Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : suku kaum peribumi Sarawak, termasuk dlm kumpulan Orang Ulu, yg tinggal di pedalaman, terutamanya di Hulu Sungai Baram dan Sungai Rejan, dan kegiatan utamanya memburu dan memungut hasil hutan (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata punan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan kepastian ejaan bagi tiang pengebumian di Sarawak oleh Kaum Sekapan dan Punan Bah. Dalam laman web muzium negara dieja 'kelirieng' tetapi tiada maklumat dalam prpm. apakah ejaan yang sebenarnya? Kelereng, kliring, keliring, klereng, klering, kelerieng atau kelireing? Diharapkan pihak DBP dapat memberikan pencerahan. Terima kasih.

Tuan/puan yang budiman,

Dalam data rujukan kami, hanya terdapat perkataan keliring (suku Tetaw) yang membawa maksud tempayan abu mayat. Selain itu, dalam data kami juga menemui perkataan liyeang (suku Melanau Mukah) yang bermaksud liang lahad. Perkataan lain tiada dalam data rujukan kami.

Istilah26.12.2018

Kembali ke atas