Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pun.tia.na/] | ڤونتيانق

Definisi : sj hantu perempuan yg suka meng­hisap darah orang (terutama orang beranak), langsuir, si ngiang-ngiang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pun.tia.na/] | ڤونتيانق

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar (ara) dani, akar suluh, (re)­dani, selimpas, u(r)dani, Quisqualis indica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pun.tia.na/] | ڤونتيانق

Definisi : hantu yg kononnya suka menghisap darah dan mengganggu orang bersalin, dan biasanya merupakan diri spt perempuan; langsuir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puntianak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
pocong atau pucong ? pontianak atau puntianak ?Ejaan yang tepat ialah 1. pocong 2. puntianak.Ejaan16.01.2010
yang manakah yang betul? A. Pontianak B. PuntianakEjaan yang betul ialah puntianak.Ejaan06.08.2013
Salam 1 Malaysia tuan. Perkataan yang ditunjukkan di bawah yang manakah betul? 1. romantis atau romantik ? 2. puntianak atau pontianak ? Terima kasih atas maklum balas tuan.1.Perkataan romantik dan romantis, kedua-duanya betul.
2. Ejaan yang tepat ialah Puntianak
Tatabahasa10.07.2013
apakah maksud perkataan suprakelas? boleh berikan satu contoh ayat yang menggunakan perkataan suprakelas? ejaan untuk kata Pontianak atau puntianak? mana satukah yang betul?1. Tiada istilah "suprakelas", tetapi istilah "supra" ialah awalan asing yang bermaksud melebihi atau melewati sesuatu batas, sempadan,melangkaui, melampaui, dsb.
2. Ejaan yang tepat ialah "puntianak"
Istilah15.04.2015

Kembali ke atas