Mengapakah kegiatan sastera di negara ini tidak mendapat publisiti yang meluas sama ada melalui media cetak atau elektronik? | Kegiatan sastera mendapat publisiti dalam media cetak dan media elektronik. Misalnya, akhbar Berita Minggu dan Berita Harian memberikan promosi terhadap kegiatan tersebut dalam ruangan sastera pada hari Ahad, Selasa, Khamis dan Sabtu, manakala akhbar Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia memberikan promosi pada hari Ahad, Isnin dan Khamis. Kegiatan sastera yang dikendalikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dipromosikan melalui akhbar yang tersebut di atas, di samping melalui majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka. Media elektronik, misalnya radio dan televisyen turut mempromosikan kegiatan sastera. | Lain-lain | 12.05.2008 |
En. Ahmad Raud, Bahagian Pendidikan Khas, Sabah - Hari Bertemu Pelanggan KPM di 1Borneo Hypermall Kota Kinabalu. Berkaitan kurangnya promosi dan publisiti PRPM kepada para pelajar. Mohon dimaklumkan kepada semua JPN. Dimaklumkan bahawa petugas menggunakan Jenis Komunikasi Pertemuan Peribadi mengalami masalah penghantaran rekod, jadfi pihak petugas menggunakan Facebook untuk sementara waktu. | Sebagai makluman dan akan memaklumkan kepada pihak pengurusan DBP. | Lain-lain | 24.05.2014 |
En. Mohd Kamal, SK Pekan Kota Belut, Sabah - Hari Bertemu Pelanggan KPM di 1Borneo Hypermall Kota Kinabalu. Berkaitan kurangnya promosi dan publisiti produk DBP kepada para pelajar. Sementara waktu Jenis Komunikasi Pertemuan Peribadi mengalami masalah penghantaran rekod, jadfi pihak petugas menggunakan Facebook untuk sementara waktu. | Petugas menerangkan maklumat tersebut secara ringkas dan padat. | Lain-lain | 24.05.2014 |
Tuan, Saya ingin bertanya sama ada terdapat pilihan istilah lain yang boleh digunakan bagi perkataan yang berikut agar dapat memudahkan pemahaman pembaca dalam kalangan orang awam: i. Intralogistic solution (selain intralogistik); ii. Antitrust requirement (selain keperluan antitrust atau antipakat); iii. Ad-hoc publicity (selain publisiti secara ad-hoc). Terima kasih. | Berikut merupakan cadangan istilah bahasa Melayu untuk perkataan seperti yang di atas: 1. Intralogistic solution: Penyelesaian intralogistik 2. Antitrust requirement: Keperluan antipakat 3. Ad-hoc publicity: Publisiti ad hoc Walaubagaimanapun, padanan istilah bergantung pada konteks penggunaan ayat. | Istilah | 28.01.2020 |
Salam....saya ingin mencadangkan agar DBP lebih aktif dalam menganjurkan lebih banyak pertandingan menulis esei terutamanya yang bersifat akademik yang mampu mencabar keupayaan daya fikir pelajar IPT di Malaysia.Saya dapati pertandingan seperti ini amat kurang di anjurkan dan juga kurang publisiti.Mohon kerjasama agar hal ini dapat diberi perhatian agar langkah yang sewajarnya diambil bagi memperkasakan daya intelektual mahasiswa tempatan.sekian | Waalaikumusalam wbk. Ribuan terima kasih atas cadangan menarik daripada sdr itu. Pihak kami akan mengetengahkan cadangan sdr itu untuk perhatian dan tindakan Jabatan/Bahagian yang berkaitan dalam DBP. Bagi mengetahui dan mengikuti aktiviti semasa DBP, pihak kami juga mengalu-ngalukan agar dari semasa ke semasa pihak sdr dapat melayari laman web DBP iaitu http://www.dbp.gov.my. Berhubungan dengan program pertandingan, buat kali ketiga pada tahun ini, Bahagian Dasar dan Penyelidikan Sastera DBP dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi sedang menganjurkan program Akademi Sastera 2010 pada 28 Oktober 2010 (Khamis), pukul 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari, bertempat di Dewan Seminar, Aras 2, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Program ini melibatkan penyertaan sembilan (9) buah universiti tempatan iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Objektif utama program ini adalah untuk mewujudkan kumpulan penyelidik sastera dan memupuk kemahiran berkomuniksi serta penggunaan kaedah penyampaian ilmu kritikan sastera di kalangan pelajar IPTA. Dalam hal ini, pihak kami mengalu-ngalukan kehadiran sdr dan pelajar-pelajar IPTA yang lain untuk turut serta ke dalam program Akademi Sastera ini. Sekian dimaklumkan, terima kasih. Wassalam. | Lain-lain | 19.10.2010 |