Madah berkait dengan pujangga, dan pujangga berkait dengan puisi. Adakah 'madah' boleh dikategorikan sebagai genre puisi? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, madah bermaksud 1. kata yang terutamanya digunakan untuk puji-pujian: Ramlah tersipu-sipu mendengar madah Tuan Penghulu itu; 2. (sastera lama) perkataan; berpanjang madah berkata (menghuraikan dll) dengan panjang lebar; pendek ~ pendek kata, pendeknya;. Bermadah pula bermaksud bersyair dll dengan memuji-muji, memuji-muji: saya ~ spt pujangga, dia membisu sahaja. Secara umum pembahagian genre ini dibuat mengikut bentuk, teknik dan persoalan dalam sesuatu hasil kesusasteraan itu. Jika mengikut konteks kesusasteraan Melayu pada hari ini, sebanyak lima genre dibahagikan dalam kesusasteraan Melayu, iaitu genre puisi, genre cerpen, genre novel, genre drama dan genre kritikan sastera. Dalam setiap genre itu pula dapat pula dibahagikan kepada jenis-jenis yang kecil lagi, contoh genre puisi dibagaikan pula kepada Puisi Melayu Tradisional dan Puisi Melayu Moden. Jenis-jenis Puisi Melayu Tradisional seperti pantun, syair, gurindam, nazam, seloka dan seumpamanya. Puisi-puisi Melayu Tradisional ini biasa ditentukan berdasarkan bentuk, teknik dan persoalan yang ingin dikemukakan dalam sesebuah puisi itu. Daripada huraian maksud, madah boleh dihimpunkan dalam genre puisi. | Sastera | 15.06.2019 |
pemimpin negara yang sangat saya SANJUNG ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj PILIH perkataaan seerti bagi SANJUNG A puji B suka Cgemar D hormat terima kasih | Sanjung membawa maksud; menyanjung 1. sangat menghargai (sesuatu yg dianggap baik, berani, dll), meletak-kan pd tempat (kedudukan) yg mulia, memuji: mereka ~ tinggi kepala negara mereka; 2. = ~ hati mengambil hati, memujuk: pandai benar engkau ~ hati orang; penghulu disan-jung dgn adatnya, orang alim disanjung dgn kajinya, orang muda disanjung dgn mudanya prb a) kalau memuji orang hendak-lah dgn pujian yg kena pd tempatnya; b) mengambil hati orang hendaklah dgn perkara yg digemarinya; menyanjung-nyanjung memuji dgn berlebih-lebihan, menghormati sangat-sangat, mengangkat-angkat: hairan benar, mengapa pula majalah itu ~ namaku begitu sekali? sanjungan 1. penghormatan, pujian: dgn kemenangan itu agama Islam telah tersebar dgn pesatnya dan mendapat ~ yg tinggi; 2. suka dipuji-puji. Dalam konteks ayat tersebut perkataan hormat boleh digunakan. | Tatabahasa | 27.05.2015 |