Ayat “baik punya cilok” adalah salah tatabahasanya. ang mana betul: 1. Ayat “baik punya cilok” adalah salah tatabahasanya. 2. Ayat 'baik punya cilok' adalah salah tatabahasanya. | Penggunaan tanda baca yang betul ialah Ayat “baik punya cilok” adalah salah tatabahasanya. Lihat buku Gaya Dewan, halaman 77. | Ejaan | 12.02.2012 |
Buku itu bukan saya punya atau buku itu bukan punya saya. Yang manakah tepat? Terima kasih | Buku itu bukan saya punya. | Tatabahasa | 14.06.2014 |
kata pemeri apakah yang paling sesuai untuk ayat berikut... Rumah agam itu ________ kepunyaan Tuan Mansor. Perkataan 'punya' tergolong dalam kata nama atau kata adjektif atau lain-lain ? sila jelaskan. | Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama. Kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Walau bagaimanapun, penggunaan kata pemeri amat terbatas dan kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. 'Kepunyaan' ialah kata nama dan 'punya' ialah kata kerja. Kata pemeri ialah tidak diperlukan dalam ayat yang diberikan. | Tatabahasa | 29.05.2011 |
Soalan saya mengenai perkataan "(em)punya" dan diutarakan dalam fail yang dilampirkan. | Soalan yang saudara kemukakan ini berbentuk tugasan dan soalan sebegini adalah di luar skop perkhidmatan kerana memerlukan kajian khusus dan pembacaan yang banyak. Namun begitu, saudara boleh merujuk Tatabahasa Dewan dan melayari laman web kami dan klik domain Buku atau Artikel. | Tatabahasa | 04.06.2014 |
Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk "soil vapor screening" , "dekontamination" Adakah pihak DBP punya sebarang sumber berkaitan untuk mengetahu glosari yang sahih bagi merujuk terjemahan kaedah-kaedah atau istilah kejuruteraan awam/alam sekitar | Penggunaan yang betul dalam bidang kejuruteraan ialah dekontaminasi (bahasa Inggeris - decontamination). Tidak ada padanan khusus untuk soil vapour screening. Dalam bidang kejuruteraan screening diterjemahkan kepada penskrinan atau penapisan, vapour diterjemahkan kepada wap dan soil ialah tanah. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.08.2015 |
Tuan/Puan, Saya ingin bertanya mengenai menterjemahkan satu buku kejuruteraan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia. Tuan punya buku kejuruteraan tersebut telah setujui dalam penterjemahan ini. Saya ingin mengetahui prosedur yang perlu saya ikuti dan buku ini hanya akan dijual oleh tuannya. Terima Kasih, Johnson | Tuan/Puan perlu mendapat izin daripada penerbit karya asal (bahasa Inggeris) buku itu terlebih dahulu sebelum boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu. | Lain-lain | 18.09.2012 |
hi. saya guru tadika. Baru -baru ini saya mendapati buku baru terbitan bahasa melayu untuk tadika ia punya suku kata sudah bertukar. seprti ini ma+in =main sebelum ini tetapi sekarang suku kata baca (main), du+ri+an=durian sebelum ini,tapiu sekarang suku kata nya baca du+rian=durian. lu+ar=luar sebelum .......(luar) sekarang. boleh beritahu yang manakah bacaan ,eja ,suku kata yang betul? | Ada dua perkara yang berbeza di sini, satu pemenggalan kata dan satu lagi sebutan, contohnya; main - pemenggalan kata/suku kata (ma+in), tetapi sebutannya (main), durian; suku kata (du+ri+an) sebutannya (du+rian), luar; suku kata (lu+ar) sebutannya (luar) | Tatabahasa | 20.11.2007 |
Nuvelle Lim RAB 3.37 PTG Nuvelle Lim bolehkah tanya, jika hendak buka (retirement home) , yang bukan awam punya, apakah jenis license yang perlu apply dan pergi mana apply? | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Setelah itu kemukakan permohonan tuan berserta sijil pengesahan bahasa kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan seperti DBKL. | Lain-lain | 06.09.2017 |
Suhaiemi Amy Nov 14th, 12:03pm salam... boleh sy tahu... sekarang dbp online tgh system down ke? sbb sy tak boleh bukak langsung DBP punya portal | Capaian ke laman web di DBP kini telah boleh dibuat seperti biasa. | Lain-lain | 14.11.2015 |
pindah | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud pindah ialah bertukar tempat (kediaman, kerja, dll); ~ milik bertukar pemilik atau tuan punya; ~-randah selalu bertukar tempat (kediaman, dll); ~ tangan bertukar tuan (barang, harta benda, dll); tujuh kali ~ jadi papa = orang pindah-pindahan bertanam tak boleh dimakan prb pekerjaan yg tiada tetap akan merugikan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau layari laman web DBP. | Makna | 24.01.2010 |