Saya ingin bertanya tentang masa dan sebutan. Contoh ; pukul 1.00 tengah hari atau pukul 1.00 petang Bolehkah pihak tuan jelaskan bila masa sebutan waktu pagi,petang dan malam | Waktu dan sebutan yang betul ialah pukul 1.00 tengah hari. Pemenggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut: i. Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59 ii. Petang - dari pukul 2.00 hingga 6.59 iii. Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59 iv. Tengah malam - dari pukul 12.00 hingga 12.59 v. Pagi - dari pukul 1.00 hingga 11.59 | Lain-lain | 16.12.2021 |
1. Bagaimanakah cara penulisan p.m. (after meridiem) dalam BM? 2. Sekiranya p.m. ditulis pada akhir ayat, perlukah kita membubuh noktah lagi? Contoh: Mereka akan bertolak pada 7.30 p.m..? Sekian. | Untuk pengetahuan tuan, tiada penggunaan "a.m." atau "p.m." dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu menggunakan perkataan: tengah malam/tgh. mlm. untuk pukul 12.00 -12.59 tgh. mlm. pagi/pg. untuk pukul 1 -11.59 pg. tengah hari/tgh. untuk pukul 12.00 -1.59 tgh. petang/ptg. untuk pukul 2.00 -6.59 ptg. malam/ mlm. untuk pukul 7.00 -11.59 mlm. | Lain-lain | 07.03.2019 |
Pukul 1.00 petang atau tengah hari | Jawapan yang betul ialah pukul 1.00 tengah hari. | Lain-lain | 26.08.2019 |
Salam, pukul 1.00 tengah hari atau 1.00 petang? | Yang betul ialah pukul 1.00 tengah hari. | Tatabahasa | 06.01.2013 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya penggunaan yang betul sama ada : pukul 1 tengah hari @ pukul 1 petang | Penggunaan yang betul ialah 1.00 tengah hari. | Lain-lain | 05.08.2020 |
Lieya Hassan Feb 9th, 5:26pm Adakah Sistem pemenggalan waktu yang dikeluarkan oleh DBP ini betul? (Sumber DBP) Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59 Petang -dari pukul 2.00 hingga 6.59 Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59 Tengah malam-dari pukul 12.00 hingga 12.59 Pagi -dari pukul 1.00 hingga 11.59 | Pemenggalan waktu ini betul. Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59 Petang -dari pukul 2.00 hingga 6.59 Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59 Tengah malam - dari pukul 12.00 hingga 12.59 Pagi -dari pukul 1.00 hingga 11.59 | Tatabahasa | 09.02.2015 |
Sistem pemenggalan waktu (Sumber DBP) Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59 Petang -dari pukul 2.00 hingga 6.59 Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59 Tengah malam-dari pukul 12.00 hingga 12.59 Pagi -dari pukul 1.00 hingga 11.59 Betul ke? | Keterangan yang diberi adalah betul | Lain-lain | 09.02.2015 |
Pukul berapakah pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka akan menjawab pangilan telefon? Boleh berikan waktu yang sesuai untuk membuat panggilan telefon? Terima Kasih. | Sila hubungi DBP dalam tempoh waktu bekerja dari pukul 7.30 pagi - 5.30 petang, waktu rehat dari pukul 1.00 tengah hari - 2.00 petang. Hubungi kami di talian 03-21479000/9001/9002/9003/9004/9005/9006/9007. | Lain-lain | 31.07.2015 |
Saya ingin bertanya cara penggunaan tatacara penulisan waktu jam yang betul didalam surat seperti contoh pukul 1.00 tengahari ataupun 1.00 petang , 7.00 petang ataupun 7.00 mlm. | Pemenggalan masa untuk waktu tengah hari dan malam bermula pada pukul 12.00 tengah hari hingga 1.59 tengah hari dan pukul 7.00 malam hingga 11.59 malam. Di bawah ini disertakan pemenggalan masa untuk rujukan saudara. 1.00 a.m. hingga 11.59 a.m. (pagi) 12.00 a.m. hingga 1.59 p.m. (tengah hari) 2.00 p.m. hingga 6.59 p.m. (petang) 7.00 p.m. hingga 11.59 p.m. (malam) 12.00 a.m. hingga 12.59 a.m. (tengah malam) | Tatabahasa | 13.03.2019 |
Roselina Abdul Aziz Feb 7th, 10:58pm Assalamualaikum w.b.t... Saya terima maklumat ini berkaitan terma Tengahari, iaitu dr pukul 12.00-1.59 pm. dr whassap. Persoalan saya, maklumat ini sahih atau tidak? Saya sebagai guru Bahasa Inggeris keliru kerana sistem masa ini tidak bertepatan dengan istilah Noon yg merujuk tepat2 pukul 12. Saya mohon penjelasan kerana saya perlu perjelaskan pada pelajar2 saya sistem masa yang digunapakai, terkini di Malaysia. Makluman dan tindakan untuk semua Sistem pemenggalan waktu - Kategori Waktu (Sumber DBP) Sila gunakan..... Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59 Petang -dari pukul 2.00 hingga 6.59 Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59 Tengah malam-dari pukul 12.00 hingga 12.59 Pagi -dari pukul 1.00 hingga 11.59 Diharap semua warga Sek yang menyediakan buku program, kertas kerja, laporan, surat, tentatif atur cara majlis, minit mesyuarat, penulisan RPH dan dokumen-dokumen lain dapat menggunakan sistem pemenggalan waktu ini. 'Biasakan yang betul, betulkan yang biasa' Terima kasih. ABDUL RAHMAN JURI Munsyi DBP | Waalaikumusalam.. Puan, maklumat yang disampaikan itu benar. | Ejaan | 07.02.2015 |