| Apakah terjemahan di dalam Bahasa Melayu yang sesuai bagi ayat Bahasa Inggeris berikut: 'Nearest to purple but pinker' Bolehkah pihak tuan email kepada saya senarai glosari istilah-istilah saintifik (Botani dalam Bahasa Inggeris) serta maksudnya di dalam Bahasa Melayu. Contoh: BI kepada BM cordate = kordat Terima kasih | 1. Cadangan kami bagi nearest to purple but pinker ialah ungu kemerahjambuan. 2. Puan boleh menghubungi kedai buku DBP atau Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk mendapatkan buku glosari atau istilah yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan. | Tatabahasa | 13.12.2019 |
| Salam1Bahasa, 1. Apakah maksud program "1Million Women Purple Walk" dalam bahasa Melayu? 2. Soalan saya yang belum berjawab pada 7.2.2013, iaitu Yang manakah yang betul: a) badak sumatera ATAU badak Sumatera b) kucing parsi ATAU kucing Parsi c) kembar siam ATAU kembar Siam d) nasi kerabu Golok ATAU nasi kerabu golok Terima kasih. | 1. Dala data kami tiada terjemahan khusus bagi program "1miliion Women Purple Walk". Walau bagaimanapun, cadangan kami mengikut konteks tujuan penganjuran program tersebut ialah Rintis Perpaduan Sejuta Wanita. 2. Ejaan yang betul ialah kembar Siam, kucing Parsi, kembar Siam, nasi kerabu Golok. | Tatabahasa | 29.03.2013 |
| "Black Knight" adalah sebuah lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Deep Purple yang saya minati dari zaman remaja dan menjadi inspirasi dalam perniagaan saya. | Kami tidak mengesahkan nama syarikat atau logo. Sila masukkan keterangan dalam bahasa Melayu, seperti "STUDIO RAKAMAN" di bahagian paling atas. Kemukakan permohonan tuan kepada "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 17.06.2015 |