puncak tiang / atas tiang. Yang manakah adalah betul. Tolong tunjukkan. Terima kasih | Kedua-dua betul. | Tatabahasa | 08.09.2009 |
Hi. Apakah perbezaan maksud perkataan "rabung" dan "puncak"? Dan jika maksud perkataan tersebut adalah jauh berbeza. TQ. | Menurut data kami, perkataan rabung ialah 1 puncak bumbung rumah. 2 alur atau lekuk pada bahagian tepi sesuatu alat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) manakala perkataan puncak bermaksud 1 bahagian yang tertinggi pada sesuatu: ~ gunung; ~ tiang. 2 yang tertinggi (harga, jawatan dan lain-lain): Dalam masa peperangan Korea dahulu, harga getah asli telah mencapai ~nya. memuncak meningkat tinggi-tinggi; membumbung tinggi; menjadi sangat-sangat: Harga barang-barang telah ~ naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) | Makna | 20.12.2018 |
Perkataan PUNDAK dalam Bahasa Indonesia adakah ia bermaksud PUNCAK dalam Bahasa Melayu, Malaysia.Thanks for your kind assistance. | Pundak (bahasa Jawa) maknanya dalam bahasa Melayu ialah bahu atau diri seseorang manakala puncak pula bermakna bahagian yang tertinggi atau paras yang paling atas. | Makna | 30.04.2005 |
Ayat yang berikut manakah betul?1.Pengawas itu menaikkan bendera hingga penjuru tiang. 2.Pengawas itu menaikkan bendera hingga puncak tiang. 3.Pengawas itu menaikkan bendera hingga hulu tiang. 4.Pengawas itu menaikkan bendera hingga atas tiang . Terima kasih. | Ayat yang betul ialah 2.Pengawas itu menaikkan bendera hingga puncak tiang. | Tatabahasa | 08.06.2014 |
maksud kosonan dan maksud vokal | Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa penggalan yang dalam bahasa Melayu berciri tidak silabik atau tidak boleh menjadi puncak suku kata. Contohnya k,p dan m. Vokal pula ialah bunyi bahasa yang dihasilkan dengan getaran pita suara dan dilafazkan tanpa pengeseran. Contohnya aeiou. Vokal berciri silabik atau boleh menjadi puncak suku kata. | Tatabahasa | 20.08.2009 |
peak of prestij | puncak yang berprestij | Lain-lain | 18.07.2008 |
Mohon semakan ke atas cadangan pemaju untuk menggunakan nama skim pembangunan perumahan dan perniagaan dengan nama: PRIMA KUALA KANGSAR dan juga nama PUNCAK KUALA KANGSAR, mohon ulasan dan pandangan tuan terhadap 2 cadangan di atas, sekian terima kasih | Untuk makluman, perkataan "PRIMA" bermaksud yang penting, yang terutama atau yang utama. Berdasarkan maksudnya, perkataan ini hanya sesuai diletakkan di bahagian belakang sesuatu nama. Contohnya: Ampang Prima dan Puchong Prima. Oleh itu, nama yang disyorkan ialah KUALA KANGSAR PRIMA. PUNCAK KUALA KANGSAR adalah betul dan boleh digunakan. Nama ini sesuai digunakan sekiranya skim pembangunan ini terletak di tempat yang tinggi. | Tatabahasa | 21.03.2013 |
Assalamualaikum....saya nak tau makna bagi 'nyiur gading puncak mahligai' Boleh saya tau dimana / dengan siapa saya boleh rujuk? Terima kasih | Tidak ada maklumat tentang ungkapan tersebut dalam pangkalan data kami. Ungkapan dalam lagu terhasil daripada kreativiti penulisnya sendiri, hanya dia yang mengetahui maksud sebenar yang hendak disampaikan. | Makna | 24.03.2015 |
Salam DBP, Saya Hussein Haekal, Pelajar Rekabentuk grafik, UiTM Puncak Alam. Saya merupakan pelajar akhir tahun dan sedang menjalani kajian tentang isu penggunaan bahasa melayu dan bahasa melayu klasik yang berkurangan. Saya harap pihak tuan/puan dapat membantu saya dalam untuk mengumpul data tentang kajian saya ini. Saya memerlukan orang yang boleh menjawab soalan2 tentang kajian, statistik penggunaan bahasa melayu dari beberapa tahun sebelum ini, dan kumpulan bahasa melayu dan bahasa melayu klasik. Saya harap pihak tuan/puan dapat membantu saya. Terima Kasih | Soalan yang dikemukakan terlalu umum dan berbentuk tugasan kuliah. Untuk makluman puan, Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta kekeliruan dalam tatabahasa. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan pelajar IPT menghantar soalan yang berbentuk tugasan untuk dijawab oleh petugas KNDBP. Soalan sebegini di luar skop perkhidmatankami kerana ia memerlukan pembacaan dan kajian khusus untuk menjawabnya. Bagi membantu saudara menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat penyelidikan atau rujuk buku/makalah yang berkaitan atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran. | Lain-lain | 22.05.2017 |
Berkenaan dengan bidang Tekonologi Maklumat/Komputer: 1) "Burstable" ialah kaedah mengukur lebar jalur berdasarkan penggunaan puncak, bagi tujuan pengebilan. Kaedah ini juga membolehkan penggunaan melebihi ambang tertentu untuk jangka masa yang singkat tanpa kesan kewangan ke atas pengguna. 2) "Peering" ialah proses apabila dua rangkaian internet menyambung dan menukar trafik. Proses ini membolehkan rangkaian tersebut menghantar trafik secara langsung antara pelanggan masing-masing, tanpa penglibatan pihak ketiga. Saya amat berbesar hati jika pihak DBP dapat mencadangkan istilah yang sesuai bagi "burstable" dan "peering" (jika ada). Terima kasih. | Cadangan kami peering diterjemahkan kepada merangkai padan dan burstable diterjemahkan kepada boleh langkau sekiranya sesuai dengan konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun, kedua-dua terjemahan ini akan diteliti dengan lebih lanjut lagi dan setelah memperoleh jawapan rasmi kami akan meng-e-melkannya kepada pihak tuan. | Lain-lain | 26.05.2019 |