Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ja] | ڤوجا

Definisi : sj upacara penghormatan kpd dewa-dewa (berhala dll); pesta ~ umur pesta utk mem­peringati hari jadi; ~ puji berbagai-bagai macam puja dan puji; memuja 1. memuliakan dewa-dewa dll dgn membakar dupa (membaca mantera dll); ~ berhala menyembah berhala; istiadat ~ pantai istiadat dlm perayaan pantai di Kelantan; 2. = memuja-muja mempermulia-muliakan sangat, memperdewa-dewakan, menyanjung­nyanjung, mencintai (menyukai) sangat: hati wanita memang suka diistimewakan dan dipuja; ~ dunia memuliakan atau menyan­jung-nyanjungkan perkara-perkara dunia (wang, perempuan, dll) dgn melupakan akhirat (agama); ~-muji memuja-muja; 3. Jw sl menjadikan sesuatu dgn membaca mantera (cipta); pujaan 1. sesuatu (orang dll) yg dipuja(-puja): penyanyi (penari dll) ~; ~ hati buah hati, kekasih; 2. sesuatu yg dipakai atau dilakukan utk (ketika) memuja: api ~; dupa ~; tarian ~; 3. = pemujaan; 4. Jw, sl yg dijadikan dgn mantera, yg dipuja: panah ~; puja-pujaan sesuatu yg dipuja-puja: mereka tidak perlu kpd ~; pemujaan 1. penghormatan kpd dewa-dewa (berhala dll), pujaan: sesungguhnya arak, judi, dan ~ berhala adalah perbuatan yg berunsurkan syaitan; 2. tempat memuja (kuil dll); pemuja orang yg memuja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ja] | ڤوجا

Definisi : ; memuja 1 menghormati dewa-dewa dll dgn mengadakan upacara tertentu: Ada kaum kafir yg ~ berhala dan ada pula yg ~ matahari. 2 membaca mantera atau jampi utk mendapatkan sesuatu: ~ buaya membaca mantera supaya buaya dpt dikuasai. 3 memuliakan atau menghormati sesuatu berlebih-lebihan; menyanjung; mencintai: ~ wang terlalu sangat mementingkan wang. pujaan sesuatu yg dipuja: gadis ~ gadis yg amat dicintai; penyanyi ~ penyanyi yg disukai ramai. pemujaan 1 hal atau perbuatan memuja. 2 tempat memuja (spt kuil). pemuja orang yg memuja: ~ berhala; ~ matahari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puja
Kata Terbitan : memuja, memuja-muja, pemujaan, pemuja,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penerangan lengkap tentang kuil, gereja dan tokong.Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, kuil ialah rumah berhala atau tempat memuja dewa-dewa. Gereja ialah tempat atau rumah sembahyang bagi orang Kristian dan tokong ialah rumah berhala atau gambar patung yang dipuja-puja. Untuk mendapatkan keterangan lengkap, sila rujuk ensiklopedia atau buku-buku berkenaannya.Lain-lain31.01.2010

Kembali ke atas