| apakah maksud bagi perkataan 'perpat'? Perkataan ini saya sering jumpa di pantun tanpa memahami maksudnya. Harap DBP dapat membantu saya. Terima kasih | Ejaan baku perpat ialah perepat. Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) terdapat dua makna yang terakam, satu bermakna sejenis tumbuhan (lebih dikenali dengan panggilan pedada) dan dua bermakna kawan dalam bahasa Palembang. perepat1 ڤرڤت n pedada (tumbuhan); perepat laut a pokok bakau yg agak rendah, pucuknya boleh dibuat ulam, bunganya kemerahan dan buahnya bulat leper serta boleh dimakan; berembang; bedat; bedata; perepat merah; Sonneratia caseolaris; b buah pokok ini yg bulat leper, berwarna hijau, bertampuk spt bintang dan berekor di hujungnya, semasa mudanya masam dan dijadikan perasa masakan tetapi apb matang rasanya lemak, boleh dimakan mentah, dijadikan sayur atau dijeruk, dan dikatakan boleh menahan pendarahan; perepat merah perepat laut. perepat2 ڤرڤت Palembang ark n kawan. pedada ڤدادا n pokok bakau drp genus Sonneratia yg berdaun agak tebal, berbunga spt jambul merak, berbuah bulat leper yg boleh dimakan, dan kayunya boleh dibuat bahan binaan utk rumah, cerucuk, kapal, jambatan serta bahan bakar; perepat. Penggunaan kata ini adalah mengikut konteks penggunaannya. | Lain-lain | 12.03.2022 |
| Eng Lee SimView Profile Actions WED 10:46PM Eng Lee Sim Eng Kepada sesiapa shj yg sudi bantu, Saya ingin bertanya tentang penggunaan peribahasa yg membawa maksud jika kita ingin mengalahkan pihak lawan kita harus nemahami pihak tersebut dgn baik.Terima kasih | Pertama sekali pihak kami memohon maaf kerana mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan tuan/puan. Hal ini kerana kami perlu merujuk kepada pakar, dan pakar pula begitu sibuk dan sukar dihubungi. Peribahasa yang sesuai dengan maksud "Jika ingin mengalahkan pihak lawan, kita harus memahami pihak tersebut dengan baik" ialah "Kalau pandai mencincang akar, Mati lalu ke pucuknya" | Lain-lain | 25.05.2016 |