Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pun.jut] | ڤونجوت

Definisi : sapu tangan dll yg keempat-empat sudutnya diikat menjadi satu (utk membawa sesuatu); memunjut menyimpulkan (mengikat) ke­empat-empat sudut sapu tangan dll (menjadi­kan punjut). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata punjut


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maksud bunjut dalam sup bunjut dan kenapa ia tiada dalam kamus.Menurut data kami penggunaan frasa yang betul ialah punjut yang bermaksud sapu tangan dan lain-lain yang keempat-empat sudutnya diikat menjadi satu (untuk membawa sesuatu); memunjut menyimpulkan (mengikat) ke­empat-empat sudut sapu tangan dan lain-lain (menjadi­kan punjut). (Kamus Dewan Edisi Keempat) manakala sup bunjut pula merupakan nama yang telah didaftarkan.Lain-lain21.09.2018
Salam Tuan/Puan, Kami ada membuat carian perkataan "Bunjut" dan telah menjumpai penjelasan daripada pihak tuan/puan tentang perkataan tersebut di dalam arkib soalan. Bolehkah sekiranya pihak kami mendapatkan penjelasan rasmi melalui surat bertulis daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bahawa frasa yang betul merujuk kepada data DBP adalah "punjut" dan ia mempunyai maksud manakala frasa "Bunjut" merupakan nama yang telah didaftarkan dan tidak mempunyai maksud di dalam data DBP. Maklum balas pihak tuan/puan berkenaan pertanyaan ini amat kami hargai. Terima kasih. Daripada, AtiqahSila kemukakan pertanyaan secara bertulis kepada Ketua Bahagian Penguatkuasaan, seperti yang telah dimaklumkan melalui talian telefon pada 23/7/2020.Lain-lain22.07.2020

Kembali ke atas