Tuan, yang manakah betul? 1. Hani pulang ke kampung bersama-sama keluarganya. 2. Hani pulang ke kampung bersama keluarganya. Maklum balas tuan didahulukan dengan ucapan terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Hani pulang ke kampung bersama-sama keluarganya. | Tatabahasa | 07.07.2013 |
Yang manakah betul? 1. Para tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing. / Tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing. 2. Pelbagai jenis sayur / pelbagai jenis sayur-sayuran/ pelbagai jenis sayur-mayur. 3. bergai-bagai jenis buah/ berbagai-bagai jenis buah-buahan | 1. Tetamu boleh menunjukkan tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Dalam ayat contoh yang diberikan jelas menunjukkan ramai tetamu kerana adanya frasa "pulang ke rumah masing-masing". Oleh itu, ayat yang gramatis ialah "tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing". 2. Pelbagai sayur. Perlbagai juga bermaksud jenis. 3. Bergai-bagai buah. Berbagai-bagai sama maksudnya dengan bermacam-macam. | Tatabahasa | 07.10.2012 |
Apakah peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa berikut : 1. seperti belut pulang ke lumpur 2. air susu dibalas dengan air tuba | Peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa berikut ialah 1. seperti belut pulang ke lumpur = seperti burung gagak pulang ke benua. 2. air susu dibalas dengan air tuba = campak bunga dibalas dengan campak tahi. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku Peribahasa Sekolah Menengah, Asiah Abdul Rahman dan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Abdullah Hussain. | Lain-lain | 01.09.2010 |
Apakah kata sendi nama yang sesuai untuk soalan berikut: 1. Kami pulang ___________kampung semalam. | Kami pulang ke kampung semalam. | Tatabahasa | 29.04.2008 |
Pilih ayat yang betul. 1.Kami pulang bila hari petang. 2.Siti membeli sebotol sos cili. 3.Buku itu disimpannya dalam almari. 4.Kawasan yang curam itu amat berbahaya. Tolong beri penjelasan, terima kasih. | i. Kami pulang apabila hari petang. ii. Ayat ini betul. iii. Buku tersebut disimpan di dalam almari. iv. Kawasan curam itu amat berbahaya. | Tatabahasa | 17.01.2008 |
Adakah penggunaan perkataan jarang di bawah betul? 1) Nasril jarang pulang ke kampungnya semenjak dia muflis. - Mana satu yang lebih tepat?jarang pulang ke kampung atau jarang-jarang pulang ke kampung? 2) Ali risau kerana rambutnya sudah jarang.Betul ke penggunaan jarang dalam konteks ayat tersebut? | Jarang bermaksud: 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap, 2. tidak lebat, tidak padat; dan 3. sama maksudnya dengan jarang-jarang, iaitu tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim. Berdasarkan huraian tersebut penggunaan kata jarang dalam kedua-dua ayat tersebut betul. Walau bagaimanapun apabila hendak menggambarkan maksud tidak kerap lazimnya perkataan jarang-jarang yang digunakan. | Tatabahasa | 19.02.2013 |
salam sejahtera tuan. Soalan berikut patut menggunakan 'dari' atau daripada': 1. Dia baru pulang dari / daripada lawatan ke Jepun. sekian, terima kasih | Yang betul ialah Dia baru pulang dari lawatan ke Jepun. Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu dan masa, manakala kata sendi nama "daripada" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca, sumber atau asal kejadian dan sebagainya. | Tatabahasa | 17.02.2012 |
Saya keliru tentang penggunaan 'bila'.Adakah ayat ini betul 1.Ibu tidak tahu bila ayah akan pulang dari luar negara | Ayat tersebut salah. Ayat yang betul ialah: 1. Ibu tidak tahu akan tarikh ayah akan pulang dari luar negara. 2. Ibu tidak mengetahui tarikh ayah akan pulang dari luar negara. | Tatabahasa | 20.01.2013 |
selamat sejahtera, Tolong perbetulkan ayat-ayat berikut: 1. Saya suka beri makan ikan./Saya suka beri ikan makan. 2. Saya memancing di dalam kolam./Saya memancing ikan di dalam kolam. 3. Ibu belikan ikan emas kepada saya. Saya bagi ikan saya makan. 4. Bapa Adam membawa pulang bendera bersaiz kecil. Bapa Adam membawa pulang bendera bersaiz besar. Adakah ayat majmuk berikut betul? Bapa Adam membawa pulang bendera bersaiz kecil dan bendera bersaiz besar./Bapa Adam membawa pulang bendera bersaiz kecil dan bersaiz besar./Bapa Adam membawa pulang bendera bersaiz kecil dan besar. 5. Adakah perkataan dalam kurungan dalam ayat berikut boleh digunakan?(Dua/Kedua-dua) orang anak Pak Mail berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan. (Sila, Jemput, Mari) masuk ke dalam rumah. Jika terdapat perkataan dalam kurungan dalam ayat di atas tidak dapat digunakan dalam ayat tersebut,tolong jelaskan mengapa. Bantuan tuan sangat dihargai, terima kasih. | 1. Saya suka memberi ikan makan. 2. Saya memancing ikan di dalam kolam. 3. Ibu membelikan ikan emas kepada saya. Saya memberi ikan saya makan. 4. Bapa Adam membawa pulang bendera bersaiz kecil dan besar. 5. Dua/Kedua-dua orang anak Pak Mail berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan. 6. Sila/Jemput/Mari masuk ke dalam rumah. | Tatabahasa | 16.10.2012 |
Betul atau tidak ayat "Mereka pulang ke kelas yang terletak bersebelahan dengan Sains 1." | Ayat yang lebih tepat ialah; Mereka pulang ke kelas yang terletak bersebelahan dengan Kelas Sains 1. | Tatabahasa | 25.02.2013 |