Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ra] | ڤورا

Definisi : Mn 1. pundi-pundi yg diperbuat drpd kain (tempat wang), kantung kecil, dompet; 2. ark tempat memperjualbelikan saham, tempat saudagar-saudagar besar berjual beli, bursa; 3. ark wang yg disediakan atau dikumpulkan utk sesuatu tujuan, dana: sekali membuka (mengorak) ~ dua tiga hutang terbayar prb sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ra] | ڤورا

Definisi : sl bandar, kota, negeri (Singapura, Inderapura, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ra] | ڤورا

Definisi : ; pura-pura tidak sungguh-sungguh atau tidak betul-betul: Mereka itu pejuang ~ saja. berpura-pura berbuat sesuatu seolah-olah …; melakukan diri spt; berlagak spt: Dia ~ menangis. ~ tidak tahu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pu.ra] | ڤورا

Definisi : kota atau negeri (spt Inderapura). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pura
Kata Terbitan : berpura-pura, kepura-puraan,

Puisi
 

Singapura bernama Selat,
     Kain sutera bercampur benang;
Pura-pura hantap melihat,
     Dalam hati syukur mengenang.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Menanduk dengan papar.

Bermaksud :

Kekerasan yang pura-pura. papar = rata.

 

Lihat selanjutnya...(25)

Lihat selanjutnya...(1)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya betul atau tidak penggunaan perkataan pura dalam ayat dibawah atau saya harus menggunakan perkataan pura-pura. 'Saling pura cinta '

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, "pura-pura" bermaksud "tidak sungguh-sungguh, main-main sahaja". Oleh itu cadangan jawapan yang betul ialah “pura-pura cinta”.

Makna11.06.2022
Jika untuk menyatakan orang yang berpura-pura, bolehkan diletakkan awalan pe- pada pura-pura? Adakah akan menjadi pemura-mura atau pemura-pura?Memadai sekiranya mengambil perkataan "pura" sebagai asas pembentukan kata terbitan. Walau bagaimanapun, belum terdapat istilah rasmi yang dikeluarkan untuk mengambarkan perkataan individu yang berpura-pura.Lain-lain19.01.2019
boleh tak tolong perbetulkan puisi yang saya buat ini? aduhai remaja apalah erti dunia remajamu tika tabir menebarkan sayapnya dibawah sinaran cahaya bulan dibawah debar kota dalam alunan gelombang pura-pura kau biarkan manismu diseri kumbang jalanan dihidu embun jantan aduhai remaja kembalilah kau pada seruan wahyu bersimpuhlah engkau sambil menadah tangan memohon keampunan dan restu-Nya aduhai remaja kembalikanlah harga dirimu yang kian hilang muliakamlah kasih yang diberi tujuilah lorong bercahayasesungguhnya kita ialah bakal khalifah di muka bumi ini... bantuan dari pihak tuan amat saya hargai... terima kasih

 

aduhai remaja

apalah erti dunia remajamu

tika tabir menebarkan sayapnya

di bawah sinaran cahaya bulan

di bawah debar kota

dalam alunan gelombang pura-pura

kau biarkan manismu diseri kumbang jalanan

dihidu embun jantan

aduhai remaja

kembalilah kau pada seruan wahyu

bersimpuhlah engkau sambil menadah tangan

memohon keampunan dan restu-Nya

aduhai remaja kembalikanlah harga dirimu

yang kian hilang muliakanlah kasih yang diberi

tujuilah lorong bercahaya

sesungguhnya kita ialah bakal khalifah di muka bumi ini

 Ulasan: Secara umum puisi yang dihasilkan oleh adik baik dan adik harus terus menulis lagi untuk memantapkan gaya penulisan. Selain itu, adik boleh merujuk atau membaca buku-buku puisi untuk menghayati dan mempelajari gaya penulis seseorang penyair. DBP berharap adik terus menulis. Sekian terima kasih.

Lain-lain20.12.2008
Salam. boleh berikan padanan b. Melayu bagi Tonic Immobility?Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "tonic immobility" ialah pura-pura mati.Istilah23.03.2017
Apakah yang dimaksudkan kata ganda semu? Contoh?

Tuan,

Merujuk Kamus Dewan perkataan semu: bukan yg sebenarnya, tidak sesungguhnya, pura-pura: keadilan yg hanya ~ sahaja; 2. = semu-semu lebih kurang, agak; ~ lengkung agak lengkung; 3. = ~ daya tipu daya, muslihat: baiklah kita cari jalan tipu ~ dan kita empat bersaudara ini kita berpecah; ~ Jawa, pujuk Melayu.

Makna01.05.2009
Apakah maksud kata semu? Adakah betul 1. Apa nama anda? (Salah) 2. Siapa nama anda? (betul)Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, semu bermaksud bukan yg sebenarnya, tidak sesungguh-nya, pura-pura: keadilan yg hanya ~ sahaja. Frasa yang betul ialah siapakah nama anda ataupun nama anda siapa? Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut. Istilah20.07.2010
walaupun perasaannya tenat, di atetap berpura-pura gembira. (munsyi, adakah tenat betul dalam ayat ini? TK)Perkataan "tenat" kurang sesuai digunakan dalam ayat. Perkataan yang sesuai bagi menggambarkan perasaan ialah "sedih".

Walaupun berperasaan sedih, dia tetap berpura-pura gembira.
Tatabahasa11.08.2013
Apakah tajuk karangan sesuai digunakan pantun ini. Alam Pura Raja Mahkota,Pergi berperang ke Basanah,Ingat-ingat mengeluarkan kata,Zaman sekarang banyak fitnah.Contoh pantun di bawah ialah pantun nasihat. 
Alam Pura Raja Mahkota;
Pergi berperang ke Basanah;
Ingat-ingat mengeluarkan kata;
Zaman sekarang banyak fitnah.
Sastera05.01.2021
Hi, saya nak tanya apa maksud berlarut-larut di ayat berlarut-larut berpura-pura sempurna yang dalam lirik lagu Jiwa yang bersedih. Boleh kita gunakannya dalam karangan atau apa ketika peperiksaan?

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 1256, perkataan berlarut-larut ialah kata kerja tak transitif yang membawa maksud berlarutan. Perkataan berpura-pura (halaman 1777) pula membawa maksud berbuat seakan-akan (seolah-olah), melakukan diri seperti seseorang yang bukan dirinya.

Kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dalam karangan mengikut konteks dan kesesuaian ayat.

Dalam konteks lirik yang diajukan, teks tersebut mungkin membawa maksud perlakuan berpura-pura yang berterusan kerana karya sastera mempunyai tafsiran makna yang luas dan tiada had pemaknaan.  

Tatabahasa30.04.2024
"tuan, tolong jelaskan maksud "hipokrat"."Menurut Kamus Dewan, hipokrit ialah orang yang berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dan lain-lain) baik, (orang yang) memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya, munafik.Makna19.08.2013
12

Kembali ke atas