Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.lut] | ڤولوت

Definisi : getah (drpd tumbuh-tumbuhan utk me­nangkap burung); memulut 1. menangkap burung dll dgn getah, menggetah (burung dll): ia selalu ~ burung tekukur; 2. ki memikat (hati), membujuk­-bujuk: banyak gadis yg terpikat kepadanya kerana dipulut dgn kata-kata yg manis; terpulut 1. kena pulut, terlekat; 2. terpikat (hatinya), tertipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lut] | ڤولوت

Definisi : 1. = beras ~ = sipulut Mn sj bijian spt beras tetapi lebih berkanji, beras ketan; 2. sj penganan yg dibuat drpd beras ketan; jenis­-jenisnya: ~ dakap, ~ kacau, ~ kuning (kunyit), ~ kinta, ~ panggang, ~ udang, ~ urap, dll; dilihat ~, ditanak berderai prb Mn apa yg kelihatan pd lahirnya berlainan dgn keadaan sebenarnya (kelihatan sbg orang kaya tetapi sebenarnya miskin dll); sebab ~ santan binasa sebab mulut badan binasa prb perkataan yg tajam itu kerap kali mendatangkan kecela­kaan kpd diri sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lut] | ڤولوت

Definisi : ; ~ lembu = pulut-pulut sj tumbuhan (pokok renek), kelulut, pepulut, Urena lobata; pulut-pulut 1. sj tumbuhan (rumpai), lemak ketam, Melochia corchorifolia; 2. sj tum­buhan (rumpai), daun susu babi, pokok lokman al-hakim, rumput pasir (tahi babi), sembung gajah, Adenostema lavenia (viscosum); ~ bukit sj tumbuhan (pokok renek), merepuh, setampin, tampin hutan, Mallotus griffithianus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok kecil), jarak hutan, ludai api, sembang, tapak gajah, Mallotus porterianus; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), pokok melukut (pepulut), Chrysophyllum roxburghii; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput bawang, siameh gunung, siamit, Fimbristylis asperrima. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lut] | ڤولوت

Definisi : getah yg diperoleh dr tumbuh-tumbuhan dan digunakan utk menangkap burung. memulut menangkap burung dgn menggunakan pulut; menggetah burung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pu.lut] | ڤولوت

Definisi : 1 = beras ~ beras yg lekit apabila dimasak, spt yg digunakan utk membuat lemang dll. 2 sj penganan yg dibuat drpd beras pulut (ditanak atau dikukus). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pulut

Puisi
 

Ke kedai membeli pulut,
     Pulut dibeli di kaki lima;
Alang-alang kasih di mulut,
     Kasih di hati kami terima.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Sebab pulut santan binasa,
     sebab mulut badan binasa.

Bermaksud :

Percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah DBP menerbitkan sebarang buku yang menjelaskan dengan lebih lanjut berhubung objek/benda/manusia/haiwan/perbuatan dsb yang digunakan dalam peribahasa. Contohnya; Ada pendapat yang mengatakan bahawa dalam peribahasa kerana pulut, santan binasa..pulut itu adalah merujuk kepada sejenis getah yang berwarna putih yang akan merosakkan santan jika ia terjatuh ke dalam santan. Saya hanya menemui buku yang menerangkan maksud sesuatu peribahasa sahaja dan bukannya menerangkan apa sebenarnya objek/benda/manusia/haiwan yang dinyatakan atau cerita yang menyebabkan terhasilnya sesuatu peribahasa seperti contoh yang saya berikan di atas. Harap dapat bantu. Sekian, terima kasih.Seperti yang tuan maklumi, buku peribahasa hanya menyenaraikan  peribahasa berserta maksudnya tanpa huraian atau etimologi peribahasa tersebut. Tidak ada maklumat tentang huraian peribahasa dalam sumber rujukan kami. Jika adapun mungkin kajian para sarjana/individu di institut pengajian tinggi.Lain-lain29.03.2012
Harga tiga setengah kilogram pulut itu ialah RM18.00. Ayat tersebut betul atau salah.Harga tiga setengah kilogram pulut itu ialah RM18.00. Ayat tersebut betul atau salah.
Ayat tersebut betul,  kiraan/ jumlah (tiga setengah) diikuti dengan unit (kilogram).
Tatabahasa29.05.2013
Kemaruk, Ompong, Kèdêr, Pulut I, Kolak I berasal dari Bahasa Jawa, tolong ditandai sebagai Bahasa Jawa. Jika butuh bukti nanti saya akan kirimkan bukti.Terima kasih atas maklumat tersebut. Pihak DBP akan membuat penelitian bagi setiap kata ini.Lain-lain27.04.2023
1. Di pasar Ramadan banyak terdapat kuih Melayu yang dibuat daripada tepung pulut yang berinti_________. A. Manis B. Manisan C. Pemanis D. Bermanis-manis 2. Mangsa yang mati di lombong tinggal itu telah_______ oleh pasukan penyelamat pada pagi tadi. A. Bertemu B. Ditemukan C. Ditemui D. Menemui Terima Kasih atas pertolongan anda.1. (b) manisan. 2. (c) ditemui.Tatabahasa26.02.2009
Selamat pagi. Aadakah penggunaan "ialah" betul dalam ayat-ayat di bawah? Terima kasih. 1. Yuanxiao ialah sejenis makanan berbentuk bulat kecil yang diperbuat daripada tepung pulut 2. Jika seseorang pekerja telah bekerja penuh selama 10 tahun tetapi belum genap 20 tahun, maka cuti tahunan ialah selama 10 hari. 3. Tempoh pendidikan prasiswazah ialah selama empat tahun. 4. Bahasa Cina, Matematik dan Bahasa Inggeris ialah tiga peperiksaan wajib.

Penggunaan kata pemeri “ialah” dalam contoh ayat tersebut betul.

1. Yuanxiao ialah sejenis makanan berbentuk bulat kecil yang diperbuat daripada tepung pulut.

2. Jika seseorang pekerja telah bekerja penuh selama 10 tahun tetapi belum genap 20 tahun, maka cuti tahunan ialah selama 10 hari.

3. Tempoh pendidikan prasiswazah ialah selama empat tahun.

4. Bahasa Cina, Matematik dan Bahasa Inggeris ialah tiga peperiksaan wajib.

Tatabahasa12.04.2022
Perbezaan gril, panggang dan bakar untuk memasakAssalamualaikum, 

Perbezaan makna perkataan gril, panggang, dan bakar untuk memasak:

1. gril (makna ke-4 lihat menggril)
Makna menggril - memanggang (ikan, daging dan sebagainya) di atas gril
Contoh ayat - Sebaiknya makanlah makanan yang direbus, digril atau dikukus.

2. panggang (makna ke-2 lihat memanggang)
Makna merebus - memasak (makanan seperti daging, ikan atau pulut) dengan meletakkannya di atas bara, di dalam ketuhar dan sebagainya
Contoh ayat - Dia memanggang daging yang dipotong itu di dalam ketuhar. 
    - Ikan yang dipanggang tadi perlu dibalik-balikkan supaya masak dengan sekata.

3. bakar (makna ke-2 lihat membakar)
Makna membakar - memasak (sesuatu) dengan meletakkannya di atas api atau di dalam alat yang mengandungi haba, misalnya ketuhar
Contoh ayat - Zamri sedang sibuk membakar sate bersama pekerjanya.
    - Kek dibakar dalam ketuhar pada suhu 180°C.

Terima kasih.
Makna02.11.2024

Kembali ke atas