Yang manakah lebih tepat ? 1. Selepas pulang dari bercuti.... 2. Selepas pulang daripada bercuti... | Ayat yang betul ialah "Selepas pulang daripada bercuti..." | Tatabahasa | 14.05.2019 |
penggunaan dari dan daripada: soalan : pulang dari menjalani latihan atau pulang daripada menjalani latihan, terima kasih. | dari untuk tempat atau masa (dari KL, dari pukul 3.50ptg.) daripada untuk (selain masa dan tempat). pulang daripada menjalani latihan. | Tatabahasa | 03.09.2012 |
Salam sejahtera. Mengapakah kita gunakan kata sendi nama "daripada" dalam frasa "pulang daripada bercuti"? | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud daripada ialah: 1.Kata sendi nama untuk menerangkan asal (sumber, bahan dan lain-lain) sesuatu benda 2 Kata sendi nama untuk menyatakan perbandingan (perbezaan) antara dua benda atau lebih 3 Kata sendi nama yang menyatakan maksud mencegah 4 Kata sendi nama yang menunjukkan orang yg memberi 5 Kata sendi nama yang menunjukkan perubahan 6 Kata sendi nama yang menghubungkan sebahagian dengan keseluruhan Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud bercuti ialah: 1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dan lain-lain), berlibur; 2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dan lain-lain) Maka ayat yang betul ialah pulang daripada bercuti Penggunaan dari yang betul hanyalah untuk menyatakan arah, tempat dan masa sahaja.
| Tatabahasa | 03.07.2019 |
tuan pulang dari majlis kenduri atau pulang daripada majlis kenduri? TQ | Pulang dari majlis kenduri. | Tatabahasa | 15.08.2011 |
Adakah ayat di bawah betul?penggunaan "daripada makan" betul? Pak Pandir sakit selepas pulang daripada makan di sebuah warung. | Ayat yang betul ialah "Pak Pandir sakit selepas makan di sebuah warung". "Daripada" ialah kata sendi nama yang diikuti oleh kata nama yang merujuk sumber. | Tatabahasa | 24.06.2022 |
Salam sejahtera, Kakak Shima menyambut adiknya dengan pelukan kasih sayang selepas Shima pulang dari seminar kesan stres. (pulang dari seminar / pulang daripada seminar) Sila beri pencerahan.Terima kasih. | Perkataan dari ialah sendi kata yang menerangkan atau menyatakan tempat mula bergerak iaitu bertolak, muncul atau menyatakan titik atau pusat tumpuan permulaan sesuatu kegiatan pergerakan dan lain-lain. Perbezaan dari dan daripada boleh dilihat dari segi berikut: 1. ...pulang dari seminar (merujuk tempat) 2. Hasil daripada Seminar... (menunjukkan sumber atau punca) | Tatabahasa | 22.06.2021 |
Apabila ditanyai oleh saudara-maranya, Syukri sendiri tidak pasti bilakah ibu bapanya akan pulang dari luar negeri. kesalahan bahasa di atas ialah " bilakah " tetapi saya berpendapat tiada kesalahan. jika ada kesalahan, apakah kesalahan dan perkataan yang sebetulnya? | Kata tanya yang hadir di awal ayat hendaklah disertai partikel "kah" (Bilakah...), tatapi jika di dalam ayat tidak disertai dengan partikel "kah" (...bila...). oleh itu ayat ini menjadi - Apabila ditanyai oleh saudara-maranya, Syukri sendiri tidak pasti bila ibu bapanya akan pulang daripada luar negeri. | Tatabahasa | 18.07.2008 |
salam sejahtera tuan. Soalan berikut patut menggunakan 'dari' atau daripada': 1. Dia baru pulang dari / daripada lawatan ke Jepun. sekian, terima kasih | Yang betul ialah Dia baru pulang dari lawatan ke Jepun. Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu dan masa, manakala kata sendi nama "daripada" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca, sumber atau asal kejadian dan sebagainya. | Tatabahasa | 17.02.2012 |
Adakah ayat yang berikut betul? "Puan Sainah terburu-buru pulang ke rumah setelah menerima panggilan telefon daripada anaknya."? | Ayat yang betul ialah 'Puan Sainah pulang terburu-buru ke rumah setelah menerima panggilan telefon daripada anaknya.' Dalam ayat ini, terburu-buru ialah kata adverba yang berfungsi menerangkan kata kerja (pulang). | Tatabahasa | 08.08.2011 |
Salam sejahtera; 1. Bagai itik pulang petang 2. Seperti itik pulang petang. Soalan ; -Adakah kedua-duanya boleh diterima. -Adakah simpulan bahasa boleh ditulis dlm. bentuk yg sesuai asalkan betul tatabahasanya tidak mengubah maksud asalnya atau sebaliknya. Terima kasih | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, merakamkan peribahasa "Bagai itik pulang petang". Peribahasa ialah warisan daripada generasi terdahulu, bentuk yang terakam dikekalkan walau diulang cetak berulang kali. | Tatabahasa | 01.03.2016 |