Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pusat (kata nama)
Bersinonim dengan punca, tumpuan, pangkalan, sasaran;,
Kata Terbitan : berpusat, memusatkan, pemusatan,

Juga ditemukan dalam:


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kami ingin menubuhkan sebuah pusat tuisyen menggunakkan nama tersebut "Pusat Tuisyen Linguistik Dinamik" dan "Pusat Tuisyen Studio Linguistik." Dalam garis panduan penubuhan di nyatakan bahawa kita mesti mengguna Bahasa Kebangsaan semata-matanya. Sila beri maklum balas jikalau nama tersebut menepati syarat tersebut. Sekian, terima kasih.Sekiranya pusat tuisyen ini mengajar perkara berkaitan bahasa, nama Pusat Tuisyen Linguistik Dinamik boleh digunakan. Nama "Pusat Tuisyen Studio Linguistik" tidak boleh digunakan kerana perkataan "Studio" tidak sesuai digunakan dalam konteks ini dan tidak mempunyai maksud yang jelas.Lain-lain04.09.2013
Kami ingin menubuhkan sebuah pusat tuisyen menggunakkan nama tersebut "Pusat Tuisyen Studio Dinamik." Dalam garis panduan penubuhan di nyatakan bahawa kita mesti mengguna Bahasa Kebangsaan semata-matanya. Sila beri maklum balas jikalau nama tersebut menepati syarat tersebut. Sekian, terima kasih.Nama yang dicadangkan adalah betul dan boleh digunakan.Lain-lain21.08.2013
Kami ingin mendirikan signboar untuk sebuah pusat tuisyen menggunakkan nama tersebut "Pusat Tuisyen Inspirasi Cahaya" dan logo yang kita akan gunakan di labelkan dengan "TM". Dalam garis panduan yang disediakan oleh MBPJ kita mesti mengutamakan Bahasa Kebangsaan. Sila beri maklum balas jikalau nama tersebut menepati syarat tersebut. Sekian, terima kasih.Untuk pengesahan papan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama saudara perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain30.12.2015
Pengesahan Nama tadika baru dan Pusat Tuisyen:- 1. Tadika Gemini Eka 2. Pusat Tuisyen Gemini Eka Terima kasih

Permohonan pengesahan penamaan dan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my)

Lain-lain17.01.2018
Boleh kah saya menggunakan perkataan Omega dalam pilihan nama untuk pusat tuisyen?

Saudara,

Makna perkataan omega ialah  huruf ke-24 (terakhir) dlm abjad Yunani. Dalam konteks lain, perkataan omega merupakan jenama terkemuka bagi jam. Dalam konteks penamaan terutamanya penamaan pusat tuisyen, biasanya nama-nama yang menunjukkan kebijaksanaan, keilmuan atau berbentuk akademik sesuai digunakan. Dalam hal ini jika puast tuisyen tersebut disamakan dengan taraf terkemuka maka perkataan omega bolehlah digunakan. 

Makna05.08.2010
Assalamualaikum/Salam sejahtera, saya ingin bertanya 2 soalan. 1) Di manakah saya boleh membeli buku garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan? 2) Apakah contoh nama yang sedap & baik untuk pusat tuisyen? Boleh tuan beri saranan sedikit?Buku tersebut boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau wakil pengedar DBP. Nama yang sesuai dengan pusat tuisyen ialah nama yang boleh dikaitkan dengan ilmu dan pendidikan seperti Pusat Tuisyen Bestari.Lain-lain15.07.2015
tolong cadangkan nama pusat tuisyen bahasa yang mengandungi nilai cinta akan bahasa kebangsanSaudara boleh merujuk buku garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan Edisi Kedua yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.  Buku ini menyenaraikan pelbagai nama indah  untuk membantu masyarakat pengguna bahasa dalam proses penamaan. Antara nama yang terdapat di dalam buku tersebut ialah suluh pekerti, suluh murni, suluh bestari dsb..  Lain-lain26.01.2009
Saya nak buat sign board untuk pusat tuisyen. Bagaimana saya naj mohon?

Tuan,

Untuk makluman puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan premis boleh dibuat melalui dalam talian (online) menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan.

2. Kaunter dibuka pada hari bekerja dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Walau bagaimanapun, pada bulan Ramdan, kaunter dibuka dari pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang.

3. Perlu ada teks dalam bahasa Melayu untuk kami semak dan sahkan. Oleh itu, puan perlu meletakkan keterangan aktiviti yang hendak ditonjolkan dalam bahasa Melayu, seperti KELUARAN TERKINI, JUALAN HEBAT, PROMOSI BESAR-BESARAN atau yang bersesuaian. Contoh boleh dilihat pada lampiran yang disertakan.

Lain-lain22.06.2019
Saya adalah seoarang guru untuk sebuah pusat tuisyen. Kami amat berbesar hati menjadikan buku-buku terbitan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) sebagai rujukan. Namun, kami dapati terdapat Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua keluaran DBP mengandungi peribahasa-peribahasa yang bercampur dengan peribahasa Indonesia. Persoalannya, adakah wajar untuk menggunakan peribahasa-peribahasa tersebut dalam sistem pendidikan sekolah di Malaysia? Penggunaan bahasa masa kini telah mewujudkan beberapa peribahasa moden yang masih belum diiktiraf oleh DBP. Adakah penggunaan peribahasa tersebut boleh diterima dalam pendidikan sekolah?Peribahasa ialah warisan dari satu generasi ke satu generasi. Tidak ada peribahasa moden, berkemungkinan yang berlaku ialah ungkapan umum yang popular dan dianggap sebagai peribahasa. Peribahasa Melayu diwariskan oleh generasi terdahulu dan digunakan dalam kalangan masyarakat Melayu sama ada di Malaysia atau sebaliknya. Untuk tujuan peperiksaan khususnya hendaklah dirujuk kepada pihak yang berkuasa dalam hal berkenaan.Lain-lain07.08.2018
Selamat sejahtera, Saya ingin membuat papan iklan pusat tuisyen. Bolehkah pihak tuan menyemak papan iklan tersebut. Saiz papan iklan: 6.1m X 1.22m Sekian, terima kasih.Iklan ini betul.
Untuk pengesahan iklan, tuan/puan boleh merujuk di laman web ini iklan/">http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/
Terima kasih
Lain-lain20.12.2016
12

Kembali ke atas