkenan bermaksud bersetuju di hati atau berasa gembira (puas hati atau senang hati) tetapi tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Pujukan lazimnya dikaitkan dengan terpengaruh ataupun termakan pujuk bukan berkenan atau bersetuju dengan pujukan. Panas baran juga ialah sifat dan bukan keadaan.

Tatabahasa25.08.2011
Assalam. Apa beza makna "Happy" dan "Delighted" dalam Bahasa Melayu? Terima kasih membantu.Dalam Kamus Inggeris- Melayu Dewan, happy bermaksud 1.(willing, glad), (berasa) gembira: we are ~ to be here, kami gembira berada di sini; we are ~ to be of service, kami gembira dapat menolong; (not reluctant) tidak keberatan: I'll be ~ to see you next Monday, saya tidak keberatan berjumpa dengan anda pada hari Isnin depan; 2. pleased, satisfied, puas hati: if you're not ~ with the present situation, why dont you do something about it, kalau kamu tidak puas hati dengan keadaan sekarang, mengapa kamu tidak membuat sesuatu tentangnya; 3. felicitous, kena pd tempatnya: that was not a very ~ remark, kata-kata itu tdk kena pd tempatnya; 4. (in greetings) selamat: H~ Birthday, Selamat Hari /Jadi, Lahir/; H~ New Year, Selamat Tahun Baru. Delighted pula bermaksud (berasa) gembira:  the class was ~ to hear that they will be getting a new teacher, murid-murid kelas itu gembira kerana akan mendapat guru baru. Berdasarkan huraian di atas, happy mempunyai beberapa maksud, manakala delighted bermaksud gembira sahaja.Makna07.09.2012
1. kesedaran mengamalkan makanan sihat memang telah ada tetapi belum memuaskan, kebanyakkannya hanya mula menjaga atau mengubah tabiat makan bila telah menghidap penyakit walaupun ramai tahu mencegah adalah ubat yang paling baik sekali. 2. di zaman ini, adalah sangat sukar sekali untuk seseorang itu merealisasikan sesuatu maklumat. apa yang di klasifikasikan sulit dan rahsia, boleh menjadi pengetahuan umum dan mudah sekali menyebar ke pelusuk dunia. cuma hanya dalam sekelip mata sahaja. 3. adalah menjadi tanggung-jawab syarikat otomatif mempastikan keadaan kenderaan sentiasa berada ditahap terbaik sekali. sebelum dibenarkan bergerak di jalanraya dimana ini wajar menjadi pra-syarat utama sebelum kereta tersebut terjual. 4. akibat penceraian menyebabkan anak-anak akan menjadi liar atau sebaliknya menjadi pendiam dan pendendam, sebagai akibat perbuatan bapa yang kerap melepaskan ketik puas hati kepada anak-anak dengan memukul, menumbuk dan menendang dengan tujuan untuk menghilangkan fikiran terhadap kes penceraan itu. 5. mereka perlu mengenal pasti halangan-halangan yang mungkin mereka menghadapi supaya pencapaian yang mereka perolehi itu lebih baik.Sila jelaskan soalan saudara.Lain-lain08.12.2011
makna kepuasan hatiMenurut Kamus Dewan maksud

berpuas; ~ hati berasa puas (kenyang, lega, senang, dll);

memuaskan 1. menjadikan (menyebabkan) puas, memberi (memenuhi, menuruti, dll) hingga puas: wang dapat ~ kehendak-kehendak lahir; buah anggur sangat ~ selera saya; 2. memberi kelegaan (kesenangan, kesukaan, dll) kpd, menyenangkan, menyukakan: layanannya ~; ia ingin berbuat sesuatu yg dapat ~ hati ibunya; 3. memadai (harapan, hasrat, dll), menyenangkan: pendapatan drpd hasil padi tahun ini agak ~;

Sdr juga boleh  mendapatkan kemudahan menggunakan Kamus Dewan secara digital dengan melayari laman DBP.

Lain-lain04.03.2008
1) Antara perkataan sabung-menyabung dan sambar-menyambar, yang mana satu penggunaannya paling sesuai dalam ayat berikut. - Hari itu hujan turun dengan lebat dan kilat sabung-menyabung/sambar-menyambar. 2) Adakah penggunaan kesat dalam ayat berikut betul? - Kaki Zaki kesat kerana terkena lumpur di paya itu. - Tolong kesat meja yang berhabuk itu dengan segera. - Saya kurang puas kerana meja yang baru dibeli ini kesat.1) Hari itu hujan turun dengan lebat dan kilat sabung-menyabung.

2) Kaki Zaki kesat kerana terkena lumpur di paya itu. (Tidak sesuai)
     Tolong kesat meja yang berhabuk itu dengan segera. (Betul)
     Saya kurang berpuas hati kerana meja yang baru dibeli ini kesat. (Betul)
Tatabahasa18.03.2013

Kembali ke atas