Bagi latar pentas Majlis Berbuka Puasa Bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur atau Majlis Berbuka Puasa Bersama YBhg Datuk Bandar Kuala Lumpur Mana yang lebih bersesuai? | Frasa yang lebih sesuai ialah MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA-SAMA DATUK BANDAR KUALA LUMPUR. | Tatabahasa | 23.06.2015 |
Perkataan “puasa” berasal daripada bahasa Sanskrit, manakala perkataan “ramadan” berasal daripada bahasa Arab. Adakah ayat di atas betul dari segi tatabahasa? | Sila kemukakan soalan yang jelas. | Lain-lain | 05.11.2024 |
Berbuka Puasa di ROSELLE BRASERIE 10 Julai 2013 - 5 Ogos 2013 RM38BERSIH Untuk Tempahan Sila Dail 03-2084 1515 ext 8025 | Sila buat pembetulan ejaan dial kepada dail dan terjemah ext. kepada samb. Setelah membuat pembetulan, sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk kelulusan bukan Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 12.06.2013 |
Bagaimana sekiranya saya ingin menyemak perkataan yang dibuat tepat atau tidak dari segi maksudnya. Contoh: Selamat menunaikan ibadah puasa atau Selamat menjalankan ibadah puasa Untuk makluman tuan, saya ingin memasukkan ucapan selamat ini ke laman web. stk | Frasa yang tepat ialah "Selamat menunaikan ibadah puasa", atau dlm bentuk lebih ringkas "Selamat berpuasa" | Tatabahasa | 28.09.2007 |
buku/terbitan tentang hari raya puasa | Untuk makluman, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak ada menerbitkan secara khusus buku tentang hari raya puasa. | Lain-lain | 22.03.2010 |
Assalamualaikum. Saya ada beberapa soalan seperti berikut: (1) Terjemahan “lailahailallah”, Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah. Adakah Allah dieja “Tuhan” atau “tuhan”? (2) Adakah lafaz niat puasa berikut betul mengikut tatabahasa, “Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala” (3) Mana satu yang betul, “Amalan sunat di bulan Ramadan” atau “Amalan sunat pada bulan Ramadan”. Terima kasih. | Penggunaan kata dan ayat yang betul: 1. Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah. 2. "Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala" - Ayat ini betul. 3. Amalan sunat pada bulan Ramadan. | Tatabahasa | 24.03.2025 |
salam, adakah penggunaan ayat ini tepat: "Hal ini, tidak lain dan tidak bukan ialah kerana puasa bukanlah direka ciptakan oleh manusia." | Ayat yang tepat dengan mengekalkan makna yang hendak disampaikan ialah "Hal ini demikian kerana puasa bukanlah ciptaan manusia". | Tatabahasa | 09.02.2023 |
Mohon semakan ayat berikut pada poster: " Kempen Menaja Keluarga Asnaf Miskin Bandar, Anak Yatim Serta Ibu Tunggal Berbuka Puasa & Barang Dapur" | Ayat yang betul ialah Kempen menaja keluarga asnaf miskin bandar, anak yatim serta ibu tunggal berbuka puasa dan bantuan barangan dapur. | Tatabahasa | 22.05.2017 |
pertanyaan tentang penggunaan huruf besar: Mengapa penggunaan huruf besar bagi istilah 'Hari Raya Puasa' adalah untuk ketiga-tiga perkataan jika dibandingkan dengan hari Deepavali? | Mengikut buku Kamus Dewan, Deepavali bermaksud hari perayaan/besar bagi penganut agama Hindu, sama seperti hari Krismas (hari besar yang dirayakan oleh orang Kristian). Maka perkataan hari sebelum kata nama khas ‘Deepavali’ merupakan kata am sahaja. Berbeza dengan ‘Hari Raya Puasa’ kerana kata ‘hari’ merupakan sebahagian daripada kata nama khas ‘Hari Raya Puasa’. | Tatabahasa | 10.07.2014 |
Lebaran diertikan Kamus Dewan Perdana hanya untuk Hari Raya Puasa. Kamus Dewan Ke-4 menyertakan Lebaran untuk Hari Raya Haji juga. Adakah Lebaran hanya untuk 1 Syawal? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Dewan Perdana maksud lebaran ialah hari yang dimuliakan dan dirayakan oleh umat Islam pada 1 Syawal setiap tahun Hijrah, setelah selesai berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan, dan diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah. Kata lainnya Aidilfitri, Hari Raya Puasa atau Hari Raya Aidilfitri. Jika Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidiladha disebut Lebaran Besar atau Lebaran Haji di Indonesia. | Makna | 05.04.2024 |