Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.pur] | ڤوڤور

Definisi : bedak; berpupur berbedak: ada yg ~ sebelah mukanya sambil berlari-lari pergi melihat; memupurkan membedaki (muka dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.pur] | ڤوڤور

Definisi : ; memupur berguling-guling dan berkepak-kepak di tanah dll (ayam, burung); pupuran; ~ ayam tempat ayam memupur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.pur] | ڤوڤور

Definisi : sj tumbuhan (pokok), Baccaurea sapida. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.pur] | ڤوڤور

Definisi : , = tepung ~ benda halus spt debu yg biasanya berbau wangi dan disapukan pd badan; bedak. berpupur memakai pupur; berbedak. memupuri menyapukan pupur pd (muka dll); membedaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pu.pur] | ڤوڤور

Definisi : ; memupur berguling-guling di atas tanah serta mengibas-ngibaskan kepak (bkn ayam, burung dll). pupuran tempat (ayam, burung dsb) memupur: ~ ayam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pupur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Apakah terjemahan untuk perkatasn 'Sheet Mask' dalam bahasa Melayu? Topeng muka kedengaran kurang sesuai. Ini sheet mask yang digunakan dalam industri kecantikan. Terima kasihPihak kami mencadangkan "sheet mask" diterjemahkan sebagai "topeng kepingan", topeng helaian" atau "topeng pipih". "Pupur muka" juga boleh dijadikan padanan bagi "sheet mask", bergantung pada jenis, bentuk dan kegunaan produk tersebut. 

Untuk makluman, topeng muka atau pelitup muka pula merupakan padanan bagi "face mask" dan bukannya "sheet mask".
Penyemakan dan penterjemahan13.08.2020

Kembali ke atas