Selamat pagi. 1. Pusingan kedua ini merupakan pusingan kalah mati. Betulkah penggunaan istilah di atas? Kalau tidak, apakah istilah yang paling tepat untuk menggambarkan situasi atau maksud ayat di atas. Bolehkah istilah 'kalah singkir' atau 'kalah keluar' diguna pakai. Sekian, terima kasih. | Istilah kalah mati boleh digunakan dalam ayat. | Tatabahasa | 03.09.2013 |
Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk pusingan playoffs? Memandangkan tidak semua pusingan playoff mengunakan format kalah mati, apakah terjemahan yang lebih sesuai untuk maksud yang lebih umum. | Menurut istilah bahsa Melayu, playoff bermaksud main habis. | Makna | 12.06.2018 |
Selamat petang tuan. Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah yang tepat dalam ayat di bawah ini. 1. Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya dilibas kipas kerana berdiri di atas meja. 2. Pusingan kedua bagi perlawanan badminton tertutup itu merupakan pusingan kalah mati. Soalan: a) Apakah istilah yang paling tepat untuk perkataan 'dilibas' bagi kata nama kipas siling? b) Apakah binaan ayat yang paling sesuai untuk situasi ayat 1 di atas? c) Mana satukah istilah yang betul untuk ayat 2 di atas. i) Perlawanan atau pertandingan ii) kalah mati atau kalah singkir atau kalah keluar. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. | 1. Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya dilibas kipas kerana berdiri di atas meja. Ayat pertama betul. 2. Pusingan kedua bagi perlawanan badminton tertutup itu merupakan pusingan kalah mati. Perlawanan dan pertandingan, kedua-duanya betul dalam konteks ayat tersebut.
| Tatabahasa | 16.07.2013 |
Disebabkan oleh kekurangan modal pusingan, syarikat itu telah bankrap. Bolehkah Penggunaan "Disebabkan" digunakan sebagai penanda wacana depan ayat? Terima kasih. | Perkataan "Disebabkan" tidak boleh digunakan sebagai pangkal ayat. Tambahan pula "Disebabkan" bukan penanda wacana. Penulisan begini lebih kepada gaya bahasa Inggeris. | Tatabahasa | 05.03.2014 |
Disebabkan oleh kekurangan modal pusingan, syarikat itu telah jatuh. Penggunaan "jatuh" dalam ayat ini salah. Adakah "bangkrap" lebih sesuai dalam konteks ayat tersebut? | Perkataan yang lebih sesuai ialah bankrap. Bankrap bermaksudmenderita kerugian dan tidak mampu membayar segala hutang sehingga perniagaan tidak dapat diteruskan. Kedua, jatuh miskin dan habis harta bendanya. | Tatabahasa | 10.04.2013 |
pasukan badminton negara telah membawa balik sebiji piala pusingan berserta hadiah wang tunai Tuan, kesalahan pada sebiji.. tuan, apakah perkataa yang sesuai digantikan. TQ | Penjodoh bilangan yang betul ialah sebuah piala. | Tatabahasa | 20.09.2011 |
apakah terjemahan yang paling tepat dan sesuai untuk terma perbankan 1. "revolving trade facility" . Saya pernah cuba menterjemahkan ia kepada "fasiliti dagangan pusingan" tetapi khuatir ia susah difahami. Apakah alternatif terjemahan lain yang boleh saya cuba supaya ianya mudah difahami awam. 2. "Joint and Several Guarantee" Sebelum ini saya telah menterjemahkan ia kepada "Jaminan Bersama dan Berasingan" tetapi ada pihak yang berpendapat ianya terjemahan yang tidak tepat untuk terma berikut. 3. "Recourse" - contoh ayat "You are required to bear all GST charges incurred on any expenses, fees or recourse in respect of this product" di dalam hal ini, adakah tepat untuk saya menterjemahkan ia kepada fi dan rekursa? | Yang berikut padanan bahasa Melayu: 1. Revolving trade faciliti = Kemudahan Pusingan Perdagangan 2. Joint and several Guarantee = Jaminan Bersama dan Berasingan 3. recourse = Rekursa | Penyemakan dan penterjemahan | 15.06.2016 |
1)job rotation 2)continuous professional development 3)exit policy | 1)pusingan kerja 2)perkembangan profesional berterusan 3)polisi keluar | Istilah | 01.08.2011 |
mohon dapatkan istilah: -Continuous Professional Development -Job rotation -exit policy | job rotation - pusingan kerja continuous professional development - Untuk makluman tidak ada istilah khusus. Walau bagaimanapun, istilah professional development ada dalam pangkalan data kami, iaitu perkembangan profesional. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah perkembangan profesional berterusan. exit policy - tidak ada istilah khusus dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, kami ada istilah seperti exit criterion (kriteria keluar), exit interview (temu duga keluar). Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah polisi keluar. | Istilah | 01.07.2011 |
APAKAH MAKSUD GELARAN PERKATAAN `KOP'? | Menurut Kamus Dewan, 'kop' bermaksud bekam; tanduk; edaran atau pusingan 12 tahun kalendar orang Siam, Jepun dan Cina; kubah; tempat duduk belakang gajah. Sila pastikan soalan yang berkaitan dengan gelaran. | Makna | 17.06.2008 |