Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pulan 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang dimaksudkan dengan psikologi?Kamus Dewan Edisi Empat mendefinisikan psikologi sebagai; 1. kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan per­lakuan manusia dan haiwan; 2. pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kum­pulan tertentu; 3. kebijaksanaan mema­hami sifat manusia; berpsikologi menggunakan psikologi: bagaimana dia harus ~ melayani anak-anak yg masih kecil?. Saudara boleh melayari 1">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=psikologi&d=1 untuk lebih lanjut.Makna10.02.2013
salam sejahtera. Apakah maksud perkataan di bawah? 1.progresif 2.insane 3.eksplisit 4.Perspektif ekologi 5.Makrosistem 6.kronosistem 7.Psikologi 8.mikrosistem 9.mesosistem Terima kasih atas bimbingan anda. ekosistem konstruktivis pengkuhan verbal
1.progresif =  sentiasa bergerak maju; bertujuan atau berhaluan mencapai kemajuan:

2.insane = Padanan bagi perkataan bahasa Inggeris insane ialah tidak siuman.

3.eksplisit = (dinyatakan) dengan tepat dan jelas, tanpa dikias-kias, tersurat:

4.ekologi = kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan persekitarannya; 2. hubungan antara tumbuhan, binatang dan manusia dengan persekitaran: keseimbangan sistem ~ mengalami kerosakan sehingga menimbulkan pelbagai bencana.

5.Makrosistem = Dalam data kami, terdapat sistem makro iaitu sistem yang mempunyai kebolehan menghimpun dan juga menjanakan suruhan makro atur cara.

6.kronosistem = Dalam data kami tiada makna khusus bagi sistem kroon. Perkataan yang paling hampir ialah kronologi iaitu susunan peristiwa (kejadian) menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan.

7.Psikologi = 1. kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dgn per­lakuan manusia dan haiwan; 2. pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kum­pulan tertentu. Sila rujuk lama web 
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=psikologi.
8.mikrosistem = Sistem mikro ialah system yang kecil atau halus. Mikro bermaksud halus; kecil. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=+mikro

9.mesosistem = Perkataan ini tidak wujud dalam data kami.


Saudara boleh melayari prpm.dbp.gov.my untuk carian makna perkataan.
Makna01.07.2013

Kembali ke atas