Perkataan kenen dlm ayat berikut terdpt dlm kamus atau tidak? "Kak Ani suka betul kenenkan dia dengan bos besar itu." | Perkataan kenen ada terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. (kénén) bp; mengenen 1. membuat pukulan (hantaran, balingan, dll) secara tidak langsung dengan melencongkan bola dsb ke tempat lain sebelum ke sasaran; 2. membuat atau mengatakan sesuatu dgn tujuan mengenakan atau menyindir orang lain. | Istilah | 09.05.2014 |
Apakah maksud perkataan 'melecut' ? sertakan ayat contoh sekali. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna dan contoh ayat/frasa adalah seperti yang berikut: bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk, dll); ~ cambuk pukulan cambuk; melecut1. terpancut keluar dgn pantas (spt biji buah yg dipicit dll), terlepas keluar, melecit: baji ~ keluar; 2. memukul dgn cemeti (rotan, cambuk, dll), menyebat: anaknya dilecutnya dua kali; 3. berbunyi spt bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk, dll); 4. ki menggiatkan; melecutkan1. menjadikan terpancut keluar (melecit dll); 2. memukulkan, mencambukkan, menyebatkan; lecutanpukulan, sebatan: ia menanti ~ rotan dgn ketakutan yg amat sangat; pelecutalat utk melecut, cambuk, cemeti.
| | | | | | |
| Makna | 02.10.2009 |
salam sejahtera, soalan saya: 1. adakah salah penggunaan' kata aluan' jika digunakan seperti berikut, agenda: 1. kata aluan pengerusi soalan 2 ada yang menyatakan 'aluan' bermaksud- pukulan, sama maksud dengan paluan. adakah kenyataan itu betul? sekian. bantuan tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. | Menurut data kami, perkataan yang betul ialah kata alu-aluan yang berkaitan dengan sesuatu untuk mengalu-alukan: kata ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) | Lain-lain | 07.02.2018 |
maksud peribahasa.1. Dalam tangan 2. Ada bakat 3.Bahasa kesat 4.Bekas tangan. 5.Baik hati. 6. Ambil berat | 1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; 2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan 3. bahasa kesat: bahasa kotor 4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan 5. baik hati : baik peranganinya 6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing | Makna | 07.05.2009 |
maksud peribahasa.1. dalam tangan 2. ada bakat. 3.bahasa kesat.4. bekas tangan.5. baik hati. 6.ambil berat | 1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; 2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan 3. bahasa kesat: bahasa kotor 4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan 5. baik hati : baik peranganinya 6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing | Makna | 07.05.2009 |
apakah maksud "sangga" | Sangga I : benda yang digunakan untuk menopang (menahan dll) dari bawah. Sangga II : ; ~ berduri sj tumbuhan (pokok renek), Sida rhombifolia. Sangga III : Kelantan 1. balasan hantaran (pd hari perkahwinan); 2. menahan (menepis, me-nangkis) serangan atau pukulan dgn tangan. Sangga IV : Jawa; ukuran banyak padi (banyaknya lima ikat). Sangga V: Kedah; tak ~ terlalu, sangat: besar tak ~. | Makna | 11.01.2013 |
Saya kurang pasti dengan kesalahan bagi ayat-ayat di bawah: 1) Pada pendapat saya, perlaksanaan Program Kaunseling Rakan Sebaya sangat berkesan untuk melatih jati diri remaja. Kesalahan 1: Perlaksanaan menjadi pelaksanaan Kesalahan 2: ? 2) Encik Majid memperlahankan keretanya apabila sampai di kawasan sekolah untuk mengelakkan keadaan merbahaya yang mungkin akan berlaku. Kesalahan 1: Mengelakkan menjadi mengelak? Kesalahan 2: Merbahaya menjadi berbahaya | Untuk makluman, perkataan yang tepat untuk kedua-dua ayat tersebut: 1. Pelaksanaan yang bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dan sebagainya. Manakala, perlaksanaan tidak tepat kerana membawa makna hasil daripada melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dan sebagainya) 2. Mengelakkan bermaksud: 1. menghindarkan diri (daripada terkena pukulan dan lain-lain); 2. melarikan diri daripada mengerjakan sesuatu. 3. Berbahaya yang bermaksud ada bahaya, boleh mendatangkan baha dan dalam (terancam oleh) bahaya. Merbahaya tidak tepat kerana membawa maksud marabahaya, iaitu bermacam-macam bencana atau bahaya
| Tatabahasa | 01.04.2017 |
Salam, saya ingin bertanya apakah bezanya mantan dan bekas? Siapakah yang sesuai digunakan sebagai mantan dan bekas? Terima kasih | Menurut definisi Kamus Dewan, mantan : dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak lagi, bekas: ayahnya seorang ~ ketua pengarang sebuah penerbitan; dia ialah ~ guru besar sekolah itu. bekas :1. tanda-tanda yg ditinggalkan, kesan: ~ tapak kaki di pasir; ~-~ kudis itu menghodohkan kakinya; ~-~ darah yg terdapat pd bajunya; 2. dahulunya (sekarang tidak lagi), pernah menjadi: ~ suami; duduk bersanding dan tepung tawar adalah ~-~ adat Hindu; 3. akibat (drpd sesuatu): perkahwinan campuran antara dua golongan itu membawa ~ yg mengaibkan; ~ luka parut (sesudah sembuh luka); ~ tangan a) tandatangan; b) tulisan tangan; c) hasil buatan sendiri; d) pukulan; ~ tubuh pakaian yg sudah dipakai; Berdasarkan pentakrifan dan penggunaan kedua-dua kata ini tidak salah digunakan, namun kata mantan kini lazim digunakan untuk seseorang yang pernah menjawat jawatan tertentu. | Makna | 25.06.2009 |
Boleh saya tahu adakah DBP ada buku atau buku istilah tentang "bunyi" sesuatu perkara dalam bentuk perkataan? Contohnya bunyi binatang, atau "pong" merujuk kepada "bunyi barang dll yg jatuh di air." Terima kasih | Setakat ini DBP tidak ada menerbitkan buku berkaitan bunyi. Yang ada segelintir jenis bunyi dalam kamus.Contoh: siut I 1. bunyi spt bunyi wisel yg nyaring; 2. bunyi spt bunyi orang menyiuk (kerana kepedasan dll); 3. bunyi spt bunyi rotan dll disebatkan di udara; 4. bunyi spt bunyi api disiram dgn air; bersiut berbunyi siut, berbunyi spt orang menyiuk (kerana kepedasan dll); siutan bunyi siut yg berkali-kali. Kamus Dewan Edisi Keempat lentung Ibunyi spt bunyi kelentung (loceng dll); ~-lentang = lentang-~ bunyi spt bunyi orang bertukang dll, bunyi berdentang; melentung berbunyi spt bunyi kelentung; lentungan bunyi melentung: di bawah keriang-keriut dan ~ roda pedati. Kamus Dewan Edisi Keempat mad Ar pemanjangan bunyi, bunyi pendek dijadikan bunyi panjang; maddah. Kamus Dewan Edisi Keempat lepuk bunyi spt bunyi orang bertepuk tangan, bunyi yg lebih besar drpd bunyi lepak; ~-lepak bunyi lepuk yg berulang-ulang: kemudian aku dengar juga ~-lepak bunyi lembu kena pukul; melepuk memukul, menampar; ®lapuk II. Kamus Dewan Edisi Keempat gedebuk bunyi spt bunyi benda berat jatuh; bunyi spt bunyi pukulan pd belakang seseorang dll. Kamus Pelajar Edisi Kedua lentang bunyi spt bunyi tin dipukul; ~-lentung bunyi kuat spt bunyi tin dipukul berulangulang, bunyi berdentang-dentang. Kamus Dewan Edisi Keempat uak II bunyi spt bunyi kerbau (katak dll); menguak mengeluarkan bunyi spt bunyi kerbau (katak dll): kambing mengembek, kerbau ~; uakan bunyi uak: seekor kuda meringkik diiringi ~ beberapa ekor lembu. Kamus Dewan Edisi Keempat rak I 1. bunyi spt bunyi pena yg digoreskan; 2. bunyi spt bunyi kayu patah dll; ~-rok bunyi pokok yg patah; ® derak. Kamus Dewan Edisi Keempat siul = siulan 1 bunyi spt bunyi suling yg dibuat dgn mulut. 2 bunyi burung. bersiul 1 membuat bunyi spt bunyi suling dgn mulut. 2 berbunyi (bkn burung). Kamus Pelajar Edisi Kedua lengking bunyi spt bunyi besi dipukul, bunyi yg kuat: sebanyak desus dan ~ kereta api sebanyak itu pula debar jantung Poniem; melengking berbunyi dgn kuat (bunyi besi dipukul, orang menjerit, dll): sebentar kemudian terdengar benda jatuh dan berikutannya ~ pula suara jeritan seorang perempuan; lengkingan suara atau bunyi melengking (jeritan dll): bunyi ~ kapak sayup-sayup terdengar dr pondokku; tiada kedengaran ~ anak-anak muda yg bergumal. Kamus Dewan Edisi Keempat | Lain-lain | 09.05.2014 |