Harga tiga setengah kilogram pulut itu ialah RM18.00. Ayat tersebut betul atau salah. | Harga tiga setengah kilogram pulut itu ialah RM18.00. Ayat tersebut betul atau salah. Ayat tersebut betul, kiraan/ jumlah (tiga setengah) diikuti dengan unit (kilogram). | Tatabahasa | 29.05.2013 |
Adakah DBP menerbitkan sebarang buku yang menjelaskan dengan lebih lanjut berhubung objek/benda/manusia/haiwan/perbuatan dsb yang digunakan dalam peribahasa. Contohnya; Ada pendapat yang mengatakan bahawa dalam peribahasa kerana pulut, santan binasa..pulut itu adalah merujuk kepada sejenis getah yang berwarna putih yang akan merosakkan santan jika ia terjatuh ke dalam santan. Saya hanya menemui buku yang menerangkan maksud sesuatu peribahasa sahaja dan bukannya menerangkan apa sebenarnya objek/benda/manusia/haiwan yang dinyatakan atau cerita yang menyebabkan terhasilnya sesuatu peribahasa seperti contoh yang saya berikan di atas. Harap dapat bantu. Sekian, terima kasih. | Seperti yang tuan maklumi, buku peribahasa hanya menyenaraikan peribahasa berserta maksudnya tanpa huraian atau etimologi peribahasa tersebut. Tidak ada maklumat tentang huraian peribahasa dalam sumber rujukan kami. Jika adapun mungkin kajian para sarjana/individu di institut pengajian tinggi. | Lain-lain | 29.03.2012 |
Kemaruk, Ompong, Kèdêr, Pulut I, Kolak I berasal dari Bahasa Jawa, tolong ditandai sebagai Bahasa Jawa. Jika butuh bukti nanti saya akan kirimkan bukti. | Terima kasih atas maklumat tersebut. Pihak DBP akan membuat penelitian bagi setiap kata ini. | Lain-lain | 27.04.2023 |
1. Di pasar Ramadan banyak terdapat kuih Melayu yang dibuat daripada tepung pulut yang berinti_________. A. Manis B. Manisan C. Pemanis D. Bermanis-manis 2. Mangsa yang mati di lombong tinggal itu telah_______ oleh pasukan penyelamat pada pagi tadi. A. Bertemu B. Ditemukan C. Ditemui D. Menemui Terima Kasih atas pertolongan anda. | 1. (b) manisan. 2. (c) ditemui. | Tatabahasa | 26.02.2009 |
Selamat pagi. Aadakah penggunaan "ialah" betul dalam ayat-ayat di bawah? Terima kasih. 1. Yuanxiao ialah sejenis makanan berbentuk bulat kecil yang diperbuat daripada tepung pulut 2. Jika seseorang pekerja telah bekerja penuh selama 10 tahun tetapi belum genap 20 tahun, maka cuti tahunan ialah selama 10 hari. 3. Tempoh pendidikan prasiswazah ialah selama empat tahun. 4. Bahasa Cina, Matematik dan Bahasa Inggeris ialah tiga peperiksaan wajib. | Penggunaan kata pemeri “ialah” dalam contoh ayat tersebut betul. 1. Yuanxiao ialah sejenis makanan berbentuk bulat kecil yang diperbuat daripada tepung pulut. 2. Jika seseorang pekerja telah bekerja penuh selama 10 tahun tetapi belum genap 20 tahun, maka cuti tahunan ialah selama 10 hari. 3. Tempoh pendidikan prasiswazah ialah selama empat tahun. 4. Bahasa Cina, Matematik dan Bahasa Inggeris ialah tiga peperiksaan wajib. | Tatabahasa | 12.04.2022 |
Perbezaan gril, panggang dan bakar untuk memasak | Assalamualaikum, Perbezaan makna perkataan gril, panggang, dan bakar untuk memasak: 1. gril (makna ke-4 lihat menggril) Makna menggril - memanggang (ikan, daging dan sebagainya) di atas gril Contoh ayat - Sebaiknya makanlah makanan yang direbus, digril atau dikukus. 2. panggang (makna ke-2 lihat memanggang) Makna merebus - memasak (makanan seperti daging, ikan atau pulut) dengan meletakkannya di atas bara, di dalam ketuhar dan sebagainya Contoh ayat - Dia memanggang daging yang dipotong itu di dalam ketuhar. - Ikan yang dipanggang tadi perlu dibalik-balikkan supaya masak dengan sekata. 3. bakar (makna ke-2 lihat membakar) Makna membakar - memasak (sesuatu) dengan meletakkannya di atas api atau di dalam alat yang mengandungi haba, misalnya ketuhar Contoh ayat - Zamri sedang sibuk membakar sate bersama pekerjanya. - Kek dibakar dalam ketuhar pada suhu 180°C. Terima kasih. | Makna | 02.11.2024 |