Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata punai I 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan nama2 burung berikut sesuai digunakan? 1. Pigeon - burung merpati 2. Dove - burung dara 3. Wood dove - burung dara kayu 4. Quail dove - burung dara puyuh 5. Ground dove - burung dara tanah/delimukan 6. Ground pigeon - burung delimukan puyuh 7. Pheasant dove - burung delimukan dewata (terdapat di Indonesia) 8. Bronzewing pigeon - burung limbuk/limbukan 9. Imperial pigeon - burung pergam 10. Green pigeon - burung punai 11. Fruit dove - burung punai buah 12. Emerald pigeon - burung punai tanah 13. Zebra dove - burung merbuk aman 14. Collared dove/Turtle dove - burung merbuk balam/tekukur 15. Cuckoo dove - burung tekukur api 16. Rock pigeon - burung merpati batu 16. Passenger pigeon - burung merpati penumpangUntuk makluman tuan/puan, penamaan spesies burung belum dibincangkan dalam mana-mana Jawatankuasa Istilah DBP. Walau bagaimanapun, mohon jasa baik tuan/puan mengemukakan huraian lengkap yang menerangkan konsep bagi istilah berkenaan agar dapat memudahkan pihak kami memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang bersesuaian.Lain-lain25.11.2024
Saya masih keliru: 1. Ejaan bagi pokok "Jelutong", "Chengal" dan "Nyatoh" bolehkah diubah kepada "Jelutung", "Cengal" dan "Nyatuh"? 2. Adakah nama-nama pokok seperti tongkat ali, kacip fatimah, jelutung, cengal, meranti sarang punai, meranti tembaga dll. ditulis dengan huruf besar (huruf pertama) jika ia berada di dalam teks? Adakah nama-nama pokok ini dianggap nama khas? Contoh ayat: Pak Ali sedang mengusahakan ladang pokok tongkat ali untuk dikomersialkan.

1. JELUTUNG -  tumbuhan (pokok), Dyera costulata; ~ badak sj tumbuhan (pokok renek), Ervatamia corymbosa; ~ laut sj tumbuhan (pokok), Euphorbia atoto; rotan ~ sj rotan, rotan segera (kerai, gelang, kemunting), Daemonorhops geniculatus. CENGAL- ~ batu = ~ emas = ~ sabut = ~ siput sj tumbuhan (pokok yg kayunya keras dan elok utk dibuat rumah dll), Balanocarpus heimii; ~ kampung = ~ pasir sj tumbuhan (pokok besar), Hopea odorata. NYATUH - sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk bahan rumah), tabah putih, Palaquium obovatum; 2. = ~ beringin = ~ sondai sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk bahan rumah), Payena Lavilandii.

2. Nama-nama pokok tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali di awal ayat kerana nama-nama pokok tersebut merupakan kata nama am.

Tatabahasa16.04.2008

Kembali ke atas