Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.lang] | ڤولڠ

Definisi : 1. pergi ke tempat asalnya, pergi ke rumah, balik, kembali: ~ ke negerinya sendiri; suaminya masih belum ~ drpd kerja; ~ kpd isterinya yg pertama rujuk semula dgn isterinya yg pertama; ~ kpd yg punya terserah (balik) kpd tuan punya; 2. ~ kpd jatuh kpd, terserah kpd, tertanggung atas: hal ini ~ kpd bapa hal ini terserah kpd bapa; kalau terjadi sesuatu ~ kpd tuan kalau terjadi sesuatu tuanlah yg menanggungnya; ~ asal a) kembali ke asalnya; b) kembali kpd keadaan yg asal; ~-balik = ~-pergi a) pulang dan pergi; b) hilir-mudik, ke sana ke mari (mundar-mandir); ~ haji kembali dr naik haji; ~ hari kembali lagi pd hari yg semula (sesudah enam hari, spt hari Minggu sampai hari Minggu berikutnya); ~ ikhtiar (kpd) terserahlah ikhtiarnya (kpd); ~ (ke) kandung kembali ke tempat asalnya; ~ ke rahmatullah meninggal dunia, mati; ~ maklum kpd terserah kpd pendapat (pertimbangan) orang; ~ modal mendapat modal kembali (tidak mendapat untung, tetapi tidak pula rugi); ~ nama yg pulang hanya namanya (mati di perantauan atau di medan perang dll); ~-paling ark bolak-balik, hilir-mudik, ke sana ke mari; ~ pohon = ~ pokok Id pulang modal; ~ pulih sembuh semula, kembali lagi; sepulang waktu (masa) pulang, sekembali; berpulang = ~ ke rahmatullah (ke asalnya, ke negeri yg baqa) meninggal dunia; ~-paling berulang-alik; memulangi 1. rujuk dgn isteri yg telah diceraikan: kehidupannya menjadi bertambah baik sejak ia ~ isterinya; 2. Mn memperisteri saudara sepupu: apabila engkau ~ anak mamakmu, maka ...; memulangkan 1. membawa pulang, mengi­rimkan (ke tempat asalnya, ke rumahnya, dll), mengembalikan: ~ motokar itu kpd tuannya; semua tawanan perang dipulangkan ke negeri masing-masing; ~ kata membalas (menjawab); 2. menyusun (me­ngatur) semula, memulihkan: susunan pegawai dan kakitangan pejabat ini dipulangkan spt susunan yg dahulu; Raja Sulaiman hendak dipulangkan jadi bendahara semula; ~ nafas beristirahat; 3. merujukkan (kpd), menyerah­kan (kpd): semua pihak bersetuju soal perbalahan itu dipulangkan kpd pucuk pimpinan bagi menyelesaikannya; terpulang terserah: semuanya ~ kpd kemahuan mak, saya menurut saja; pulangan hasil drpd atau pendapatan pena­naman modal (pekerjaan, pemberian, per­khidmatan, dll); kepulangan perihal pulang: ~ku disambut oleh ibu dan keluarga dgn mesra; pemulangan perbuatan memulangkan, pe­mulihan, pengembalian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lang] | ڤولڠ

Definisi : pergi ke rumah atau ke tempat asalnya; balik; kembali: Saya baru saja ~ dr pejabat. ~ balik a. pergi dan kembali pula. b. pergi ke sana ke mari. ~ modal (pokok) mendapat modal kembali, tidak rugi dan tidak juga untung). ~ pulih sembuh spt sediakala. berpulang, = ~ ke rahmatullah (ke asalnya, ke negeri yg baqa) meninggal dunia; mati. memulangkan 1 membawa pulang; memberikan kpd tuannya semula; mengirim ke tempat asalnya (ke rumahnya dsb); mengembalikan: Saya hendak pergi ~ buku ke perpustakaan. 2 memberikan sesuatu (utk difikirkan dll); menyerahkan: Mereka bersetuju ~ masalah itu kpd ahli jawatankuasa tertinggi utk diselesaikan. terpulang terserah: Hal itu ~ kpd anakanda sendiri. pulangan 1 ist hasil atau keuntungan drpd penanaman modal dsb. 2 sesuatu yg dipulangkan. ~ belian (keluar) pulangan pihak peniaga kpd pemborong (pemiutang dll). ~ jualan (masuk) pulangan oleh pihak pembeli kpd pihak peniaga. kepulangan perbuatan atau hal pulang: ~nya telah disambut dgn perasaan gembira. pemulangan perbuatan atau hal memulangkan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pulang (kata kerja)
Bersinonim dengan balik, kembali, kelik, mulih;,
Kata Terbitan : memulangkan, terpulang pada, pulangan, kepulangan, pemulangan,

Puisi
 

Hendak dulang kuberi dulang,
     Dulang berisi antah bertih;
Hendak pulang kuberi pulang,
     Pulang beriring gajah putih.


Lihat selanjutnya...(112)
Peribahasa

Harta pulang ke tuan (= empunya).

Bermaksud :

Sudah pada tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya keliru penggunaan kata 'BALIK' dengan perkataan 'PULANG'. Bilakah masa yang atau situasi yang paling sesuai menggunakan perkatan 'BALIK' DAN 'PULANG'. ayat manakah yang paling sesuai/tepat: Saya hendak balik ke rumah atau saya hendak pulang ke rumah.Merujuk Kamus Dewan perkataan balik dan pulang sama sahaja maknanya. Dalam contoh ayat yang diberi, "Saya hendak balik/pulang ke rumah atau", balik dan pulang kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa08.12.2007
tuan pulang dari majlis kenduri atau pulang daripada majlis kenduri? TQ

Pulang dari majlis kenduri.  

Tatabahasa15.08.2011
penggunaan dari dan daripada: soalan : pulang dari menjalani latihan atau pulang daripada menjalani latihan, terima kasih.dari untuk tempat atau masa (dari KL, dari pukul 3.50ptg.) daripada untuk (selain masa dan tempat).

pulang daripada menjalani latihan.
Tatabahasa03.09.2012
Tuan, yang manakah betul? 1. Hani pulang ke kampung bersama-sama keluarganya. 2. Hani pulang ke kampung bersama keluarganya. Maklum balas tuan didahulukan dengan ucapan terima kasih.Ayat yang betul ialah "Hani pulang ke kampung bersama-sama keluarganya.Tatabahasa07.07.2013
Adakah penggunaan perkataan jarang di bawah betul? 1) Nasril jarang pulang ke kampungnya semenjak dia muflis. - Mana satu yang lebih tepat?jarang pulang ke kampung atau jarang-jarang pulang ke kampung? 2) Ali risau kerana rambutnya sudah jarang.Betul ke penggunaan jarang dalam konteks ayat tersebut?Jarang bermaksud: 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap, 2. tidak lebat, tidak padat; dan 3. sama maksudnya dengan jarang-jarang, iaitu tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim. Berdasarkan huraian tersebut penggunaan kata jarang dalam kedua-dua ayat tersebut betul. Walau bagaimanapun apabila hendak menggambarkan maksud tidak kerap lazimnya perkataan jarang-jarang yang digunakan.Tatabahasa19.02.2013
Yang manakah betul? 1. Para tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing. / Tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing. 2. Pelbagai jenis sayur / pelbagai jenis sayur-sayuran/ pelbagai jenis sayur-mayur. 3. bergai-bagai jenis buah/ berbagai-bagai jenis buah-buahan1. Tetamu boleh menunjukkan tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Dalam ayat contoh yang diberikan jelas menunjukkan ramai tetamu kerana adanya frasa "pulang ke rumah masing-masing". Oleh itu, ayat yang gramatis ialah "tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing".
2. Pelbagai sayur. Perlbagai juga bermaksud jenis.
3. Bergai-bagai buah. Berbagai-bagai sama maksudnya dengan bermacam-macam.
Tatabahasa07.10.2012
Salam sejantera, Mohon perlu penjelasan frasa "pulang paku buah keras". Harap dapat sertakan contoh ayat bagi menerangkan maksud. Terima kasih.Pulang paku buah keras bermaksud memulangkan balik kata-kata atau sindiran yang ditujukan kepadanya dahulu kepada orang yang menyindirnya.

Saleha pulang paku buah keras kepada rakannya yang pernah bercerita pasal dirinya.
Makna13.02.2013
Adakah ayat yang berikut betul? "Puan Sainah terburu-buru pulang ke rumah setelah menerima panggilan telefon daripada anaknya."?Ayat yang betul ialah 'Puan Sainah pulang terburu-buru ke rumah setelah menerima panggilan telefon daripada anaknya.' Dalam ayat ini, terburu-buru ialah kata adverba yang berfungsi menerangkan kata kerja (pulang).Tatabahasa08.08.2011
Apakah peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa berikut : 1. seperti belut pulang ke lumpur 2. air susu dibalas dengan air tubaPeribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa berikut ialah 1. seperti belut pulang ke lumpur = seperti burung gagak pulang ke benua. 2. air susu dibalas dengan air tuba = campak bunga dibalas dengan campak tahi. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku Peribahasa Sekolah Menengah, Asiah Abdul Rahman dan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Abdullah Hussain.Lain-lain01.09.2010
Saya keliru tentang penggunaan 'bila'.Adakah ayat ini betul 1.Ibu tidak tahu bila ayah akan pulang dari luar negaraAyat tersebut salah. Ayat yang betul ialah:

1. Ibu tidak tahu akan tarikh ayah akan pulang dari luar negara.

2. Ibu tidak mengetahui tarikh ayah akan pulang dari luar negara.
Tatabahasa20.01.2013
123456789

Kembali ke atas